22 April 2021

Ramadhan Tiba Lagi

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Alhamdulillah. Sebelum terlambat, Selamat Berpuasa semuanya :). Semoga Ramadhan kalini memberikan 1001 kebahagian buat kita semua. Semoga setiap apa yang kita lakukan, laksanakan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. Insha Allah, Aamiin.


Alhamdulillah. Tak putus putus kata kesyukuran. Beberapa bulan menyepi, harini baru dapat membelek belek disini. Hehe. Lamakan ambil masa. Macam biasa, walaupun senyap tak bererti lupakan. Ada je menaip. Cumanya simpan dulu. Tak publish pongggg. Kenapa?


"Rahsiakan kandungan, Hebahkan kelahiran"


Makanya, Alhamdulillah. Pada 5 feb 2021 | Jumaat, disaat azan Subuh berkumandang, lahirlah seorang lagi anak soleh Bonda yang diberi nama Muhammad NAim Hilmi. Dan secara rasminya, Muhammad Naufal Hakimi dah jadi abang. Alhamdulillah.

Syukur atas nikmat nikmatmu Ya Allah.

Jadinya, macam kandungan pertama, lepas anak dilahirkan barulah seorang Pzah publish kisah kisah sepanjang mengandungkan. Haaa. Nampaknya lepas ni aku buat benda yang samalah. Hehehe. Kalau tak ada orang perasan entry ni, tak apa. Biarlah ianya menjadi kenang kenangan disini ye. Senang nanti aku nak cerita pada anak anak bila dorang besar nanti. *Haaa, macam ni lahh Bonda ngandungkan korang tau*. :)

Rezeki Allah. Terima kasih Allah untuk hadiah terindah ini. 

Bagi yang sedang menunggu. Aku doakan Allah angkat doa doa kalian. Bersangkalah baik baik dengan Dia. Insha Allah yang baik baik juga akan tiba.

Okay. Tidur dulu. Sat lagi nak sahur dah. Selamat bersahur korang.

Tataaaaaa ðŸ˜˜