27 Februari 2018

Lapan Bulan Sudah

Assalamualaikum & Hello Everyone! 





Assalamualaikum & Hello Everyone!
270617-270218.
Indeed Allah is the best planner.
Syukur Alhamdulillah.
Step ini semakin hampir ke penamatnya.
Semoga Allah permudahkan langkah seterusnya! 
Aamiin.

Lapan bulan juga ye dah jadi tunangan awak ♥️


Alhamdulillah
#nh♡nh
#countingday
#doayangbaikbaik
#kubersyukuralhamdulillah
#kuberuntungalhamdulillah














Bride To Be Pija

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Tarikh yang tidak akan dilupakan. 14FEB2018. Bukan sebab Valentine's Day ye. 

No no no. Tapi sebab sesuatu kenangan terindah telah tercipta pada tarikh ni. Alhamdulillah.

Kalau diikutkan plan asal, sahabat baik Fyza #kawansekolahagama , siapa lagi kalau bukan Fazrin Afifa aka Fifa & Mastura aka Mas plan nak ajak lepak makan makan dekat kawasan rumah. Fyza sendiri tahu plan asal ni sebab dorang sembang dalam group whatsApp. Ikutkan tarikh nak lepak tu 250218 hari ahad. Tapi tiga minggu sebelum tarikh, si Fifa ni bagitahu dia ada hal. So aktiviti nak melepak tu terpaksa dibatalkan lah. Huhu.

Dan benda tu terus senyap seketika. 

............................................................................................................................................

120218 (Isnin) - Happy birthday En Tunang. Hahaha *tetiba.
Dapat whatsApp dari Mas. 

Then, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.




Bila dah dijemput, kena lah hadirkan diri. Ye tak ? Hehe. Dalam fikiran tak fikir pape pon. Memang tahu datang nak makan je. Sembang sembang. Yela. Lama tak jumpa dorang ni. Biase lah kan. Isteri isteri orang. Sibuk dengan halrumah tangga jelah khenzz. Haha

Hari kejadian. Tak nak cerita banyak. I memang tak terfikir langsung. Dah lah kena marah, kena buli, kena jalan kaki time hujan. Huh. Memang dah rasa sedih gila. But lepas tu ,serius lah. fyza dah tak boleh nak cover senyuman diwajah ni. 

Serius. I happy gila. Terharu sgt sgt.




Thank Pah & Mah.
Tak tahu dah nak cakap macam mana. Serius beb. Fyza happy dan hargai sangat sangat. :)

Korang. Adik bongsu korang ni nak kahwin dah :p . Meh lah tips hahaha.

Itu sahaja.
Bye.
gadisberlesungpipitdua:)


























6 Februari 2018

Duaributujuhbelasyangbermakna :)

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤






Walaupun dah terlewat satu bulan enam hari. Itu tak bermakna fyza tak boleh menaip disini ye.
Cepatnya masa berlalu dan cepat juga masa meninggalkan kita.
So macam mana dengan wishlist 2017 korang? Dah tercapai ke belum? Untuk tahun 2017 fyza tak letak anywishlist pun. Bila belek belek balik entry lama. Fyza cuma taip.

"2017 😊
Please make me more more happiness ! In Sha Allah. Amin !

Yeahhh . *taksabar 😂 "


Tapi Alhamdulillah. Berkat *taksabar tu 2017 turn up lebih baik daripada apa yang fyza harapkan.
Alhamdulilla.
Honestly, thaun tahun sebelum tu, boleh dikatakan tahun yang paling kriktikal lah. Tapi kriktikal macam mana sekali pon, kita kan still ada tempat bersujud. Tempat berdoa,meminta. Kalau allah tak perkenankan doa kita. Sabar. Belum waktunya. Bila sampai waktunya, kita juga bersyukur tak terhingga. :)



 2017

❤   Permulaan yang sangat baik. Alhamdulillah. Rezeki yang bertambah tambah. Seorang fyza
      telah  berjaya langsaikan hutang PTPTN tanpa menyusahkan sesiapa! Yeahhh ! Bebas hutang !
      And yeahhhh. Terima kasih Abah. Membebel setiap kali kak lang gaji. " PTPTN dah bayar ke
      belum" benda yang sama disebutnya. Sampai nak berdarah telinga ni. Bila ada rezeki lebih. Awal
      tahun kan... :) Prapppp ! Bayar habis kau! HAHA.


❤   Berpisah dengan braces. Dua tahun bercinta dengan dia tau. Rasa risau pulak. elok je bukak 
      rasa macam... Ahhhhh ringan nya gigi. Hehe.


❤   Jadi pengapit untuk kawan baik dari sekolah rendah! Teruja kaw! Kawan yang sama sama
      berebut nak pemadam papan hitam dah kahwin. :p


❤   Accident motor. Kenangan paling duka. tulang lutut retak. Terpaksa pakai simen dari peha ke 
      buku lali. MC sebulan lebih. Mereput lah kau kat rumah. Bulan yang accident ni kan sepatutnya
      ada orang nak datang rumah tau. Nak jumpa Mak Abah, Tapi ditangguhkan. But benda baik mana
      boleh tangguh lama lama kan. Selang seminggu..


❤  Fyza dirisik! Benda yang paling tak sangka. Dirisik oleh Mak awak depan Mak,Abah,Adek fyza 
     juga dihadapan Awak dan Abah awak dekat OLD TOWN WHITE COFFEE KERINCHI ! Kau 
     rasa? Muka ni dah tak boleh cover. Senyum dah sampai ketelinga.


❤   Tukar status daripada Single to Engaged. :) dengan classmate time sekolah rendah Agama.
      Dengan orang yang fyza pernah sound, "Kau ingat kau handsome! (Siap tunding jari depan muka
      dia tau) alih alih yang tak handsome tu juga jadi Tunang kau fyza. Merangkap Bakal Laki kau. 
      Haha! (Nanti nantilah kita sembang ye camna fyza leh amik keputusan nak adakan hubungan 
      yang serius dengan Someone Special. :)


❤  Empat Julai. Hari jadi fyza. bila En.Tunang buat kejutan dekat office nya parking motor.
     Terharu! Tak tahu nak cakap camna. Kenangan sangat. time tu baru seminggu pegang status
     tunangan orang.♥♥♥ 


❤  Rezeki Alhamdulillah murah. Segala perjalanan sepanjang 2017 dipermudahkan. Something yang
     fyza tak expect, tapi Alhamdulillah Allah dah tulis itu rezeki kita. even ada kisah duka. Allah 
     tutup dengan kisah yang menggembirakan. Tarima KAsih Allah.


Harapan 2018?


Tak nak letak pape harapan. Tapi elok je masuk 1 haribulan satu ritu, tidur malam terganggu. Tak boleh tidur langsung. Mana tak nya. Dok kira, tarikh kahwin nak dekat dah. Tahun ni juga puasa bersama. Raya bersama. Tapi bukan itu yang merungsingkan. Fyza boleh terfikir. Macam mana nak bangun sahur. Siapkan makanan untuk sahur. Haha!  Nikah pon tak lagi fyza. Kau dah fikirkan Sahur nak masak apa. LOL !


Semoga allah permudahkan urusan wedding. Dipermudahkan semuanya. Didekati mereka yang baik baik yang menyayangi diri ini. Semoga allah permurahkan rezeki. amin.



Thank you Allah,

Kurniakan fyza parents yang selalu faham kehendak dan kemahuan diri ini. Yang selalu jadi supporters fyza terutamanya mak. Yang selalu bagi pendapat in everything that i do and they always involve dengan semua yang fyza buat. Doranglah nadi fyza.

Kurniakan jodoh yang paling tak sangka. Seseorang yang sangat memahami. Yang mampu jadi kawan suka duka. InshaAllah yang bakal mendidik ku kejalan-Mu,Ya Allah.

Dan kurniakan insan insan yang sangat sayangkan fyza :)

Well, terima kasih untuk 2017 selamat tinggal.
Semoga 2018 lebih rancak dan dipermudahkan. InshaAllah. Amin.

Bye.
Gadisberlesungpipitdua:)














I'm Back !


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Sedar tak sedar dah lama juga la Fyza menyepikan diri daripada dunia blog ni kan. Nak kata sibuk sangat tu, tak juga. Sibuk dok mikir jelah. Adehhhh.


Permulaan untuk tahun 2018. Dah sebulan berlalu pun.
Walaupun Fyza bukanlah seorang penulis blog tegar, singgah sini pun jarang sangat. InShaAllah, Fyza nak start menaip balik. Walaupun tak ada orang yang baca. Hahaha. Tak pe. Akan datang Fyza jelah baca blog ni.😜😜 

Alhamdulillah. Setiap yang berlaku semua tu ada hikmahnya. Allah akan beri setiap apa yang kita nak tu tepat pada waktunya.
Alhamdulillah. Nanti kalau ada masa yang terluang, Fyza akan cerita serba sedikit mengenai life Fyza yang semakin hari semakin bertambah baik. Nantikan tau !😊

Okay lah. Babai.

Cik f1224h
gadisberlesungpipitdua