18 November 2012

Jom Bersiap Sedia!

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

 



Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤  Yeahhh! Hari yang dinanti natikan telah pun tiba. dengan segala usaha, titik peluh, penat lelah, akhirnya masa yang ditunggu kunjung tiba.


Macam biasa. Walaupun tak sabar, pelbagai perasaan yang bermaharajalela dalam diri ni. Takut, risau. tu semua normalkan. Belum cerita lagi bab berdebar debar. Boleh dikatakan sampai nak tercabutlah jantung Pzah ni. Hehe.


Wah. Harini kita semua akan bersiap sedia menuju ke medan peperangan. bukan perang yang perlu senapang, pistol atau sebagainya. Tapi peperangan ini memerlukan daya ingatan yang kuat. Setelah beberapa bulan, minggu berusaha dan hari ini lah masanya untuk menguji tahap kemampuan. Ehhh cettt.

Jadinya seluruh pelajar Politeknik Malaysia akan menghadapi peperiksaan minggu ini. Didoakan semuanya akan berjalan dengan baik. Dengan izinNya. InshaAllah.



 
 ❤ Kita kasi semangat untuk diri sendiri lah ye. Asal masuk bilik je, nampak ini dulu. Jadi masa untuk main main dah tamat. Hahaha.

 
❤ Antara nota nota yang ada dalam simpanan. Ada banyak lagi ni, tapi yang lain kawan pinjam. Tak apa. kongsi nota tak apa. Jangan kongsi jawapan time exam nanti sudahlah ye. Hehehe.

Cun ke idokkk nota Pzah? Warna warni Aidilfitri gitu. lagi mudahlah nak menghafal. Tak adalahlah ngantuk memanjang. Khennn.


 
❤ First time rasa jadual exam yang sangat padat. Macam tak sempat nak bernafas dah. Hehe. Start dari lapanbelas haribulan sampailah duapuluhempat haribulan. Start Ahad habisnya Sabtu. Huh



 ❤ Walaupun jadual padat gila, hok ni lah yang paling tak sabar. Lama dah tak balik keyEll. Ghindu mak abah. Huwaaaa.(kesat air mata) haha.



Setelah tamat saja exam ni nanti, maka perpisahan akan berlaku. Sedih lah untuk dikenangkan. Akan berpisah dengan kekawan yang rata rata berasal dari sini, Kedah. Tak tahu lah bila lagi akan berjumpa. Kalau panjang umur, InshaAllah.

Untuk kekawan Pzah semua.
Semoga berjaya kalian. Semoga kita sama sama mencapai kejayaan yang diidam idamkan. Maafkan diri ini selama perkenalan kita. Kot ada yang termakan hati, sakit hati, tak puas hati, maaf sangat sangat. Kosong Kosong yer.


(kesat air mata lagi) Huwaaaa. Okaylah. Rasanya dah lebih satu jam mengadap laptop ni. Sebelum masa berlalu macam tu saja, mohhh lerr kita tutup laptop dan sambung study.

Okay. Babai.
XOXO.
NHMY


12 November 2012

..: Study Week :..

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Minggu study week sedang berlangsung selama seminggu.
Minggu ni gak lah nak kena mengadap tujuh subjek semuanya.
Moga allah permudahkan segala urusan Pzah. Aamiin.


So, KATAKAN TIDAK KEPADA BELOG, FACEBOOK, DAN SEBAGAINYA sampailah hujung bulan ni! (kot ya) Hehe.