11 Jun 2020

Kuih Lopes Kegemaran Ku

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Selepas #PKP,#PKPB, harini adalah hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan #PKPP. Jadi sesiapa yang nak rentas negeri tu, ingatlah mereka yang tersayang ye. Sekarang tanggungjawab 100% ditangan kita. #kitajagakita 


Setiap yang berlaku ada hikmah. Salah satunya, time PKP ni yang tak pandai buat kuih tradisional terus jadi pandai ye. Hahaha. Pzah lah tu. Serius selama ni tak pernah pun buat kuih tradisional. Biasanya beli je. Bila tiba bulan puasa tu memang adik PZah akan beli je kat Bazar Ramadhan. Nama nak cuba buat, memang taklah.


Macam macam jenis kuih Pzah try buat. Alhamdulillah setakat hari ni semuanya menjadi. Tak pernah lagi tak jadi. Kalau tak, kena post dalam group "Masak apa tak jadi" gituuu. Hahahaha


Bila masuk Bulan puasa haritu pun dalam tempoh PKP kan, nak beli kat mana tak tahu. Nak keluar takut, risau. Jadinya mengadap youtube lahh. Cari cari menu. Semangat tau bila hampir setiap hari buat pemanis mulut.


Antara pemanis mulut yang Pzah buat mestilah kuih kegemaran Pzah. Biasanya memang macamtu lah. Kita akan buat kuih yang kita suka dululah. Ambil mood. Hehehe. Haaaa. Siapa dekat sini suka kuih Lopes? Haaa. Angkat tangan. :P Ehhh jap. Tak yah angkat. Tak nampak pun. Hehehe.



Kuih Lopes adalah kuih kegemaran yang wajib ada bila bulan puasa. Kalau bukan bulan puasa pun, kot ternampak kat mana mana memang akan beli. Memandangkan PKP ni kita cuba buat sendiri. Masa bulan puasa tu Pzah dah buat 5/6 kali jugalah. Bila dah bosan dengan warna hijau, kita tukar warna pink pula. Lagi lagi Pzah ni peminat pink, lagilah teruja nak makan. ;p Ada juga terfikir nak letak warna lain, tapi mak tak bagi. Jangan rosakkan kuih tradisional katanya. (",).


Secara Am nya,Kuih Lopes adalah kuih tradisional melayu yang secara tradisinya disediakan dengan menggunakan daun pisang dan dikukus. Tapi lepas godek godek resepi dekat youtube,Pzah jumpa resepi paling mudah je iaitu gunakan rice cooker.


So, kat bawah ni Pzah sharekan kat korang bahan bahannya ye. Kot ada lah yang nak try. Hehehe.


Bahan bahan untuk Jus Pandan (Blender):
--> 5-6 helai daun pandan
--> 1 cawan air

Bahan bahan untuk Lopes:
--> 2 cawan beras pulut susu
--> 1 1/2 cawan santan cair
--> Air Jus Pandan (Yang blender tu)
--> Air secukupnya, paras paras pulut tu je
--> !/2 sudu kecil Pewarna hijau

Bahan bahan untuk air gula :
--> 1-2 cawan air
--> 1 ketul gula melaka
--> 2 sudu besar gula perang (taknak letak pun tak apa)
--> 1 sudu besar gula putih
--> 1-2 helai daun pandan


Bahan bahan untuk kelapa parut:
--> 1/2 biji kelapa parut
--> Garam secukup rasa
--> Daun pandan


Ha, rasa senang tak? Masa mula mula buat dulu amibil masa gaklah. Bila dah pro ni, rasa mudah sangat. Baru terfikir nak buat, tahu tahu dah siap. Mudah kan? Hahaha.



Ni pemanis mulut untuk berbuka puasa semalam. :) 


Okay. Itu je nak sembang. Babai.:)


XOXO
Pzah





3 Jun 2020

Duapuluhduapuluh

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Allahuakbar. Dah pertengahan tahun kot. Bila godek balik blog ni, memang aku akan muncul setahun sekali untuk say Bye bye, Hello! Hahaha.


2020! Kalau hidup zaman 80an/90an kita biasa ditekankan dengan 'Wawasan 2020' kan. Ni dah masuk pertengahan bulan. Berwawasankah kita?


Allahu. Kita merancang, Allah lah yang menentukan. Sungguh. Allah sebaik baik perancang. Dengan apa yang terjadi, sangatlah menginsafi diri. 


Rasanya dah agak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Datang 2020. Ini kalau aku teruskan gak, tahu tahu dah masuk 2021. Cettt !


Jadi, sebelum terlambat. Selamat Hari Raya aidilfitri korang semua. Raya tahun ni adalah kenangan yang pasti tidak akan dilupakan. Betul kan? Maka sama sama lah kita doakan, Allah hapuskan wabak berpenyakit ini. Semoga tahun depan kita semua dapat menyambut hari raya seperti tahun sebelumnya.


Ingat. Allah baru jentik sikit je hati kita. Moga dengan apa yang berlaku ini, kita sentiasa lah ingat Allah.


Okay. Nanti sambunglah. Tetiba rindu gila kat blog. Hahaha.

Bye. Selamat Malam. :)