10 April 2018

Cik f1224h - Dirisik

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤






Hoyeahhh ! Tak sabr sebenarnya nak up entry ni dan entry seterusnya. Entry yang diperap agak lama juga yer.. Allah. Nak dekat setahun pongg.


Ikutkan dah lama nak publish. time tu teruja dia tak boleh nak habaq. Tapi bila difikirkan ianya sekadar merisik, malas lah nak hebah kan. Kononnnn. Haha.


24-04-2017 tahun lepas. (Israk and Mikraj)- DIRISIK. 💖💖


Kenangan dirisik dekat tempat umum adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan. Biasanya kalau merisik ni, mak ayah pihak lelaki datang kerumah pihak perempuan kan. Dan bertanya, adakah Si gadis dah berpunya ke belum kan, macam tu lah biasanya. Tapi lain lah buat Fyza. Hehe. Fyza dirisik kat Old Town White Coffee dekat dengan rumah.


Acara merisik dihadiri oleh kedua ibu bapa dan Si Jejaka. 😚 Bersaksikan Mak Abah dan Adik Fyza. ❤❤


Masa ni, Si Jejaka nak ajak makan makan je sambil tu nak kenal kenal lah (ni first time Fyza jumpa mak abah dia, sebelum ni tak pernah pun. Perasaan takut tu tak payah cakap lah. Takut ya amat. Takut kena reject pun ya! Kah!). Tapi selepas berbual panjang, tanya itu tanya ini, nak balik tu, Mak Si Jejaka hulur cincin kat Mak Fyza. Time ni perasaan macammmmmmm... Terkejut sangat. Tak sangka. Hati dah berbunga bunga. Malu gila oiii. Pipi pin tak tahu lah merah dah macam mana. Hahaha.


Dan Mak Abah Fyza lagilah. Dorang tak tahu apa apa. Dorang pun macam tak percaya Fyza dirisik masa tu. Yelakan. Fyza cuma bagitahu Abah ada orang nak jumpa kenal kenal. Tu jelah. Hehe. Si jejaka pun tak bagitahu pape kan. Pandai betul simpan ehhh. Memang kejutan lah bagi pihak Fyza.😂


Untuk bertunang dalam masa terdekat, tak ada lah. Tak plan pape lagipun. Yang pasti nak buat lepas bulan July ke Ogos ke. Kan..


Tapi alih alih... Semuanya berubah.


Haaaaa. Apalah yang terjadikan.
Tunggu next enrty lah ye. Hehe.

Alhamdulillah. Dalam tak sedar dah hampir sebulan jadi isteri kepada seseorang yang telah berjaya menawan kembali hati ini. Kembali? Hahaha! Walaupun semuanya masih baru, masih kelang kabut lagi but i enjoy gila dengan life sekarang.
Semoga segalanya dipermudahkan. Semoga apa yang dilakukan diberkati oleh Allah. Amin.


Byeeeeeeeeeeeee.