18 Jun 2015

:: Ramadhan Menjelma Lagi::

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Marhaban Ya Ramadhan.

Alhamdulillah. Allah masih beri kesempatan padaku untuk merasai nikmat Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan pada tahun ini memberikan kebaikan dari tahun tahun yang lepas. Amin.


Diriwayatkan dari Annas: "Rasulullah s.a.w berbuka sebelum solat dengan rutab(korma mengkal) kalau tidak ada. Baginda berbuka dengan tamar(korma biasa) dan jika tidak ada tamar Baginda minum dengan beberapa teguk air."

Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersabarlah kamu, kerana bersahur itu ada berkatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Said Al Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah s.w.t membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Dari Buku Fadhilat Ramadhan.


Sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini, Fyza ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga di bulan mulia ini, kita semua dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t. Amin.






15 Jun 2015

:: 2015 ::


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Penulisan untuk pertengahan tahun 2015. Nampak.? Cuba tengok entry Fyza tang last. Tahun 2013. Haha. Perasaan tak, tak ada langsung entry pada tahun 2014. Erm. Apa sudah jadi? Hahaha. Tahun 2014 adalah tahun senyap Fyza. Bila mana semua akaun laman sosial Fyza deactive buat sementara waktu. 


Seriosly, bila dikenang balik apa yang pernah berlaku, semuanya ada hikmah. But im power girl lah! Pantang menyerah. Buat apa kita nak rasa down sangat dengan manusia kan? Kena ingat. Jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana Allah. Allah tak akan biarkan kita sendirian. :)


So, apa yang perlu dibuat sepanjang untuk melupakan segalanya? Benda tetap dalam ingatan. Tetap menjadi kenangan. Tapi untuk bangkit, kita perlu buat sesuatu untuk diri kita sendiri. Jadi, Fyza menghabiskan masa dengan kerja. Nak tak nak kena busy kan diri dari dunia luar ni. Lagipun Fyza buat dua kerja. Bayangkan pagi pergi kerja, semua orang dah pergi kerja. Balik malam hari, semua orang dah tidur. Macam burung hantu sangat masa tu.


Kerja kerja kerja. Itu jelah yang Fyza hadap untuk masa satu setengah tahun ni. Keluarga? Jarang. Nak dapatkan cuti pun susah. Sabtu ahad pun kerja oiiii. Rasanya ahad malam baru free. Kalau dapat cuti, tidur jelah kerjanya. Penat kan.


Kawan? Sampai ada yang cakap Fyza lupakan kawan. Bukan lah! Sentiasa ingat. Cuma masa tak mengizinkan. Lagipun, Fyza memerlukan masa untuk sendirian. Masa untuk fikir hidup ni sebenarnya untuk apa. Huh.


Banyak yang Fyza dapat dalam setahun setengah menyibukkan diri dengan kerja. Pengalaman? Orang kata, pengalaman itulah yang mendewasakan kita. Dari situ kita akan kenal erti kehidupan. Ya tak? Ya ! Memang tak dinafikan.


Permulaan yang sangat bagus. Fyza akan mula menaip balik. Walaupun tak seaktif orang lain. Tapi rindu lah. Lama sangat ditinggalkan. Banyak yang akan dikongsikan dalam blog ni. Itu pun kalau ada cerita yang nak dikongkan ye.

Dekat blog jelah, cara untuk luahkan apa sahaja yang kita nak luahkan. Hehe.


Jumpa lagi ye.
Xoxo.