13 Mac 2019

13 December 2018 Yang Sangat Bermakna

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Permulaan entry untuk bulan March. Al kisah. 13 December yang tersangatlah bermakna dan akan diingat sampai bila bila. Harini cukup lah tiga bulan. 💓 Entry yang agak panjang juga ye.


Nak dijadikan cerita.
Rutin harian tu macam biasa. Bangun pagi, siap siap nak g kerja. Turun rumah, jalan kaki, g ambil kereta , g kerja. Sampai tempat kerja , g kedai nasi lemak. Beli makanan untuk sarapan. Sempat lah borak dengan Makcik nasi lemak "Due date bila ni, Bulan 1 cik. Acik tu jawab balik, tah tah hujung bulan ni" Hehe. Pastu berjalan lagi ke kedai runcit, beli air. Huh. Banyak berjalan Pzah pagi tu.


Lain dari yang lain.
Hari kejadian tetiba lah banyak pulak kerja di office. Tak menang tangan. Kehulur kehilir buat kerja. Dalam tengah tengah busy tu, sempat lah juga bergurau dengan Sya. 13/ 12 tu hari jadi dia. 😃


Perbualan antara Pzah dengan Sya beberapa hari sebelum hari jadi Sya.

Pzah : Yeahhh. Birthday Sya nak dekat dah.
Sya : Ha'a Fiza! Agak2 bila lah Fiza nak bersalin yer? Tah tah sama dengan tarikh hari jadi Sya.
Fiza: Aishhh. Tak nak lah. Pzah nak baby keluar bulan satu.
Sya : Hehe. Kalau sama dengan Sya pun okay juga.


So, time 13/12 tu pon Sya still cakap benda yang sama. Bila Pzah nak bersalin ni. Bukan apa, bulan 12 tu last Sya kerja dekat sini. Lepas berhenti nanti dia balik Sarawak. Ikut suami dia.


Kita ni pon tak tahu bila lah kita nak bersalin. Ikut due date, lagi sebulan. So lambat lah lagi kan. Boleh makan puas puas lagi. Hahaha!

Jadi kita abaikan jela soalan Sya tu. Hehehe.


Lunch hour :)
Miss Chong ajak celebrate birthday girl kita ni. Memang tiap tahun, asal birthday dia je mesti kena sambut. Haha. Dekat dalam group whatsApp memasing duk ajak Nurol join sama. Kebetulan masa ni Nurol tengah cuti. Jadi dia pun on je. Siap datang bawa anak dia lagi tau. Tak berpeluang jumpa anak dia masa lahir. Tahu tahu muncul dah 7bulan Nur Anis Fatihah ni. Gebu + Putih macam anak korea. :)


Bebudak ni pula sepakat nak lepak tealive. Pastu Pzah dengan Ayu berjalan lah ke kedai kek. Beli kek untuk Sya ni. Haaa. Tengok. Berjalan lagi. Hahaha.


Lepas je buat kejutan untuk Sya, lepak lepak jap kat tealive dengan Nurol semua, dalam 2.30 baru lah kitorang gerak masuk office. Dah masuk office macam biasa lah. Busy sangat. 


Okay dipendekkan cerita, balik kerja pukul 5. Sebelum balik tu, dengar Zaf cakap "best kalau petang petang ni pekena mee celup" Hahaha. si Ibu mengandung ni biasalah. Pantang dengan bab makanan. Tetiba terliur. Ingatkan nanti balik kerja nak g tapau lahhhh. haaaa. Elok ja sampai parking, nampak surat saman. Haha!. Padahal bayar je parking macam biasa harini. Bila tengok balik surat saman tu, Abang DBKL salah taip no plat. So abaikan jelah. Harini juga parking kereta jauh sikit dari biasa. Sebab pagi tadi, semua parking penuh. Makanya, berjalan lagi. Hahaha.



Sampai kawasan rumah, parking kereta memang dekat kawasan rumah mertua. Kena jalan sikit lah dari blok mertua ke blok Pzah. Haaa. Tadi nak cari mee celup kan? Apa lagi, ajaklah Ayu, g medan selera. Haha. Walaupun depan blok je tapi tetap kena berjalan. Hehe.


Lepas dah tapau tu, terus balik rumah. Sampai rumah pun dekat pukul 7 juga. Biasanya, bila balik je kerja PZah akan mandi dulu, bersihkan diri semua baru lah makan. Tidak masa ni. Dia punya tahap terliur tuu, nak makan dulu baru lah mandi semua. Kebetulan masa ni mak nak gerak g surau. Jadi Pzah makan jelah. Lepas makan tu baru mandi.


Haaaaa. Kejadian bermula masa mandi ni. Ada kesan darah di tuala wanita. Yup! (Ms Chong pesan hujung hujung kehamilan kena pakai tuala wanita. Senang kita nak kesan kebarangkalian.) Tengah mandi mandi masih ada pendarahan berlaku. Haaa. Tak adanya nak mandi lama lama. Hati dah risau sangat.



Masuk bilik capai HP. Masa ni betul betul tengah azan maghrib. Nak call mak, tapi taknak lah kacau mak dekat surau kan, Jadinya terus call KHS. Kebetulan lah dia balik awal. Haaaa. Cepat cepat siap terus g PPUM. Masa ni adik ikut sekali. Senang lah KHS cari parking, adik pula temankan PZah. Haaaa. Ni pun satu hal, hati tengah risau. Gi pula dengan adik. Huh. Asyik salah tempat je. Dah salah tak apa lah. Tapi berjalan kaki tu. Dari blok Wanita dan kanak kanak, berjalan sampai ke blok utama. Bila salah lagi patah balik ke blok Wanita. Hahaha. Kenangan betul.



Biasalah. Kadang kadang bila fikiran tak tentu arah, jiwa pun sama lah. Padahal seminggu sebelum kejadian, Nurse ada pesan kalau ada tanda tanda nak bersalin terus g Blok Wanita dan kanak kanak, naik terus tingkat 2. Haaa. Masa hari kejadian lupa terus.


Sampai je tingkat tu, cerita semua dekat nurse. Nurse suruh tukar baju pastu dorang nak cek lah. Pzah masuk wad betul betul pukul 8.45. Pzah dah tak tahu apa yang terjadi dekat luar. Hp semua tak boleh bawa. Tunggu jelah doktor mai. 


Okay. Benda ni agak malu untuk diceritakan, jadi kita cerita ala kadar jelah part ni ye. Hehehe. Masa Doktor cek, jalan dah buka 6cm tapi PZah tak menunjukkan sebarang kesakitan pun. Sampaikan doktor tanya, awak tak rasa sakit ke? Pzah jawab lah tak. yup. Memang tak sakit.


Tapi Pzah terpaksa bersalin masa tu juga sebab bayi dalam keadaan lemas. Ohhh tidakkk. Allah je tahu perasaan masa tu. Terus Pzah dihantar ke labour room. Bila nampak suami menangis nangis. Takut / risau sangat. Nak cakap banyak pun tak boleh. Pastu fikiran ni dok fikir mak. Nak makkkkk!!


Keadaan dalam labour room . Jelas sangat suara doktor " Come on baby. Come on" Dalam hati. Ya Allah selamatkan lah anak ku.. :(


Tepat jam 11.09 khamis malam Jumaat , terdengar tangisan bayi. Lahirnya seorang khalifah di bumi Allah seberat 2.3kg. Allahuakbar. Alhamdulillah. Hilang segala kerisauan. Hilang segala kesakitan. Bersyukur sangat. Bayi dan ibu selamat. 


Bermulalahhh episod sebagai Bonda kepada Muhammad Naufal Hakimi :)...

Ohhh ya. Doktor cakap punca pendarahan tu disebabkan terlalu aktif, banyak berjalan. Kiranya tindakkan Pzah untuk terus ke hospital sangat lah bijak. Tak tergambar kalau pzah ambil sikap acuh tak acuh je. Kan.


Allah yang gerakkan hati kita. Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk hadiah yang bermakna ini.


Okayyyy. Itu saja. Byeeeee...