7 Mac 2018

Mekasih En.Tunang!

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

040318/ Ahad.
Dip N Dip Bangsar.

Setelah sekian lama tak berjumpa. Gara gara kesibukan seharian, dalam masa yang sama tu, orang tua berpesan "Elakkan berjumpa dengan kerap semasa bertunang" so kita ikut jelah cakap orang tua kan. Hehe.

Nak kata lama sangat tak jumpa tu tipu lah. Last jumpa time birthday dia. So kalau ikut pada tarikh harinikan, belum sampai sebulan lagi lah.:)

Gara gara sibuk melampau. Apa sahaja keperluaan yang diperlukan time Majlis perkahwinan kami nanti, semua nya dibuat sendiri sendiri. Time sebelum tunang, nak g cari cincin, cari baju, cari barang hantaran semuanya sama sama. Tapi tak g berdua tau. Mesti bawak mak sekali. Hehe. Ingat lepas nak keluar berdua. Huh. Dapat tahu dek abah karang, mau nya kena ceramah. Haha! Panas telinga oiiii. :p

So biasalah kan. Selagi belum majlis, ada je lah barang yang tak cukup kan. Kalau ikutkan dalam tempoh nak dekat ni, keperluan yang besar besar semua settle dah. Macam Catering, Pelamin, Busana, juru gamabr dan sebagainya lah. Yang tak cukup tu biasa nya yang kecil kecil je. Benda yang kadang kadang terlepas pandang. Hehe. Macam Songkok, butang baju melayu (butang baju melayu abang mana pah) Haha, Kasut . Tapi yang kecil ni gak bole tahan harganya. Haha. 


Ahad lepas, En Tunang ajak cari kasut. Beria ajak kita teman. Takut sangat kita ni tak berkenan. Tapi sebenarnya tak pon. Rupanya dia ni ada plan lain.


Benda yang jelas lagi nyata. Tapi serius Fyza tak perasan sikit pon. Mungkin malas nak fikir or ambil tau.

1) Dia seorang yang susah gila lah nak bangun tidur. Kena kejutkan (Buat panggilan bertubi) Kalau janji nak keluar pukul 12.00 pm, sila lah call dari pukul 10.00am ye. Lagi lambat kau call lagi lambat dia bangun. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Pada hari kejadian, dia yang call aku suruh siap cepat. Katanya kul 12.00 mesti keluar rumah. Jangan lambat. 

2) Ajak g makan dulu. 
Biasanya setiap kali keluar,  dah selesai semua urusan baru lah makan. Selalunya time dah nak balik. Tapi kali ni tak. Lain lah pulak.

3) Sampai Dip N Dip, Dia pulak yang tetapkan mana yang kita nak duduk. Selalu nya tak gitu tau.

4) Kerap gila main handphone. Dan sibuk ajak bergambar. 
Biasanya. Kalau keluar, handphone mesti ada dalam beg. (sejenis yang suka bersembang dri main handphone)


Rupanya ada udang disebalik batu.♥♥♥ Dia ada plan dia lah. :)

Tengok gambar.


Happy anniversary sayang. :)

Rupanya dia sambut Anniversary Pertunangan yang ke - 8 bulan 5 hari. 


To My Yayang. U make my day. Serius lah. Terharu sangat sangat.Terima kasih. Happy tak terkata. Seseorang sedang cuba belajar menjadi romantik. Haha.


Dia punya happy bila rancangan dia menjadi, sampai dua pasang kasut dibelinya. Kasut sarung untuk Majlis Nikah. Kasut bertali untuk Majlis Sanding. Dan bila sampai rumah baru dia ingat, songkok tak beli lagi. 

Alahai Tunang ku. Huhu. Dapat tunang pon yang pelupa gak. (sebab bukan barang kita kan. Buat apa nak ingat) Haha.


To En .Tunang. 
Semoga terus berkasih sayang dengan saya sampai bila bila ye. 
Semoga Allah permudahkan segala urusan majlis kita. Amin.
Dah nak dekat ni. Dup dap dup dap tak? Hehe

Ya Allah. terima kasih untuk hadiah yang satu ini. Semoga hubungan yang dibina ini kekal sehingga Jannah. Amin Ya Rabbal Alamin.

#kusbersyukuralhamdulillah
#kuberuntungalhamdulillah


Okay. bye

gadisberlesungpipitdua:)