1 Februari 2023

2023

Assalamualaikum and Hello Everyone ! 


Alhamdulillah. Bulan dua sudah untuk tahun 2023 ni. Masih ada ke pembaca setia disini? Lama menyepi. 


Dengan tugasan hakiki, mahupun hakikat. Ianya perlu dijalankan dengan hati yang ikhlas dan redha. Harini tergerak hati nak buka blog ni tau. Rindu zaman menaip. Walaupun ku sedar, bukan ada pembacanya. Hahahaha.


Sekarang zaman tengok video. Mana sempat orang nak membaca. Nak membaca pun jadi malas. Malahan kalau dekat facebook tu, just baca tajuk jeee. Pastu baca komen komen netizen. Hahaha. Kalau komen ada pulak masa untuk baca kan.. Hahaha.


Zaman dah berubah. Bukan sikit. Banyak sangat. Macam mana lah zaman anak anak kita nantikan.


Semoga tahun ni lebih baik dari tahun tahun yang sudah. Aamiin.

Moga moga lepas ni, aku kerap singgah disini yeee. Walaupun aku yang taip, pastu aku balik yang baca. HAHAHA!

Okay. Bye.









13 Disember 2022

Selamat Hari Lahir Abang :)

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Buat anak sulungku, buah hati pengarang jantungku, Muhammad Naufal Hakimi. 

Terima kasih. Kerana hadir dalam hidup Bonda. 

Terima kasih, kerana bagi gelaran Bonda buat diriku.

Terima kasih mengajar Bonda tentang banyak perkara. Yang selama ini tidak Bonda fikirkan. Engkau mengajarkan Bonda erti sabar. Yang kadangkalanya Allah sahaja tahu tahap sabar tu dah macam mana :).

Anakku.

Kehadiranmu membawa seribu erti. Kehadiranmu mewarnai hidup kami sebagai Bonda dan Babah. Kehadiranmu, membuatkan kami lupa akan rasa penat lelah seharian. Senyumanmu, gelak tawamu, jenakamu membuatkan jiwa raga terus bertenaga.

Sayangku. 

Engkaulah insan yang pertama menjadi penghuni rahimku. Tidak terluah rasa syukur dan berterima kasih dari ku untuk mu. Cukuplah. Allah yang tahu. Selamanya engkaulah yang pertama. 


Maafkan diri ini, kerana alpa banyak perkara. Termarah tanpa sengaja. Teremosi tanpa engkau tahu salahnya. Maafkan Bonda.

Abang.

Setiap hari, Bonda cuba jadi Bonda yang baik untuk anak anak Bonda. Bonda cuba untuk fahami diri Abang, cuba untuk utamakan Abang dulu supaya Abang tak rasa terasing bila ada adik.


Anakku, Selamat Hari Lahir sayang. Semoga Abang menjadi anak yang soleh, anak yang membanggakan Bonda Babah dunia akhirat. Semoga sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmad Allah. Aamiin.


Bonda sayang Abang dunia akhirat :)