18 Jun 2015

:: Ramadhan Menjelma Lagi::

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Marhaban Ya Ramadhan.

Alhamdulillah. Allah masih beri kesempatan padaku untuk merasai nikmat Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan pada tahun ini memberikan kebaikan dari tahun tahun yang lepas. Amin.


Diriwayatkan dari Annas: "Rasulullah s.a.w berbuka sebelum solat dengan rutab(korma mengkal) kalau tidak ada. Baginda berbuka dengan tamar(korma biasa) dan jika tidak ada tamar Baginda minum dengan beberapa teguk air."

Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersabarlah kamu, kerana bersahur itu ada berkatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Said Al Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah s.w.t membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Dari Buku Fadhilat Ramadhan.


Sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini, Fyza ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga di bulan mulia ini, kita semua dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t. Amin.






Tiada ulasan: