13 Oktober 2012

Untuk Kamu Kawan ku

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Salam dihulur tanda perkenalan
Kenal nama disambut senyuman
Ikatan bertukar menjadi kawan
Kongsi tawa kongsi tangisan
Semakin rapat menjadi sahabat
Sentiasa dihati, walau jauh mahupun dekat.


Aaaippp ! Berpantun lah pulak. Hahaha. Terasa bosan harini lalu aku kesini. Untuk meluahkan, untuk kongsi segalanya. Mungkin sini lebih aman rasanya. 


Aishhh. Lumrah kehidupankan. Ada masa berbaik. Ada masa bergaduh. Itulah yang terjadi hari ini. Bukan aku tak nak bersemuka. Bukan aku tak nak tegakkan kebenaran. Tapi aku tahu, setiap daripada kita akan tetap membela diri sendiri dan tak kan mengaku salah. Walaupun kesalahan tu terang lagi nyata dari diri kita sendiri. Mana orang nak mengaku salah kalau dah buat silap. Itulah manusia. Memang lumrahnya.


Jadi keputusan aku masih sama. Hanya diamkan diri. Yup. Diamkan diri. Biarlah apa orang nak kata. Nak tundingkan jari. Nak tuduh aku takut? Penakut? Menakutkan? Hahaha. Aku tak kisah. Kau berhak berkata apa sahaja. HEntikan kata kata "Jika kau berpihak yang benar, kau mesti tegakkan kebenaran". Arghhh. Persetankanlah semua tu. Aku sorang nak berhadapan dengan kau yang ramai? Hahaha. Lagi nampaklah aku yang bersalah. Haha. Pandai cakap. Omong nya kosong. Duduk dulu ditempat aku. Dan kau akan berfikir seribu kali. Hehe.


Mujurlah aku punya seseorang yang sangat memahami. Bak kata orang lama "terlebih dahulu makan garam". Belum cerita. Hanya dengar suara, dah tahu kita sedang bersedih, sedang mengalami masalah. Arghh . Itulah kelebihan seorang yang dipanggil sebagai "MAK". 


Aku tak ada kakak. Adik perempuan apatah lagi. Allah aturkan kehidupan kita ni sangatlah cantik. Allah hadiahkan aku seorang MAK yang boleh aku bercerita tanpa berahsia. Luahkan lah semahunya. Tak perlu takut. Allahuakbar. Terima kasih Allah. 


Bila cerita semuanya, hati seakan tenteram. Malah nasihat yang diberikan, membuat kita sedar. Tak perlu lah kita nak tambahkan lagi api kemarahan. Cukup kita terima semuanya dengan hati yang terbuka. Bersyukur kepada Allah kerana beri ujian ini. Mungkin selama ini terlalu alpa. Lalu DIA jentik hati supaya aku mohon pertunjuk kepadaNYA dan terus berdoa.


Kata Mak lagi. "Mak tiada sesiapa melainkan anak anak. Mak syangkan semua anak anak mak. Kalau kak lang (Aku) ada dengan mak sekarang, mak akan peluk kak lang. Mak tak akan biarkan kak lang sendiri.


Allahuakbar. Menangis aku. Dah lah tengah jauh ni. Allah. Makkkkkk. (Sedihnyalah hati ini).


Untuk kamu : Kawan. Pada mulanya kawan. Lama Lama sahabat.


Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita tertawa. Ada masanya mengenali seseorang itu membuatkan kita mengalirkan air mata. Sesungguhnya mengenali seseorang itu membuatkan kita memahami 1001 rasa ! Marah, sedih, ketawa, sayang, rindu dan mengenali seseorang itu kadang kala membuatkan kita merasa ianya 1 bencana!


Tetapi sedarkah kita, mengenali seseorang itu sebenarnya 1 Anugerah dari Yang Maha Esa. Biarpun kehadirannya hanya seketika atau sekadar teman sementara. Allah telah tetapkan, sampai takat ini sahaja. Kita sebagai hamba harus bersyukur. Barangkali kehadirannya membuatkan kita belajar banyak benda. Banyak rasa. Malah disitulah kita mengenali apa itu PERSAHABATAN.


Orang berkata: Kawan yang baik akan berada disisi kita bila kita memerlukan dan bila kita senang kita akan kongsi kegembiraan bersama. Taapi tak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan. MEmang. Sebab aku terlalu percayakan engkau, dalam diam rupanya kau tikam aku. Huh. Sakit sangat. Rasa menyesal kenal orang hutan macam kau ni. Betullah kata mak aku. Adik beradik pun boleh bergaduh, nikan pula orang luar. Kenal pun tak lama, lagi mahu percaya?


Pengajaran sangat. Jangan terlalu percayakan orang luar. Tapi itu semua Kuasa Allah. Siapalah kita untuk menindakkan nya.


Lepas ni, perlu lebih berhati hati dalam berkawan. Kawan lah dengan semua orang. Lepak lah dengan semua. Jangan terlalu memilih. Bila dapat satu kepala terus cop dia lah BFF. Huh.


Andai 1 hari kebenaran terbuka jelas depan mata kau, aku minta maaf. Tak ada lagi salam perkenalan. Bukan aku berdendam. Ianya pengajaran. Maaf. Hati aku dah keras.


Tolonglah jangan nak jadi penyelamat. Nak nampak baik depan semua orang. Kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Kalau ada beruk atas tu tak apalah juga. Owhh yaa. Kau lah beruk tukan? Kihkihkih.


Buat semua orang. Maafkan diri ini andai tersalah bahasa, terkecilkan hati, terlukakan apa apa selama persahabatan ini terbentuk disini. Maaf. Maaf juga andai aku lupakan kenangan kita semua. Cukuplah apa yang aku rasa. Berbahagialah semuanya. senyumlah macam biasa walaupun bukan untuk aku.


"Orang yang paling cepat meminta maaf adalah orang yang berani. Orang yang paling cepat memaafkan adalah orang yang paling kuat. Orang yang paling cepat melupakan kesalahan orang lain adalah orang yang paling bahagia."


Doa aku dari jauh. Moga kau bahagia dunia akhirat.


Notakaki: Final nak dekat ni, tak sangka kenangan pahit menjelma. Allahuakbar. Jauhkan aku dari mereka yang munafik.

..: Allah Yang Tentukan :..

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

Assalamualaikum Minggu nie jiwa sangat kacau. Dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Ditambahkan lagi dengan pelbagai perencah, kunyitnya, halia. Peehhhh. Bengang.

Tapi bila diingatkan pesanan emak, "ALLAH yang beri kita dugaan tu, jadi kita harus bersyukur. Terima dengan hati yang ikhlas".. Yaaahh. Kita harus terima kan.
Terima kasih Mak, kerana tak pernah jemu mengingati anak mu ini.

Dan aku tertarik pula dengan ayat ni:
Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
...
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG..
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing-masing juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

# senyum dan yakinlah bahawa Dia adalah sebaik-baik perancang.. :')
 
 
 
Kalau dah ditetapkan. Sampai disini aku bersahabat dengan kau. Berkawan ngan kau. Tak sampai setahun. Aku terima ngan hati yang terbuka. :)


Terima kasih jadi kawan aku.

notakaki : malas nak gado gado. Tak guna bersemuka . Allah dah tetapkan segalanya. :))