26 November 2018

Majlis Malam Berinai


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤





Untuk entry kali ni, Fyza nak share pengalaman malam berinai kecil. Mengikut adat resam melayu kita, malam berinai kecil adalah malam untuk bakal pengantin perempuan berinai dan dilakukan sehari sebelum majlis Akad Nikah.

Malam berinai besar pula, melibatkan pengantin lelaki. Kebiasaannya, majlis diadakan pada sebelah malam dan hari yang sama selepas majlis akad nikah.

Majlis malam berinai kecil Fyza tak lah meriah mana. Sebabnya mak suruh buat majlis kecil dekat rumah je. Asalnya lah.

Kalau ikut trend artis kita sekarang ni, malam berinai ni mesti kena ada tema. So, kita yang bukan artis ni, terpengaruh juga lah. Nak adakan Tema Bollywood kononnn. Siap dah g shooping baju tema bollywood ni.


Alih alih berapa hari sebelum, Si ukir henna whatsApp. dia tak dapat datang rumah Fyza sebab sedang mengalami alahan yang teruk. So disebabkan tak dapat nak cari pengganti Henna dalam masa terdekat, so Fyza decide nak buat henna dekat rumah dia je. Lagipun Fyza suka hasil kerja dia. Jadi takut lah kalau ambil orang lain, hasilnya tak bekenan dihati kan.

So, bila dah g rumah orang ni kan, tak kan lah nak diteruskan tema bollywood tu. Malu kek orang. Jadi Fyza dengan kekawan, pakai baju kurung jelah. Konon "Perempuan Melayu Terakhir" lah ni. Hehehe.


Lokasi Malam Berinai : Rumah "HennabyFiqa"
Tarikh : 15 March 2018
Masa : 8.30 malam - 4.00 pagi


Haaa ! 4 pagi kau. Hahaha. Mana tak nya semua orang nak berinai juga. Kesian Fiqa. Sampai sakit sakit pinggang dibuatnya. Tapi kuatnya dia, still kata dia okay. TQSM Fiqa.


Malam berinai Fyza tak adalah meriah mana. Majlis pun tertutup. Yang diundang dak dak bridesmaid saje. Ini kalau buat dekat rumah, mahu ramai lagi kawan kawan yang datang. Dan yang paling penting lagi teristimewa semestinya Mak lah. Mak nak tengok sangat Fyza berinai. Siap ikut lagi p rumah Fiqa. Mekasih mak sudi temankan kak lang. Lebiu.💋


Haaaa. Nak tengok hasil tangan Fiqa yang lain? Boleh terjah sini IG : HennabyFiqa


Harga murah murah je. Serius. Hasilnya sangatlah terbaik. Mana yang berhampiran tu, atau masih mencari, bolehlah contact terus Fiqa ni.


Okay lah. 
Sekian.
Itu saja perkongsian.😁😁

23 November 2018

Tempah Cincin Nikah


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Kalau mengikut adat melayu kita, cincin ni ada banyak jenis. Bukan main hentam saja. Macam fyza sejenis tak kisah ni, dan yang tak berapa nak tahu pasal adat ni, memang tak kisah lah. Asalkan ada. Dah cukup. Hehe. Memang ambil mudah je kan. :p


Kebiasaanya, si gadis akan terima 3 jenis cincin daripada pihak lelaki.


Antaranya :
 💍 Merisik
 💍 Bertunang
 💍 Nikah


Kalau korang jenis yang tak nak bertunang, konon nak terus nikah je, rugi lah. Dapat dua bentuk cincin je. Hahahaha! Gurau je tau. Itu terpulang. Ikut kemampuan dan perbincangan kedua dua belah pihak juga. Nak hidup bersama kan. Haruslah kena ada toleransi. Dan yang paling penting jangan membebankan. Lepas kahwin lagilah nak kena guna banyak duit. Hehe


Sebelum bercerita panjang, meh lah kita sembang sikit dengan jenis jenis cincin ni yer.



Jenis jenis cincin.
Cincin merisik.
Dipanggil cincin belah rotan. Cincin ni paling simple. Biasanya orang akan beli cincin emas kuning kosong. Harga dalam RM100 lebih sahaja.



Cincin Bertunang.
Cincin bertunang ni up sikit dari cincin merisik. Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu. Batu tu jenis kecil kecil atau sejajar. Harga pun mestilah up sikit lah. Dari RM500 ke atas (bergantung pada jenis emas, berat dan diamond)



Cincin Nikah.
Cincin nikah mestilah paling grand diantara cincin merisik dan cincin bertunang. Kebanyakkan orang akan beli cincin emas berbatu satu dan besar. Harganya semestinya lagi mahal. Boleh main ribu ribu. 


Haaaaa. Okay. Inilah serba sedikit pengenalan tentang jenis jenis cincin yang korang perlu tahu. Tak wajib pun, sebab memasing ada citarasa sendiri kan. 


Macam kes Fyza, disebabkan cincin bertunang dah macam cincin nikah, so cincin nikah kena lagi istimewa la. Kalau boleh nak unik. Lain dari yang lain. Konon. 


Memandangkan Fyza dan si dia semua benda nak sama je, makanya kitorang buat keputusan nak tempah cincin yang sama bentuk. Haaa. Ianya agak merumitkan juga ye. Nak kena survey sana sini.


Fyza ada survey kedai emas sekitar KL. Kalau beli yang dah sedia ada, Harganya tak sampai seribu. Tapi kalau nak tempah, harganya boleh buat telan liur lah. Mahal sangat.


So masa bulan november tahun lepas, Fyza luahkan hajat dekat dak office. Nak tempah cincin nikah. Tup tup dia bagitahu, dia pun tempah gak cincin nikah untuk lelaki dengan gelang tangan. Wahhhhh. Berita gembira ni. So, seminggu sebelum majlis perkahwinan dia, Fyza pun follow lah dia balik kelantan. Nak tempah cincin nikah dekat Kedai Emas Rosman.


Negeri Kelantan. Siapa tak tahu kan. Gudang emas. Orang dekat sini semuanya kaya dengan barangan kemas. Harga emas pun murah berbanding dengan harga di KL.


So, Fyza tak salah buat keputusan lah. Pakcik Rosman dan isteri pun baik baik belaka. Layanan dorang memang A+. Macam macam bentuk cincin yang dorang tunjuk. Tapi Fyza tetap dengan design Fyza. Hahaha. Lepas pilih apa yang berkenan, kita tanya hargalah. 


Cincin lelaki tak risau sangat. Sebab dorang bukan pakai emas. So harganya tak sampai RM200.00. Yang perempuan nya lak, disebabkan Fyza nak tebal dan besar, batu besar, pastu ada batu kecil keliling batu besar, so harga nya boleh tahan juga la. Tapi tak apa. MAsih dalam bajet. Hehehe


Alhamdulillah. Dalam masa sebulan dah siap. Hasilnya lagilah terbaik berbanding dengan apa yang Fyza gambarkan. Terima kasih la Ayu ngan Sya, susah payah tolong ambilkan. Yela, time cincin siap, majlis nak dekat dah. Mak lak tak bagi jalan jauh. Hehehe.


Alhamdulillah. Tercapai juga hajat nak tempah cincin nikah sama bentuk. Sama macam yang kita idamkan. Ikutkan nak tulis nama dalam cincin tu, tapi lupa nak cakap. Hehehe.


Pakcik Rosman ni tak ada facebook tau. Insta pun tak ada. Dia cuma ada kedai emas je. Kalau nak tempah, kena contact dia terus lah. 😅😅😅


Hahaha. Itu jelah nak disembangkan. Terima kasih yang sudi melawat :)
Byeeeeeeeeeeeeeee



19 November 2018

Manjakan Diri Sebelum Bergelar Raja Sehari


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


 
Gambar ehsan dari google. Gambar sedia ada tak bape comel 😛


Hargai dirimu kerana dirimu begitu berharga 💝


Al kisahnya seminggu sebelum Majlis Akad Nikah. Time ni dah start cuti kerja. Tak adalah duk goyang kaki dekat rumah. Tapi duk berhempas pulas siapkan doorgift. Bila dah duk pulun mengadap benda benda ni, badan pun lenguh sana sini lah yer. 


Untuk menghilangkan rasa lenguh lenguh badan ni, Mak sarankan Fyza supaya pergi Spa. Hehe. Konon konon nak rehat sambil manjakan diri dan untuk menaikkan seri wajah bakal pengantin. Tak adalah nampak lesu je nanti.


Kalau diikutkan dalam check list Fyza untuk persiapan majlis perkahwinan ni, ada je untuk Spa. Tapi bila kesibukkan melanda, tak terfikir nak berSpa spa ni. Lupa terus. Nasib baik la mak ingatkan.


Disebabkan majlis berbaki beberapa hari sahaja, makanya i have no idea. Nak berSpa dimana. Maklumlah Fyza ni bukanlah spa person. Rasa macam makcik makcik or datin datin yang pi sana. Hehe


Tetiba teringat, dekat PPR block D ada saloon. Dalam saloon tu ada Spa. Famous juga tempat ni. Kakak Sharifah Shakinah pun pernah datang kat sini. Kena booking dulu. Sebab tempat sentiasa penuh.


So, taknak buang masa, taknak berjalan jauh, taknak pening peningkan kepala, Fyza on jela berspa disitu. Kebetulan rezeki Fyza, ada kekosongan. Hehe. Kalau tak, mahunya kena cari Spa lain.


Bila first time pi Spa, macam krik krik lah nak buat apa kan. So, she suggested me to through a series of 2 massage sessions untuk buang angin yang berlambak dalam badan ni. Then, before start, bersauna dulu dalam 45 minit. Pehhh. Panas ya amat. Berpeluh peluh.


And, dia offer juga rawatan lulur and a few other treatment that is suitablefor bride-to-be like me. Yeahhhhh. Sukanya.


Masa dia start urut seluruh badan tu, sakit gila. Tak pernah berurutkan. Urat lak jenis degil ya amat. Rasa macam nak menangis je plus kau lak sejenis penggeli. Time dia sentuh peha & betis, rasa nak disepak je orang tu. Hahaha.


Biasa lah time berurut memang lah sakit sana sini. Tapi keesokkan hari, i felt fresh and energetic. Mana taknya, semua saluran darah dah lancar. Badan lak rasa ringan sangat.😉😉


Tiga jam duduk dalam tu, memang nikmatnya perasaan. Bukan saja release tension malah kulit jadi gebu, lenguh lenguh badan hilang, duit pun turut hilang juga. Haha. Tapi tak apa. Bukan selalu. Nak cantikkan, haruslah melabut sikit.


Okay. Rawatan yang sesuai untuk beberapa hari sebelum majlis ni, milk bath, scrub, spa therapy dan lain lain kecuali muka.


Kalau untuk muka, better beberapa bulan sebelum majlis. Muka ni kan sensitive. Takut tersalah produk, muka jadi bengkak bengkak la, tak pun kemerahan. Nanti tak lawa lak time makeup. Jenuh la pulak si MUA nak tepek bedak tebal tebal. Kawal Fyza, si Fazrin tu seorang MUA. Dia awal awal dah pesan. Nak spa spa boleh tapi jangan sentuh muka. Hehe. Fyza pun ikutlah kata dia. 😘😘


Haaa. Cukup tak point setakat ni? Rasanya itu jela kot. So, apa lagi? Jom lah kita beramai ramai manjakan diri. Hehe.


Bye. 💋










16 November 2018

Dari Lukisan Menjadi Kenyataan | Pelaminku

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Tema Moden untuk belah perempuan ❤


Tema Klasik untuk belah lelaki ❤



Sambungan dari entry semalam. Alhamdulillah. Majlis pun dah selesai lapan bulan yang lalu. Syukurrr.


Tak tahu nak berterima kasih macam mana lagi dekat Kak Lizz (Selingkar Kasih) yang telah menjayakan majlis perkahwinan Fyza dan pasangan dengan jayanya. Juga bersyukur kepada Allah kerana mempermudahkan segalanya. Tak ada cacat cela. Kepala tak serabut mana. Seminggu sudah pun masih ada yang berkata. Majlisnya terlalu sempurna. Alhamdulillah.


Ini pun berkat dari pertolongan Keluarga. Kalau tiada mereka, tak ada lah seri dalam majlis ni. Terima kasih keluargaku. :)


Haaa. Cantik tak lukisan tu?


Lukisan dibuat time betul betul tengah busy dekat office. Bila rasa macam dah terlalu sibuk, maka terhasillah lukisan ini. Hehe.  


Siap je lukisan ni, terus bagi dekat Kak Lizz. Kak, Fyza nak pelamin macam ni boleh x? Nak belah perempuan pakai gaun. Belah lelaki nanti nak pakai kebaya. Pakai baju kebaya time majlis perkahwinan memang impian Fyza dari dulu lagi. Pakai gaun tu pulak, permintaan dari Si Dia. Teringin nak tengok Fyza jadi princess. Hahaha. Kak Lizz pulak, memanjang okay je. Boleh je. Siap bagitahu, hujung bulan ni ada baju gaun baru. Warna tak tahu lagi. 


Elok je hujung bulan, dia bagi gambar baju baru warna biru, terus Fyza cop.  Memang warna kegemaran. Jadi cop lah cepat. Lagipun majlis Fyza diadakan didewan. Kalau pakai gaun kan comel. Hehe.


Misi pemilihan warna.
Lain orang lain kehendaknya. Disebabkan nak orang tumpukan perhatian dekat Raja Sehari, makanya Fyza lari sikit dengan warna tema. Belah Fyza temanya tetaplah pink. Jadi, nak nampak lain dari yang lain, Fyza pakai lah biru. 😆😆 Pelamin lak awal awal Fyza dah bagitahu Kak Lizz, jangan ada warna biru tau. Pink dengan krim je boleh. Hehe.


Untuk belah lelaki, kalau dah namanya klasik memang tak lari lah dengan pemilihan warna meroon dan gold kan. Ianya akan menyerlahkan lagi ketampaan dan kejelitaan Raja Sehari. Cewahhhhh. Hahaha.


Punyalah banyak songeh, tang kerusi pun jadi isu. Haha, belah perempuan nak kerusi yang leh duduk berdua tu. Belah lelaki nak kerusi asing. Kemain. Macam macam lah Fyza nak. Haha.  Nak betul betul nampak moden dan klasik kononnyalah.😜😜😜😜


Hasil sentuhan tangan Kak Lizz memang lah terbaik. Pelamin yang diidamkan menjadi kenyataan. 💗 Walaupun diterangkan dalam bentuk lukisan. Hasilnya sama. Serupa. Tq kak.


Haaaaa. Kos pelamin tu kan.
Kalau belah perempuan, Fyza ambil pakej sekali catering, busana, pelamin ngan DJ. Jadi kos tu dah termasuklah dalam pakej. So, total dia RM13,800.00 camtu.


Belah lelaki pula. Makanan, dorang merewang. Khemah sewa, jadi busana, pelamin dengan makeup kitorang ambil dekat Selingkar Kasih juga. Disebabkan dah ambil banyak dekat dia untuk belah perempuan, makanya untuk belah lelaki, pakej RM2500 jadi RM1800 untuk tiga benda lah. Jimat banyak tu. Thanks Kak Lizz.


Owhhh ya. Busana untuk dua dua belah pihak, Fyza sewa saja. Tak adalah tempah baru. Lagipun nak pakai sekali je. Jadi taknak lah membazir kan. Dan kebetulan rezeki Fyza, dapat lak pakai gaun baru. Alhamdulillah, syukur.



Haaa. Okay lah. Itu saja bab pelamin. De masa sembang lain pula.
Babai.






 

15 November 2018

Wedding Planner


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤






Misi mencari Wedding Planner bagi Fyza benda yang buat hidup kita stress tahap dewa. Bukan apa, ada yang kita suka, tak mampu pula. Ada yang harga bajet, tapi macam ala kadar je.


First tempat yang Fyza survey "Adam Daniel, Putrajaya". Puncanya kesini sebab Fyza temankan kawan gie cuba baju kahwin dia. Serius, baju kat sini cantik cantik. Harga boleh tahan juga. Bila balik rumah, ketengahkan benda ni kat mak abah, kena bangkang pulak dahh. Haha. Putrajaya jauh wehhh. Susah nanti.


Tempat ke-2, Abah yang survey. Dekat subang jaya. Harga semuanya cun. Tapi ni, first time nak bekerjasama dengan orang yang kita tak kenal. Takut kena tipu je. 
BAhayakan sekarang ni, kalau bab duit macam macam orang sanggup buat.


Bagi pendapat Fyza, memanglah kita nak buat grand. Tapi kena beringat. Modal yang dikeluarkan bukannya sikit tau. Jadi, lebih baik ambil wedding planner yang kawan kawan kita pernah ambil juga. Tak pun kenalan kenalan kita.


Tempat ke-3, Selingkar Kasih. Owner dia kawan sekolah Along, Kak Lizz. Time ni focus nak cari catering je. Baju, pelamin, make-up, nak ambil kat tempat lain. Kononnya nak ambil asing asing lah ni.

Selepas dah bicang harga, tengok pakej pakej yang ditawarkan, Fyza ngan family deal untuk ambil Full pakej dari Selingkar Kasih.

Full pakej dalam kategori (Pakej Ekonomi Mampu Milik RM13,800.00 untuk 1000 pax)

Apa yang ditawarkan :-

1)  Cadangan makanan...
--> 70% - nasi minyak/hujan panas
--> 30% - nasi putih 
--> ayam masak merah
--> daging masak hitam
--> dalca sayur
--> papadom
--> buah oren
--> air sirap/anggur/sarsi/oren

Free:-
--> hidangan meja beradap 10pax
    - ayam golek cinta
    - daging black pepper
    - siakap masam manis
    - udang goreng berhias
    - buah buahan
    - kek 2 tingkat



2)  Kelengkapan Dewan
--> 2 kerusi pengantin
--> 8 kerusi tetamu
--> 2 set dome
--> 24 meja bulat
--> 240 kerusi
--> 24 alas meja dan topping
--> 20 sarung kerusi plus reben

Free:-
--> 2 set meja buffet
    1 set meja hadiah
    10 pramusaji
    tisu dan kendi


3)  Pelamin dan Andaman
--> Pelamin 20 kaki (basic)
--> baju sanding sepasang L&P
--> makeup sanding 1x
--> pintu gerbang
--> 4 tiang bunga jalan
--> karpet merah

Free:-
--> aksesori L&P
--> payung
--> alatan perenjis
--> bunga tangan
--> alas kaki
--> bantal tangan
--> kipas tangan

Salah satu diberi pilihan
1) PA System plus DJ
Atau
2) Cameraman
   - Cover 1 event
   - sticky album
   - dvd copy @ pendrive

❌❌ tiada cas pengankutan untuk kawasan lembah klang.


So, inilah pakej yang kami ambil kecuali makeup sanding (Fyza ambil MUA lain, sebab belah lelaki pun Fyza guna pakej Kak Lizz ni. Tapi bukan full pakej la. Just, baju, pelamin dengan mekap ) dan yang kena pilih salah satu tu Fyza pilih PA System.


Banyak lagi pakej nya. Boleh tengok sini Selingkar Kasih 


Beberapa bulan sebelum majlis, Kak Lizz akan hantar sample lauk. Serius memang sedap sangat. Dan sebab sedap lah Mak ambil catering dengan Kak Lizz untuk majlis nikah. Hehehe. Senang kerja. Tak yah deal banyak orang. Just call je Kak Lizz ni.


Sejujurnya, senang betul deal dengan Kak Lizz. Dia juga selalu bagi pendapat mana yang sesuai. Mana yang Fyza nak, nak baju macam ni, nak pelamin macam tu, semuanya tercapai. Thanks team Selingkar Kasih. Terutamanya Kak Lizz. 

Kawan kawan Fyza juga banyak gak guna khidmat Kak Lizz. Memang terbaik....


Haaaaa. Macam dah panjang sangat entry kali ni kan. Nanti kita sambung balik yer. Punyalah nak explain dengan Kak Lizz pasal pelamin, siap lukis tau. Pelamin yang sampai pun sebijik lukisan. Wahhhhh. Happy tak terkata. Nanti kita cerita.

Okay lah. Nak dekat pukul 5 ni, jom kemas kemas. Balikkkkkkk..


Bye...❤



 
 

 





Wongi Lotion


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

 




Harini Fyza nak share dekat korang satu lotion yang bukan sekadar lotion. Malah memberikan whitening effect. Siap ada body moisturizer tau. Bau dia jangan cakap lah. Tersangatlah wangi. Sesuai dengan jenama dia, "Wongi".


Berbanding dengan lotion lotion yang lain. Lotion Wongi ni mempunyai kelebihan tertentu. Salah satunya, ianya tidak berminyak dan melekit. Amatlah sesuai dengan Fyza, yang mempunyai masalah tapak tangan basah. Hahaha. Ada kena mengena ke? Haha. Ada okay. 


Bila pakai lotion Wongi ni, dia cepat meresap, dan kita macam rasa tak pakai apa apa. Seronok kan?😛


Lagi satu kelebihannya, bauan yang tahan lama dan seolah olah tidak perlu spray perfume lagi. Cukup sekadar memakai Perfume Lotion ni.


Kenapa mesti Perfume Lotion?

Sebabnya : 

💝 Wangian yang diinspirasikan dari jenama antarabangsa dalam bentuk lotion.
💝 Tidak melekit (water-based) 
💝 Status halal juga telah diiktirafkan. 
💝 Mesra solat.
💝 Eau De Parfum (EDP), bermakna ianya dapat bertahan up to 12 jam.
💝 Saiz yang sangat sesuai dan mudah untuk dibawa kemana sahaja.
💝 Lebih lembapan dengan Korean Pink Flowers Extract.
💝 Vitamin C & Vitamin E membantu untuk mencerahkan tona kulit.
💝Boleh dipakai seisi keluarga. 


Tampil dengan 4 jenis bauan untuk wanita, iaitu :

👧  Classy (Inspired by Lancome)
👧 Secret Candy (Inspired by Bombshell)
👧 Fruity Snowberry (Inspired by Midnight Fantasy)
👧 Floral Enchanted (Inspired by Gucci Flora)
 
Dan

3 jenis bauan untuk lelaki, iaitu :

👦 Vigorous (Inspired by Dunhill Blue)
👦 Rich (Inspired by 1million)
👦 Dominant (Inspired by Gucci Guilty)


Peminat perfume mesti tahu macam mana wanginya lotion ni kan. Fyza first time bau dah jatuh cinta. Bukan sekadar wangi je. Banyak manfaatnya. 3 dalam 1. Semuanya dah ada dalam perfume lotion ni.


Haaaa. Berminat? Nak dapatkan senang saja. Just contact Cik Ena 
okay. Kawan Fyza tu. Fyza pun beli kat dia lah. Hehe. Harga mur mur je. Berbaloi.

Okay korang. Thanks for reading.
Bye Chit Lay.❤



14 November 2018

Puding Caramel

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤





Puding caramel. Siapa tak tahukan. Hidangan pencuci mulut yang agak famous juga yer. Ianya merupakan hidangan kegemaran ramai termasuklah Fyza. 😋😋


Gandingan puding nya yang berlemak serta lembut digandingkan dengan pahit manis caramel yang lazat, malah cukup enak dinikmati ketika sejuk.😋


So, harini Fyza nak sharelah resepi puding caramel cara Fyza sendiri. Kalau buat sendiri, baru puas hati kan. Bahan bahan yang digunakan tak ada lah banyak mana. Malah mudah didapati dan pantas. Hahaha.


Bahan Bahan.

1) 10 biji telur saiz B (Kalau saiz A, guna 8 biji je.) 
    Ada juga orang guna 5 biji telur je. Tapi Fyza 
    pernah try tak menjadi lak.  Hahaha
2) 1 tin susu cair (nak guna 3/4 saja. Selebihnya g buat
    air milo tau 😝)
3) 150ml air biasa
4) 4 sudu gula besar (nak buat gula hangus)
5) 1 sudu kecil esen vanilla


Cara cara menyediakannya :-

Caremel :
--> Masukkan gula kedalam loyang. Hanguskan sehingga
    keperangan. Ratakan caramel dan biarkan ianya sejuk/beku.

Puding :
--> Masukkan kesemua bahan bahan diatas kecuali gula
   (gula dah guna untuk buat caramel tadi tu kan) 
    kedalam blender. Lalu blender kesemua bahan tersebut.

--> Kemudian tuangkan kedalam loyang caramel.

--> Panaskan kukusan, tunggu sehingga air mendidih 
    lalu masukkan loyang puding caramel kedalam kukusan.

--> Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
    Api sederhana yer..
    (nak tahu dah masak ke belum, agak agak dalam
    35/40 minit camtu, ambil garfu, cucuk kedalam puding. 
    Kalau tak melekat, dah masak la tu hehe) 

--> Kalau dah masak,sejukkan dulu. Kemudian terbalikkan
    loyang dengan berhati hati.
   (Nak lagi sedap, letak dalam peti sejuk dan 
    makan masa sejuk sejuk tu. Nyaman dan 
    tersangat sedap okay.😍😍)

--> Potong dan hidangkan. Selamat menjamu selera.


Mudah tak? Apa lagi, cuba lerrr. 💓








5 November 2018

Surah Yasin Ayat 76


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Tatkala diri ini dalam kesedihan,
Memulakan pagi dengan kalimah-Mu Tuhan, 
Berserah sebulat bulat nya keatas Mu tuhan,
Ku pasti yakin ada ganjaran.



Tengah search seacrh kat google ni, Fyza terbaca ayat ini.

SubhanAllah. Allah memujuk ku.



Surah Yasin Ayat 76:

 76. Fala yahzunka qawluhum inna naAAlamu 
ma yusirroona wama yuAAlinoona.


Maksudnya;
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad)berdukacita disebabkan tuduhan tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.


Bacalah ayat ini dan urutlah dada. Ianya untuk mententeramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau kecewa. 

Sesungguhnya kita bergantung harap sepenuhnya pada Dia yang mencipta kita.

Bismillahi tawakkaltu 'alallahi walaa haula wala quwwata illa billah

(Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan -Nya)


Amin Ya Rabbal'alamin.