31 Disember 2016

Bye bye

Assalamualaikum &hello Everyone ! ❤

 

Ianya semakin hampir.  Semakin dekat untuk menutup tirainya.  


2016 !


Kenangan , pengajaran , pengalaman yang terlalu banyak dan sukar dilupakan.


Dimana,


Yang diharapkan tak dapat, yang tak diduga datang mendekat. 


Kehidupan.


Percaturan Tuhan. Alhamdulillah.

Sabar itu indah ❤.


2017 😊



Please make me more more happiness ! In Sha Allah. Amin !


Yeahhh . *taksabar 😂


Bye .
Gadisberlesungpipitdua:)

9 Disember 2016

Cik f1224h Berlari | Ice Watch Night Run

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



03.12.2016 (Sabtu)
Lokasi : Plaza Shah Alam 


Rasanya agak lambat lak untuk menaip kisah ni. Hampir seminggu juga dah berlalu ye. Lambat betul kan. Hehe

So, nak cerita sikit la. Sabtu lepas Fyza terlibat dalam larian ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016. Ini bukanlah kali pertama Fyza terlibat dalam larian taw. Sebelum ni banyak juga. Cumanya, ini kali pertama Fyza berlari waktu malam. Excited Kaw!

Yang paling excited, ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016 memberi peluang kepada setiap pelari memilih sendiri T-Shirt larian mengikut warna kegemaran. Terdapat tujuh warna yang ditawarkan iaitu ; Biru, Hijau, Merah, MErah Jambu, Oren, Unggu dan Kuning. Fyza macam biasa lah. Pilih warna favorite Fyza lah. Merah Jambu.💖

Before ni, kalau terlibat dengan mana mana acara larian, biasanya Fyza pergi sorang sorang je. #solorunner giwtuuu. Kali ni Fyza bawa kawan. Yela.. Malam kan. Nak dapat perlepasan dari Mak Abah tu susah. Hehe.

Larian yang bermula di kawasan hadapan Plaza Shah ALam dan berakhir disitu juga sejauh 5KM dan 10KM. Korang boleh lah pilih jarak larian yang bersesuaian dengan korang ye. Macam Fyza pilih 5km je. Larian suka suka :P



5km nampak macam dekat je kan. Hakikatnya Fyza ambil masa dalam sejam juga la nak menghabiskan larian tu. Ingatkan boleh lah balik cepat, tapi tak. Dah sampai garisan penamat pun, kena beratur panjang sebab nak ambil Medal. Terpaksalah menunggu. Seb baik ada geng menyembang. Kalau tak mati kutu lah dibuatnya.




First time nampak iklan Ice-Watch ni dekat Facebook. Perasaan betul betul teruja. Dalam hati nak sangat join. Mungkin dah namanya rezeki, dua hari sebelum nak gie ambil baju, Fyza dapat mesej dari staff ice Watch kot. Yang Fyza dapat cabutan bertuah. Alhamdulillah. Rezeki. Tak sangka Betul.

Tak kisahlah kalau orang cakap kat luar pun boleh dapat jam macam ni, tapi I dapat dekat butik dorang wehh. So? Murah ke mahal ke bukan senang orang nak bagi kita benda free. Hehe 

Okay. Time nak collect baju tu, dapat beg. Dalam beg tu biasa lah macam macam dia bagi. Pastu ada dapat voucher jam RM99.00. Normal price Rm699.00 tau. OMG! Jimat rm 600. So, masa ni memang rezeki Fyza lah. Satu voucher boleh guna lebih lebih dari satu. Apa lagi. Borong lah. Fyza beli 4 jam terus. Nak jadikan hantaran time bertunang nanti. :)

Okay. Selesai untuk Ice-Watch night run dana selesai juga memborong jam tangan. In sha Allah kalau ada lagi, nak join.

Thanks for reading.

Bye.
Cik f1224h
gadisberlesungpipitdua:)





3 Disember 2016

Cik f1224h | Inns J Cafe


Assalamualaikum and Hello everyone ! ❤


Port dickson adalah tempat yang tak asing lagi bagi Fyza. Yela. Kampung Fyza kan. Belah mak. Dalam setahun kerap lah balik kesini. Hihi. Okay dah. Mukadimah je tu. :)


Minggu lepas, pagi ahad tu Fyza ada kerja sikit dekat satu company ni di Melaka. Dari pukul 830-10 am. Nak balik KL awal lagi kan. Makanya singgah lah kejap kat PD tu. Konon nak tengok laut. 


Yes! Selain daripada hutan, laut dan pantai adalah tempat yang paling mendamaikan buat Fyza. Setiap kali tengok laut ni, tahap eksaited tu terlebih.

Lepas jalan jalan , snap picture dua tiga.(konon la dua tiga) Apa lagi. Cari tempat makan la. 


Bila dah biasa lepak Cafe. Then suka cuba tempat makanan yang baru. Fyza pon menggedik lah search kat google. 


"Cafe Hipster Port Dickson" 


Pappppp ! Terus keluar nama Cafe ni tau. Kemain kau. Nak Cafe Hipster je. Haha. Dah alang alang dekat PD kan. Biar gempak sikit makan tu. Ehcehcehhhh.


Dari tempat Fyza nak ke cafe ni amik masa 10 minit je. Apa lagi, singgah lah ye. Dekat jekan. Perut pun minta diisi.


So nak cari tempat dia ni senang je. Just waze "Inns J Cafe" . Memang dia akan hantar terus sampai depan Cafe ni.




Signboard Cafe yang besar gedabak ni sangat membantu. Dari seberang jalan pun dah nampak. Memang terbaik lah.


Sampai je kat sini, memang dah tertarik dengan kawasan dia. Design and deco Inns J Cafe ni menarik tau. Dekat luar biasa biasa je tau. Masuk dalam. Pehhhhhh. Canteknya Cafe ni.

Fyza order Spaghetti Bolognaise - RM15.50 , Dengan Iced Chocolate - RM7.90
Kawan Fyza lak - Grilled Chicken Chop bersama Sos Black Pepper - RM14.50, dengan Hazelnut Latte - RM9.90


Tengok harga dia. Berbaloi kan. Tak sampai RM50.. Wahhh. Kalau cafe cafe lain kt KL tu harga gini kan best. Hehe. *macam gaji banyak je nak makan tempat gini selalu. Huhu. Nangis jap !

Menu Cafe ni, menarik. Dan gambar gambar yang ditonjolkan membantu. So, tak de lah nak tanya tanya kan. 



And makanan minuman sampai sama dengan gambar tau. So. Perfect bukan? Ermm. Rasa?  Sedap ke tak ? Hehe. Tengok dalam gambar pun dah nampak sedap. Bila rasa setiap makanan minuman yang Fyza order tu, Walawehhhh. Sedap nya. Serius. Tak tipu okay. Memang sedap. Lagi lagi Chicken chop Black pepper sauce tu. Kawan Fyza kata nak repeat lagi. Hihi. Nak repeat boleh, tapi jangan lupa bawak Fyza. Hahahaha *gelak jahat !


Halal ke tidak? Dari apa yang Fyza baca dari blog lain, semuanya menyatakan Inns J Cafe ni halal. Tanpa rasa ragu ragu Fyza pun singgah la. Kalau ragu ragu, baik jangan okay.


Nak singgah Inns J Cafe Port Dickson tak ? Kalau nak, waze la alamat ni ye.:)



Inns J Cafe
Alamat : No.1, Taman Lukut Indah, Lukut , Port Dickson. (landmark Petronas Lukut)

Waktu operasi : 11 pagi – 11 malam

No. tel : 06-651 0522



nota kaki : Menaip sambil layan lagu Bukan Cinta 1 atau 2 dari Gamma 1.

Bye.❤
gadisberlesungpipitdua:)






2 Disember 2016

Site Visit Cima Perlis

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

Biasanya hujung hujung tahun mesti ramai yang join trip holiday kan. Bestnya. Lain pula Pzah ni. Cuti dah habis duduk je lah diam diam dekat office tu ye. Nak berjalan kesana kesini pun tak dapat. Pergi balik kerja jelah. Huhu. (Bersyukur lah. Dapat juga tengok pemandangan luar)


Nak dijadikan cerita, hujung bulan 11 haritu, Boss wakilkan Pzah dengan Zhafri dan Nurol untuk join site visit dekat Perlis. Dah alang alang kerja jauh ni walaupun dalam Malaysia, aishhh tak kan pergi kerja semata jekan? Tak ada makan ainin ke? Haha. 


Rabu (10pagi) waktu yang ditetapkan untuk sampai disana. Jadinya kita bertolak malam sebelum tulah. Bertemankan sikacak Saga. Alhamdulillah. First time bawa Saga jalan jejauh ni. Thank you Saga bagi kerjasama.


9 jam juga perjalan ye . Siap singgah tidur jap dekat RNR Tapah. Alih alih terlajak gaisss. Konon nak tidur ayam je. Sekali ayam dah berkokok, kitorang tak bangun lagi. Haha. Kalut juga Zhafri drive sampai ke RNR Gurun. Jalan lengang. Kalau dekat KL ni, tak sempatnya nak sampai bebetul pukul 10. 


Singgah RNR Gurun bukan apa. Nak cuci muka. Tapi bila tengok line clear, terus bersihkan diri sekali lah. Tang ni betul betul pengalaman buat Pzah. Tandas banyak kot. Datang pulak beberapa manusia ni duk ketuk ketuk pintu. Aishh dorang ingat aku ni sedara dorang agaknya.. Huru hara.  Elok je Pzah keluar, berebut rebut dorang nak masuk. Huh. Sabar jelah. Haha.


Sampai je sana terus lawat tapak. Tak sempat sarapan pun. Yelaahh. Masa dah lari. Tambah pula kat dalam tu lama juga, bersabarlah wahai perut. 



Haaa. Apa lah kerja Pzah nikan. Dok lawat lawat tapak bagai. Kerja biasa je. Okay. Kita sembang sikit ehhh. Company supply barangan toshiba (dulu kekawan ramai cakap aku ni jual mesin basuh, peti ais. Haha. Tak lahhh) Supply motor , inverter untuk company Oil and Gas. So kitorang ni as vendor jee KOt lah ada tender yang boleh masuk barulah ada kerja nak dibuatnya.


Faham ke idokkk?


Elok je selesai semua kerja, berdesup cari kedai makan. Kelaparan sungguh. Hahaha. Pzah dalah sejenis tak boleh skip sarapan. Lambat macam mana pun, mesti sarapan. Kalau tak tenaga memang tak ada . Plus kepala pusing pusing gitu. 



Haaa. Tetiba teringat satu kisah ni. Masa tu ada kerja luar dekat Bahau dengan orang yang sama. Cuma kali ni Boss ikut serta. Dalam pukul 8.45 dah bertolak tau. Masa dalam perjalanan tu, Boss tanya dekat Zhafri, mana nak cari kedai makan. Zhaf boleh bantai jawab, tak yah singgah memana. Nanti lambat sampai. Sekali boss jawab, "tak boleh. Kita kena benti makan dulu. Nanti itu Pzah lapar. dia tak boleh buat kerja" Haha.


Nampak? Gila tak prihati Boss Pzah? Haha. Dalah time ni malas nak layan dia nya lawak, sebab mata mengantuk gila. Almaklum lahhh. Buat dua kerja. Mana nak cukup tidur. Hehe


Dah sambung cerita asal.






Tengok tu. Besarkan baju. Jaket sendiri tak bawa. Terpaksalah pinjam En Hanif punya. Thank you En Hanif.


Lepas dah kenyang, kerja dekat sini pun dah selesai. Kitorang pun berjalan lah. P Padang Besaq Perlis !. Hampa kalau mai perlis tak singgah sini. Tok sah datang perlih lahh. Tempat wajib ni. Lagi lagi hat perempuan. Mesti p. (maafkan Pzah kalau salah sebut. Maklumlahh Orang KL cakap perlihh. Kelaut)


Tak jauh mana pun dari Cima ke padang besar . Ambil masa 15minit. View kiri kanan cantik cantik. Tahu tahu dah sampai.


Cuci mata jap. Beli apa patut. time ni tak memborong sangat. keinginan nak shopping tu tak ada masa ni. Lagipun nak cepat. Nak kena cari penginapan lak. Yelaaa. Dah pukul 3 lebih kot. Tak kan lah nak balik kl gak time ni. Huh. Barai.


Tengah Saga bergerak, haaa. Tetiba! Nampak signboart Gua Kelam. Tak kan pandang je kan? Motif utama " kerja sambil makna angin" Mohh lerr makan sampai kenyang. Hehe. LAgipun dari KL lagi si Nurol ni cakap nak singgah Gua Kelam. Haaa. Alhamdulillah, keinginan dia tercapai. 
Bukan dia je, keinginan kita juga. Haha. Masa  study dekat kedah dulu, pernah lah datang sini dengan dak dak rumah. Masa tu tak boleh masuk pun. Ada renovation. Ni dah boleh masuk rebut peluang lah yeee.


Dalam masa yang sama teringat dekat bebudak rumah sewa tu. Rindunyaaaa. Time taip ni pun terasa rindu sangat sangat.





Banyak juga gambar yang diambil. Juru Photo nya tak layan tak bukan si kumbang sorang ni lah. Rajin naw melayan bunga bunga rampai alah sayang ni. Haha

Pzah & Nurol


Cantik sungguh ciptaan Allah. Walaupun jalan saja ikut laluan yang disediakan, tetap penat oii. Semput lah gak. Hehe


Nanti kalau datang Perlis jangan lupa singgah sini juga tau.

Sekitar 4.45 baru kitorang keluar dari Gua ni. Dah jumpa ke tempat penginapan? Agak agaknya kat manalah si Pzah dan kekawannya tidurkan. Adakah dalam kereta lagi? Haaa jeng jeng jenggg. Nantikan sambungannya tauuu. 


Notakakitangan :
Cerita site visit sikit je, yang banyaknya cerita tang mengular kan. Haha. Ala alaaa holiday konon. Kiranya pengubat tak dapat holiday bebetul lah ni yeee. Kesiannn.


Okay Babai.
Cikf1224h
gadisberlesungpipitdua:)

















Again | Murni Discovery

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Entri makanan lagi. Kali ni nak review restoran yang sama cumanya cawangan yang berbeza. 😋😋 Mana lagi kalau tak bukan Restoran Murni Discovery. Memenuhi kehendak teman yang nak sangat pekene spaghetti. Kenalah layankan juga. Sebab dia pun kerap layankan perut Fyza ni. Hehehe.

Before ni Fyza dah pernah juga review Murni ni. Korang boleh baca dekat sini yer :)



Makanan minuman dia etap sama yer. Tiptop.

Bagi sesiapa yang tak pernah ke sini, kedai ni hujang sekali tau. Kena masuk area shop lot samapai ke hujang jalan. Memang terletak paling hujung. Kalau dah nampak Kuil Hindu tu dah betullah tempat dia. PAstu boleh nampak ICT.😉

Pemandangan yang indah bukan? 😇😇

Okay nak warning awal awal. Mana mana cawangan Murni Discovery ni, memang ramai manusia dan memang padat. Lagi lagi dekat Shah Alam ni. Kiri kanan tempat student kan. So, sini salah satunya tempat melepak student la yer. Mohon bersabarlah ehh kalau seat penuh, and kalau waiter lambat sampai, tolong tunggu dulu yer.

But korang jangan risau. Maybe staff disini dah terbiasa dengan pelanggan yang ramai. Makanya sedaya upaya dorang akan siapkan hidangan dengan pantasnya. So, tak adalah nak menunggu lama sangat.

Okay korang. Itu saja nak cerita.😜

Bagi yang tercari cari Murni Discovery, Shah Alam, ini alamat nya yer. Tempat ni dah femes sangat. Mesti ramai yang dah tahu.



Okay korang. Itu saja nak cerita.:)

Nah alamat untuk Murni Discovery Shah Alam.



- SHAH ALAM
ACG-47, Block A,
Jalan Plumbum AC7/AC,
Pusat Komersial Seksyen 7,

40000 Shah Alam.



Apa yang Fyza perasan, jalan plumbum ni terlalu banyak kedai makanan yer. Wahhhh. Dalam hati, kena cuba kesemuanya ni. Hehe.

💓 Okay lah. Itu saja.
Terima kasih sudi singgah.

Bye.
gadisberlesungpipitdua:)