2 Disember 2016

Site Visit Cima Perlis

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

Biasanya hujung hujung tahun mesti ramai yang join trip holiday kan. Bestnya. Lain pula Pzah ni. Cuti dah habis duduk je lah diam diam dekat office tu ye. Nak berjalan kesana kesini pun tak dapat. Pergi balik kerja jelah. Huhu. (Bersyukur lah. Dapat juga tengok pemandangan luar)


Nak dijadikan cerita, hujung bulan 11 haritu, Boss wakilkan Pzah dengan Zhafri dan Nurol untuk join site visit dekat Perlis. Dah alang alang kerja jauh ni walaupun dalam Malaysia, aishhh tak kan pergi kerja semata jekan? Tak ada makan ainin ke? Haha. 


Rabu (10pagi) waktu yang ditetapkan untuk sampai disana. Jadinya kita bertolak malam sebelum tulah. Bertemankan sikacak Saga. Alhamdulillah. First time bawa Saga jalan jejauh ni. Thank you Saga bagi kerjasama.


9 jam juga perjalan ye . Siap singgah tidur jap dekat RNR Tapah. Alih alih terlajak gaisss. Konon nak tidur ayam je. Sekali ayam dah berkokok, kitorang tak bangun lagi. Haha. Kalut juga Zhafri drive sampai ke RNR Gurun. Jalan lengang. Kalau dekat KL ni, tak sempatnya nak sampai bebetul pukul 10. 


Singgah RNR Gurun bukan apa. Nak cuci muka. Tapi bila tengok line clear, terus bersihkan diri sekali lah. Tang ni betul betul pengalaman buat Pzah. Tandas banyak kot. Datang pulak beberapa manusia ni duk ketuk ketuk pintu. Aishh dorang ingat aku ni sedara dorang agaknya.. Huru hara.  Elok je Pzah keluar, berebut rebut dorang nak masuk. Huh. Sabar jelah. Haha.


Sampai je sana terus lawat tapak. Tak sempat sarapan pun. Yelaahh. Masa dah lari. Tambah pula kat dalam tu lama juga, bersabarlah wahai perut. 



Haaa. Apa lah kerja Pzah nikan. Dok lawat lawat tapak bagai. Kerja biasa je. Okay. Kita sembang sikit ehhh. Company supply barangan toshiba (dulu kekawan ramai cakap aku ni jual mesin basuh, peti ais. Haha. Tak lahhh) Supply motor , inverter untuk company Oil and Gas. So kitorang ni as vendor jee KOt lah ada tender yang boleh masuk barulah ada kerja nak dibuatnya.


Faham ke idokkk?


Elok je selesai semua kerja, berdesup cari kedai makan. Kelaparan sungguh. Hahaha. Pzah dalah sejenis tak boleh skip sarapan. Lambat macam mana pun, mesti sarapan. Kalau tak tenaga memang tak ada . Plus kepala pusing pusing gitu. 



Haaa. Tetiba teringat satu kisah ni. Masa tu ada kerja luar dekat Bahau dengan orang yang sama. Cuma kali ni Boss ikut serta. Dalam pukul 8.45 dah bertolak tau. Masa dalam perjalanan tu, Boss tanya dekat Zhafri, mana nak cari kedai makan. Zhaf boleh bantai jawab, tak yah singgah memana. Nanti lambat sampai. Sekali boss jawab, "tak boleh. Kita kena benti makan dulu. Nanti itu Pzah lapar. dia tak boleh buat kerja" Haha.


Nampak? Gila tak prihati Boss Pzah? Haha. Dalah time ni malas nak layan dia nya lawak, sebab mata mengantuk gila. Almaklum lahhh. Buat dua kerja. Mana nak cukup tidur. Hehe


Dah sambung cerita asal.






Tengok tu. Besarkan baju. Jaket sendiri tak bawa. Terpaksalah pinjam En Hanif punya. Thank you En Hanif.


Lepas dah kenyang, kerja dekat sini pun dah selesai. Kitorang pun berjalan lah. P Padang Besaq Perlis !. Hampa kalau mai perlis tak singgah sini. Tok sah datang perlih lahh. Tempat wajib ni. Lagi lagi hat perempuan. Mesti p. (maafkan Pzah kalau salah sebut. Maklumlahh Orang KL cakap perlihh. Kelaut)


Tak jauh mana pun dari Cima ke padang besar . Ambil masa 15minit. View kiri kanan cantik cantik. Tahu tahu dah sampai.


Cuci mata jap. Beli apa patut. time ni tak memborong sangat. keinginan nak shopping tu tak ada masa ni. Lagipun nak cepat. Nak kena cari penginapan lak. Yelaaa. Dah pukul 3 lebih kot. Tak kan lah nak balik kl gak time ni. Huh. Barai.


Tengah Saga bergerak, haaa. Tetiba! Nampak signboart Gua Kelam. Tak kan pandang je kan? Motif utama " kerja sambil makna angin" Mohh lerr makan sampai kenyang. Hehe. LAgipun dari KL lagi si Nurol ni cakap nak singgah Gua Kelam. Haaa. Alhamdulillah, keinginan dia tercapai. 
Bukan dia je, keinginan kita juga. Haha. Masa  study dekat kedah dulu, pernah lah datang sini dengan dak dak rumah. Masa tu tak boleh masuk pun. Ada renovation. Ni dah boleh masuk rebut peluang lah yeee.


Dalam masa yang sama teringat dekat bebudak rumah sewa tu. Rindunyaaaa. Time taip ni pun terasa rindu sangat sangat.





Banyak juga gambar yang diambil. Juru Photo nya tak layan tak bukan si kumbang sorang ni lah. Rajin naw melayan bunga bunga rampai alah sayang ni. Haha

Pzah & Nurol


Cantik sungguh ciptaan Allah. Walaupun jalan saja ikut laluan yang disediakan, tetap penat oii. Semput lah gak. Hehe


Nanti kalau datang Perlis jangan lupa singgah sini juga tau.

Sekitar 4.45 baru kitorang keluar dari Gua ni. Dah jumpa ke tempat penginapan? Agak agaknya kat manalah si Pzah dan kekawannya tidurkan. Adakah dalam kereta lagi? Haaa jeng jeng jenggg. Nantikan sambungannya tauuu. 


Notakakitangan :
Cerita site visit sikit je, yang banyaknya cerita tang mengular kan. Haha. Ala alaaa holiday konon. Kiranya pengubat tak dapat holiday bebetul lah ni yeee. Kesiannn.


Okay Babai.
Cikf1224h
gadisberlesungpipitdua:)

















Tiada ulasan: