15 Ogos 2017

Hati yang Tak Terjaga

Assalamualaikum pembuka kata
Kata dari seorang yang terluka
Siapa lagi penaipnya
Kalau bukan dari gadisberlesungpipitdua


Aku tidak pandai bermain kata
Hanya tahu menaip sahaja
Kisah aku bukan kisah yang seronok dibaca
Cuma perlu hayati dari hati yang sedalamnya


Setiap oranginginkan bahagia
Mengharapkan bahagia kekal bersamanya
Lupa dugaan itu sentiasa ada
Akhirnya tewas tanpa pemenangnya


Kisah lalu diungkit sentiasa
Maki hamun dikala kemarahan membara
Tanpa sedar ada yang terluka
Membuatkan hati terus kecewa


Sedar akan kesilapan diri
Lalu memohon maaf berkali kali
Maaf diterima dari hujung rambut hingga ke kaki
Tapi malangnya diri telah dibenci


Terlalu banyak drama yang dicipta
Akhirnya pendam dalam duka
Sedangkan hati ini tidak terjaga
Sentiasa telan bertemankan air mata


Air mata turun tanpa hentinya
Mengenangkan kisah lama 
Banyak yang sama tiada bezanya
Membuatkan ketakutan terus berleluasa


Sungguh aku sangat kecewa
Setiap kata menikam jiwa
Hati betul betul terluka
Hati yang tak terjaga.
















27 Julai 2017

Party Bujang Kakpy

Throwback aja ni. Cerita nya Si cantik manis telah pun menamatkan zaman bujang nya pada bulan March yang lalu. Alhamdulillah selesai majlis . I lah pengapit dia ! Haha 


Yang Diraikan : Efa aka Kakpy
Crew : Pija & Mas
Lokasi : Chili Espresso, Nexus (staff dorang terbaik! Thanks)
Tema : Putih Biru. 
Semestinya yang diraikan kena pakai lain dari lain lah kan :) 






26 Julai 2017

Party Bujang Mas2ra


Meraikan hari hari terakhir Mastura Zakaria berstatus bujang ❤❤




Bakal Pengantin : Mastura
Crew : Pija & Efa
Lokasi : Full House Restaurant , Sunway Pyramid
Tema : Pink & Black 



7 Julai 2017

Cik f1224h join Gold Class Raya : Skincare & Makeup Workshop

 Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

Syukur kepada Allah untuk kesempatan dan peluang yang satu ini.

Alhamdulillah. Bulan lepas (10 June 2017), akhirnya dapat juga Fyza join kelas make-up from PINKBOXCEREAL. Kelas si cantik manis, Shaf yang kuat membebel tuu. Hehe. Mesti ramai yang kenal dia kan. Fyza pun tak dikecualikan juga.







Sedikit sebanyak pengenalan macam mana Fyza boleh tahu about PINKBOXCEREAL ni, first time Fyza tertarik dengan warna warna pink yang ditonjolkan. Serius, Fyza memang suka warna pink. Terlalu minat sampaikan semua benda nak warna pink. And then, Shaf ni ada jual barangan penjagaan muka, so kalau beli, item akan sampai bersama satu kotak pink yang cantik. Beli satu item pun dapat juga tau. Yang paling penting box dia pink.💖


Start shopping disini, hujung tahun lepas sampailah sekarang. Dah banyak pink box yang Fyza simpan tau. 😍😍 


Before ni, Fyza selalu tengok video video dia. Video dia menangis pun Fyza tengok. Kadang tu kita pun ikut nangis juga. Sedih naw.  Fyza suka cara dia yang selalu share tips tips yang berguna tentang penjagaan muka, juga Shaf selalu bagi kata kata semangat dan sebagainya. And sejak tu, fyza memang dah tanam niat nak join kelas dia. Alhamdulillah. Terlaksana juga. 😍

Satu satu faktor nak sangat belajar make-up ni, ingat kan time majlis tunang nanti nak make-up lah sendiri. Kononnya. Tapi rezeki yang tak disangka, tetiba ada sahabat datang then di tonyoh tonyohnya muka kita ni. Hehe (yang ni nanti fyza cerita ye)


Nak make-up ni kan, tak semestinya bergantung harap 100% pada minat. Kalau tak reti make-up pun sebenarnya boleh join juga kelas yang macam ini. Iyelah. Kita belajar sesuatu bukannya sekadar tengok je. Mesti kena praktiskan juga kan. Melainkan seseorang tu, memang bertangan seni. Tak payah belajar, tengok video pun dah dapat hasilkan satu teknik make-up yang cantik. So,time join kelas ni dorang akan ajar teknik yang betul. sebab tang muka ni, bukannya boleh sebarangan sentuh tau. Ada caranya ye. Nak tahu? Kena lah join hehe.
Kalau Fyza share karang takut salah maklumat je. Haha!

Okay. Tak semestinya kena join kelas Shaf je. Banyak lagi MUA kat luar sana kan. Apa kata rebutlah peluang. Nak cantik kena ada usaha.

Salah satu sebab Fyza minat cara make-up Shaf ni, dia punya make-up natural sangat. Tak sarat. Lagipun Fyza memang lah tak suka makeup yang sarat sarat ni. Over naw. 😂😂

Masa Fyza join kelas ni, dia ada dua sesi tau. Sesi make-up start sebelah petang. Sesi pagi lak, diajar tentang penjagaan muka. Siap scrub scrub bagai. Syokkk. Rasa ringan dan segar je muka. Licin pun ya.





Ha. Lihat gambar diatas. Nampak kan hasilnya? Macam tak make-up je. Glow glowing gitu. Yang bestnya, Shaf bebel kat depan, Fyza lak tepek tepek sendiri kat belakang. Dan hasilnya sangat sangatlah memuaskan. *pujidirisendirihaha . Suka sangat. 

InshaAllah. Ada rezeki nak join lagi. Tak rugi pun. Sangatlah puas hati.


Okay. Itu saja nak cerita.
Bye.
Cik f1224h
gadisberlesungpipitdua:)

26 Mei 2017

Kasih Sayang Yang Tidak Terhingga


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤





SYURGA
TIADA YANG LEBIH BERMAKNA SELAIN TERUS BERADA DISISINYA☺️


Emak.
ALhamdulillah, aku beruntung punya seorang Mak yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang mak, malah sebagai sahabat baik juga.


Dilahirkan sebagai seorang anak perempuan tunggal itu sebenarnya agak mencabar. Bila dikelilingi dengan teman teman yang mempunyai adik beradik perempuan yang lain. Kadang kala aku cemburu.


Pernah juga aku bertanyakan kepada emak. " Kenapa Kak Lang tak ada kakak atau adik perempuan. Kan best kalau ada kakak. Semua benda kak lang boleh cerita. " SEtiap kali soalan itu diajurkan, mak akan menjawab, " Allah tak bagi kak lang kakak tu sebab Allah nak kak lang sentiasa dengan mak. Jadikan mak bukan sahaja sebagai Mak, malah jadikan sebagai seorang kakak, kawan yang baik juga pendengar setia.


Yup!
Pendengar setia.


Aku akui. Mak memang pendengar yang setia. Alhamdulillah. Aku punya mak yang sangat sporting. Walaupun tegas, garang, mak still ada dikala aku memerlukan. Mak mahu je dengar apa yang aku nak luahkan. Apa sahaja. Persahabatan, percintaan, persekitaran,semuanya lah. Tiada rahsia.


Malah mak selalu berpesan " Kak lang jangan salah  pilih orang untuk bercerita. Tak semua orang akan simpan cerita kita baik baik " (lebih kurang macamtulah pesanan mak. Walaupun aku tak ingat ayatnya.) Tapi point dua, JANGAN CERITA DEKAT ORANG LAIN! Sampai sekarang aku pegang kata kata tu. Kalau nak cerita, cerita benda yang perlu je.


Dari dulu aku fikir dan tekad dalam hati. Mak adalah segalannya bagi aku. Mak adalah nombor satu bagi aku. Setiap apa yang aku lakukan, pasti mak yang aku utamakan.


Aku nak merasa puas saat bersama mak. Berasa cukup puas. Supaya saat aku berjauhan nanti tak  terkilan. Tapi memang sampai bila bila tak akan merasa puas kan.


Aku ingat lagi masa aku menyambungkan pelajaran di Kedah. Dulu kan whatsApp pun belum ada. Nak call guna kredit. Serius memang aku topup RM10/20 camtu sebab nak bergayut dengan mak je.


Benda ni terbawa bawa sampailah aku kerja.
Setiap kali lunch hour, aku call mak dulu. Sampailah kakak kakak kat tempat kerja tu cakap aku bergayuut dengan pakwa. Hahaha. Mak aku lah tu pakwa aku. :p Pakwa yang tidak akan pernah menyakiti hati aku. :)


Aku akan cuba untuk tidak menghampakan mak. Apa yang mak nak sedaya upaya akan ku tunaikan. Aku terlalu sayangkan mak.


Punyalah kuat kasih sayangnya itu, Mak dapat rasa saat aku bersedih. Tak perlu aku ceritakan apa apa. Mak terus peluk aku. Dan time tu hanya air mata yang mengalir.


Begitu jugalah aku. Kalau mak sedih, aku juga dapat merasakan kesedihannya itu.


Ya Allah. Terima kasih kurniakan aku seorang mak yang sentiasa ada disisi. Baik suka duka, jatuh bangun, tetap ada untuk mmeberikan semangat. Alhamdulillah.


Seriuslah. Kalau buka je topic pasal mak, jiwa hati aku ni sangatlah tersentuh. Syukur, Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan aku seorang mak yang sangat penyayang. Aku berharap Allah panjangkan usianya dan pinjamkan mak pada aku selamanya.


Mak, terima kasih. Jadi mak yang terbaik dalam hidup kak lang. Ada sentiasa dengan kak lang. Bagi semangat, bagi pendapat, semuanyalah. Mak tak pernah menghampakan kak lang. Terima kasih jadi kawan terbaik pada kak lang. Kak lang sayang kan mak.


Banyak lagi yang nak diluahkan disini. Tetapi hati tak mampu. Terlalu banyak perasaan yang hadir ketika ini. Mungkin sebab aku bakal berkahwin kot macam macam lah aku fikir. Haha..


YA RABB Engkau peliharalah Ibu ku. Ampunilah dosanya. Berilah kekuatan pada aku untuk membalas jasa Ibu yanng tak terhingga. Sesungguhnya aku amat sayangkan dia. Amin.


Esok kita akan berpuasa kan? Selamat menyambut bulan Ramadhan. 
InshaAllah. Kalau dipanjangkan usia, tahun ni pegang status bujang. :p
Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.



Bye.
Cikf1224h
gadisberlesungpipitdua:)




28 April 2017

Cik f1224h Menaip

Assalamualaikum & Hello Everyone!





Hello 

Entry pertama untuk tahun 2017. Yeahhh. Dah nak masuk bulan May kot Pzah. Baru berkesempatan mengadap blog yang dah bersawang ni. Bukan setakat bersawang, malah nak runtuh dah. Haha. Yelahkan. Bukan nya ada pelawat pongggggg. :p


Blog yang tak famous ni, mana lah ada yang sudi singgah. Khennn. Kalau ada, syukur, alhamdulillah. Terima kasih daun keladi lah. Kalau sudi singgah lah lagi. Hehe. So untuk tidak menampakkan blog ini dari terus bersawang, kita update lah apa apa yang patut ye. Salah satu jadikan ianya sebagai dairi pon okay juga khennnn.


Okay. Selama empat bulan meninggalkan blog ni, pa je yang berlaku dalam kehidupan Pzah dari segi pencapaian tu, berat badan je yang meningkat. Yang lain tak nampak pulak. Haha. Itu jelah perubahan besar yang paling ketara. *Kutukdirisendiri. Hiking tak tinggal. Fitness selalu. Makan tak hingat, mana nak kurus ye tak? Adehhhh. Ditambahkan lagi dengan MC sebulan lebih, makan tidur makan tidur lah jawabnya. Macam tak nampak dah bayang bayang nak kurus tu.


Hehe. Macam macam kan.


Dulu time PC office ni tak betul, rajin gila menaip. Semangat membuak buak tau. Tengah syok menaip PC terpadam.  Nak tunggu dia hidup balik mesti amik masa dalam dua tiga jam gitu. Bile dah on tengok balik entry yang ditaip tu, hampa. Tak save pongggg. Haha.


Sekarang PC dah okay, malas pulak nak menaip. Hehehe. Kadang kadang tu tak tahu nak mula dari mana. so, harini kita mulakan balik la ye. Nak tunggu betul betul rajin tu tak tahu bila. Hehe.


InshaAllah, banyak cerita yang bakal diceritakan. Salah satunya nak kongsi pengalaman bila Pzah nak kenalkan seseorang kepada keluarga. Lagi lagi abah. Dia punya dupdapdupdap tu, boleh murung lah kejap. Haha.

Nanti kita sembang kat sini yer.

Sebelum Pzah akhiri cerita ni, apa yang Pzah nak ingatkan kepada sesiapa yang singgah disini. Juga kepada diri Pzah sendiri. Peganglah. Tekadlah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Dan setiap dugaan itu pasti ada kemanisannya. InshaAllah. Apa yang pernah Pzah lalui, memang membuktikan bahawa janji Allah itu pasti. Cumanya kita sebagai hamba ni kena sentiasa berdoa dan sabar.

Bersabarlah selalu. Kerana setiap kesabaran itu akan diberi ganjaran.:)

Okay.

Bye.