4 Julai 2020

JULY

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Bulan July yang indah. Beberapa harini rasa tak sedap badan je, mudah sangat rasa nak pitam. Padahal tidur makan semuanya cukup. Pelik. Rasa macam dua tiga kali ganda penatnya. Mula mula ingatkan sebab minggu lepas sibuk ulang alik hospital. Haaa *ini cerita sedih. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya*. Nak kongsi dekat sini takut aku pulak yang melalak nanti. Jadi aku simpan dalam hati je lah ye. :)


Jadi betullah. Setiap kesedihan itu pasti dibalas dengan kebahagiaan. First, Allah permudahkan operation anak aku. Kedua, Allah tambahkan orang baru.


Semperna birthday aku harini, pepagi lagi aku dah cek. Yelah haritu aku dah cek, pastu terjadilah kisah lawak. *Aku dah taip panjang lebar dah, cumanya belum publish lagi. HAhaha. Rasa macam bongok jelah masa tu.


So, nak double confirm, Alhamdulillah. Double Line. Terima kasih Allah. Terima kasih untuk hadiah yang satu ni. 
💞💞💞💞