16 November 2018

Dari Lukisan Menjadi Kenyataan | Pelaminku

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Tema Moden untuk belah perempuan ❤


Tema Klasik untuk belah lelaki ❤



Sambungan dari entry semalam. Alhamdulillah. Majlis pun dah selesai lapan bulan yang lalu. Syukurrr.


Tak tahu nak berterima kasih macam mana lagi dekat Kak Lizz (Selingkar Kasih) yang telah menjayakan majlis perkahwinan Fyza dan pasangan dengan jayanya. Juga bersyukur kepada Allah kerana mempermudahkan segalanya. Tak ada cacat cela. Kepala tak serabut mana. Seminggu sudah pun masih ada yang berkata. Majlisnya terlalu sempurna. Alhamdulillah.


Ini pun berkat dari pertolongan Keluarga. Kalau tiada mereka, tak ada lah seri dalam majlis ni. Terima kasih keluargaku. :)


Haaa. Cantik tak lukisan tu?


Lukisan dibuat time betul betul tengah busy dekat office. Bila rasa macam dah terlalu sibuk, maka terhasillah lukisan ini. Hehe.  


Siap je lukisan ni, terus bagi dekat Kak Lizz. Kak, Fyza nak pelamin macam ni boleh x? Nak belah perempuan pakai gaun. Belah lelaki nanti nak pakai kebaya. Pakai baju kebaya time majlis perkahwinan memang impian Fyza dari dulu lagi. Pakai gaun tu pulak, permintaan dari Si Dia. Teringin nak tengok Fyza jadi princess. Hahaha. Kak Lizz pulak, memanjang okay je. Boleh je. Siap bagitahu, hujung bulan ni ada baju gaun baru. Warna tak tahu lagi. 


Elok je hujung bulan, dia bagi gambar baju baru warna biru, terus Fyza cop.  Memang warna kegemaran. Jadi cop lah cepat. Lagipun majlis Fyza diadakan didewan. Kalau pakai gaun kan comel. Hehe.


Misi pemilihan warna.
Lain orang lain kehendaknya. Disebabkan nak orang tumpukan perhatian dekat Raja Sehari, makanya Fyza lari sikit dengan warna tema. Belah Fyza temanya tetaplah pink. Jadi, nak nampak lain dari yang lain, Fyza pakai lah biru. 😆😆 Pelamin lak awal awal Fyza dah bagitahu Kak Lizz, jangan ada warna biru tau. Pink dengan krim je boleh. Hehe.


Untuk belah lelaki, kalau dah namanya klasik memang tak lari lah dengan pemilihan warna meroon dan gold kan. Ianya akan menyerlahkan lagi ketampaan dan kejelitaan Raja Sehari. Cewahhhhh. Hahaha.


Punyalah banyak songeh, tang kerusi pun jadi isu. Haha, belah perempuan nak kerusi yang leh duduk berdua tu. Belah lelaki nak kerusi asing. Kemain. Macam macam lah Fyza nak. Haha.  Nak betul betul nampak moden dan klasik kononnyalah.😜😜😜😜


Hasil sentuhan tangan Kak Lizz memang lah terbaik. Pelamin yang diidamkan menjadi kenyataan. 💗 Walaupun diterangkan dalam bentuk lukisan. Hasilnya sama. Serupa. Tq kak.


Haaaaa. Kos pelamin tu kan.
Kalau belah perempuan, Fyza ambil pakej sekali catering, busana, pelamin ngan DJ. Jadi kos tu dah termasuklah dalam pakej. So, total dia RM13,800.00 camtu.


Belah lelaki pula. Makanan, dorang merewang. Khemah sewa, jadi busana, pelamin dengan makeup kitorang ambil dekat Selingkar Kasih juga. Disebabkan dah ambil banyak dekat dia untuk belah perempuan, makanya untuk belah lelaki, pakej RM2500 jadi RM1800 untuk tiga benda lah. Jimat banyak tu. Thanks Kak Lizz.


Owhhh ya. Busana untuk dua dua belah pihak, Fyza sewa saja. Tak adalah tempah baru. Lagipun nak pakai sekali je. Jadi taknak lah membazir kan. Dan kebetulan rezeki Fyza, dapat lak pakai gaun baru. Alhamdulillah, syukur.



Haaa. Okay lah. Itu saja bab pelamin. De masa sembang lain pula.
Babai.






 

Tiada ulasan: