22 September 2015

Bukit Saga dan Air Terjun

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Air Terjun bukit Saga, Ampang.



Sungguh. Sebenarnya Pzah rajin menaip tapi draf kan aja. Nak publish tak tahu bila.


Meh Pzah nak sembang sikit dekat kau orang pasal Bukit Saga. Ni kali kedua Pzah terjah sini. Kali pertama gie hujung tahun lepas. Hampir setahun gak tak gie cite dia.  Plan asal nak gie bukit Broga, lepas abang abang sebelah office sembang air terjun bukit saga, kita jadi terujalah. Tahap teruja yang tak dapat dibendung. Huh!


Nak kata pendaki tegar tu tak lah. Minat mendaki gitu gitu je. Kalau boleh tempat yang dituju pun dekat dekat. Nak gie jauh jauh tu macam macam halangan akan dapat. Transport lah. Kelulusan dari mak abah lah. Biasanya tang ini jarang sangat dapat. Haha. 


Sambung cerita. Fisrt time gie tu, memang hampa. tak jumpa langsung air terjun nya. Tapi kali kedua ni, dari awal dah berazam. Mesti kena jumpa air terjun tu. Walaupun ramai kata kecil je pun air terjun nya. Tak besar mana pun. Arghhhh Tak kisah. Janji misi ku kali ini tercapai.


Ececceehhhhhh.


Disebabkan keinginan membuak buak. Pzah gagahkan juga walauoun gie berdua. Tenkiu lah Ayu (Syok ada kawan minat yang sama. Ajak je tetap ON).


Ahad, 30.08.15 (7.30am)

Pendakian bermula. Cewahhhh. ORang tak ramai macam sebelum ni. Mungkin ramai gie join Bersih Empat lah tu kot. Haha.


Rasa aman tak ramai orang. Misi mencari air terjun pun tercapai. Banyak gambar yang diambil tapi sayangnya, terpadam sudah. Hampa. Dalam hati, okay tak apa. Akan datang mesti pergi lagi. :) balik tu sesat lah juga. Salah jalan keluar. Haha. susah gak naik bukut tak ramai orang i. Nak tanya pun susah. Tapi syukur Alhamdulillah. Selamat juga sampai kerumah. :) 


Haaaa. Nanti kita sambung lagi lah ye. Babai.



15 Ogos 2015

Bintulu , Aku Datang :p


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Amboi. Tajuk dia. Kemain taw. Nak gempak je. Nampak kan excited dia tu. Macam nak jerit bagi tahu satu Malaysia apa yang dia tengah rasa sekarang. 


Orang tak pernah gie Sarawak. PAstu tak pernah naik kapal terbang lak tu, so dia punya tahap jakun tak terkawal.


Okay! Stop kutuk diri sendiri. Haha.


Excited jangan lebih lebih. Marah lak orang nanti.

Okay. Jom buka cerita.


Minggu lepas, Pzah dapat tahu Engineer dari Jepun nak mai Sarawak. Nak check check apa yang tak kena dengan motor yang customer kitorang beli.


Biasanya, kalau dorang ni datang, boss yang follow. Dan tak semena mena kali ni Boss tak dapat pergi. Maybe sebab dia baru je balik dari Jepun. Tak pun dia takut bajet dia lari ke. Haha.


Dalam hati dok berkata. Kalau Boss taknak pergi, silalah wakilkan Pzah. Bolehlah kita ni tengok selok belok Company oil and  gas ni. Tak dapat kerja macam tu, dapat tengok pun jadila. Orang kata, benda benda macam ni pun dikira pengalaman. Siapa taknak kan. *senyumsumbing


Dan tiba tiba. Rasa doa diperkenankan. Alhamdulillah. Boss wakilkan PZah dan rakan rakan untuk cover kerja dia. Bukan cover apa pun. Just teman kan engineer tu je. Hahaha.


Sampailah hari Jumaat lepas, bersamaan 07.08.2015. Kawan office dah siap booking tiket flight. So, memang confrm la kena gie. Hehe.


Okay. Tu je nak sembang. Jujur nak bagitahu ni, Pzah pergi atas urusan kerja. Bukan berjalan tau. Dan tunggu lah apa yang Pzah nak sembang nanti. Kot lah rajin. :P


Okay babai. Nak sambung baca novel ni. Dah tiga bulan, baru baca 30 muka surat je. Sungguh novel ni membosankan. Huhu.

Okay. Babai Chit Lay.💖








14 Ogos 2015

Perkahwinan dan Zuriat

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤





Nampak tak tajuk entry ni? Perkahwinan selalu dikait rapat dengan zuriat. Kalau kita sembang ini dekat mana mana kawan yang dah berkahwin, zuriat adalah tajuk utama. Jarang pula dengar kekawan tanya, macam mana suami kau dekat rumah. Kehidupan rumahtangga. Tak ada pula. Asal berjumpa, zuriat/anak/cahaya mata itu lah yang akan ditanya.


Sebenarnya agak tak manis kalau Pzah nak sembang benda ni. Yela. Pzah belum kahwin lagi kan, pastu nak bagi nasihat pun macam tak berapa sesuai. Nanti ada yang cakap "yela. Kau tak ada dekat tempat aku. Cuba kau ditempat aku, baru kau tahu macam mana"


Yup! Betul. Bak kata pepatah. "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" Betul lah tu.  Tapi lepas apa yang terjadi baru baru ni, rasa terpanggil pula untuk menaip disini.


Ye. Mana ada mana mana pasangan yang dah berkahwin tak nak zuriat kan? Semua nak. Tapi siapa lah kita untuk menindakkan kerja Tuhan? Kita merancang, Allah yang tentukan. 


Situasi 1 : 

Bila ada rakan yang dah berkahwin selang setahun dari rakan yang lain. Kiranya sorang tu kahwin pada tahun 2010 (kita namakan dia A). Sorang lagi tahun 2011(kita namakan dia B). 


Sekarang pun dah tahun 2015. Si A, mempunyai dua orang cahaya mata. Si B, belum dikurniakan rezeki lagi. Kejadian berlaku masa tengah makan dimajlis perkahwinan rakan sekelas. Tengah syok menikmati makanan kenduri kan, tetiba Si A bertanya pada Si B.

Si A : B kau belum ade anak lagi ehh?
Si B : Belum ada rezeki lagi.
Si A : Kau kan dah lama kahwin. Lepas aku, kau lak yang kahwin. Macam mana boleh tak ada?

(suasana sunyi sepi. Pzah tengok Si B, terkedu. Hilang terus selera makan dia)


Situasi 2.

Terserempak dengan makcik makcik yang persis rancangan Melodi. Kerja main terjahhhh jelah.

Makcik : Eh B, masih berdua lagi? Dah ada isi?
Si B : Makcik doa doa kan laa ye.
Makcik : Ehhh. Kan dah lama kahwin. Si C, baru je kahwin haritu sekarang dah mengandung. 
Si B : (Sengih je)


Allahuakbar! 
Bisa juga mulut memasingkan. Allah tidak pernah menjanjikan setiap mereka yang berkahwin pasti dikurniakan anak.

Rezeki! Tak percaya kah kita pada rezeki?
Ada orang, direzekikan kemewahan, tidak pula pada anak.
Ada orang, punya anak, tapi nak beli susu anak pun, terpaksa menabung.


Nampak? Rezeki Allah beri tu berbeza beza. Kadang apa yang kita nak sangat, Allah tak bagi. Kadang apa yang kita tak minta tu lah Allah beri. Faham? 


Tolonglah. Jaga kata kata. Berhenti tanya soalan yang sensitif ni. Yang bertanya pun seolan olah tak ada iman. Walaupun kita punya 10 orang anak sekali pun, usah membangga diri, dengan bertanya soal anak pada mereka yang belum diberi rezeki. Kalau ada 10 orang anak pun tak dapat nak bawa kita ke Syurga pun tak bagus juga. Kan?


Kita sesama perempuan/wanita. Jagalah sesama hati kita. Kita kan boleh faham apa yang mereka rasakan. Ini kerja Tuhan. Bukan kerja kita. Kalau kerja kita, bebila boleh dapat kan? Tolonglah percayakan pada rezeki. Pada apa yang ditakdirkan Allah kepada kita semua. Kita tak tahu kemudian hari macam mana lagi. Kehidupan kita masih panjang. Bila bila masa Allah boleh tarik.


Kepada pasangan yang Allah uji tanpa zuriat,kuatkanlah semangat kalian. Allah uji tanda sayang. Banyakkan lah berdoa, mintalah bersungguh sungguh padaNya. Bersangka baiklah pada Allah. 

Ada juga yang cakap " Mungkin Allah nak kita honeymoon lama sikit" ye betul tu. Tapi jangan kerap sangat guna ayat tu. Setiap apa yang keluar dari mulut kita pun doa juga. Kan? Jadi. Kalau ada yang bertanya, Jawab je "InshaAllah ada rezekinya nanti" kalau rasa taknak jawab, senyum jelah. Hehe.


Pada keluarga, saudara mara, rakan taulan. Andalah penguat semangat mereka. Hentikan soalan yang bakal mengguriskan hati mereka. Jadilah penasihat yang bijak. Peneman yang setia. Kadang depan kita dorang kuat, malam dorang bertemankan air mata. Allahuakbar!


Pada sang suami. Kadang hal hal ini pun berpunca pada lelaki juga. Buka perempuan sahaja. Jaga juga kata kata. Jangan nak cop perempuan ni mandul ke apa. Bila dah ditakdirkan sebagai suami mereka, kitalah yang kena ada dikala suka duka mereka. Jadi tolonglah jadi suami yang hebat.  



Okay. Maaf andai tersalah bahasa. Ada yang silap mana mana. Pzah cuma ingin luahkan rasa. 


Itu saja yang ingin dikongsikan. 
Byeee.
















29 Julai 2015

Naik?

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Masih mood raya kan? Sebelum terlambat, Fyza nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin. Pada yang mengenali diri ini, minta maaf sangat sangat dari hujung kaki sampai hujung rambut. Pada yang pernah buat salah dekat Fyza, yang dipendam sampai sekarang, okay tak apa. Fyza maafkan semua nya. Buku baru harus dibuka. Lagipun banyak lagi benda yang perlu difikirkan. Hehe.


Haaa. Macam mana raya tahun ni? Best? Fyza? Alhamdulillah. apa yang diniatkan, dihajatkan, Alhamdulillah. Terlaksana semuanya. Terutamanya hajat pada keluarga.


Fyza harap segalanya akan berterusan pada mas aakan datang. Semoga Fyza sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.


Haaaa. 
Tajuk entry ni, naik?
Haaaa. Apa yang naik? Hahaha.


Ada tak sesiapa yang mengalami masalah seperti Fyza ni?


Sungguh. Rasa benci sangat dengan penimbang berat sekarang ni. Rasa nak campak jauh jauh. Melampau lampau naiknya! Haha. Salah sendiri, tapi nak salahkan penimbang pulak. Baguslah berperangai gitu kan Fyza. :p


Bila kita punya badan, makan sikit je pun tapi naik nya mendadak. Memang sangat bermasalah. Macam macam produk dah try. Konon nak dapatkan bentuk badan yang menawan. Tapi tetap tak tertawan. Haha.


Tapi janganla disebabkan nak kurus, kita percaya pada produk yang tak patutkan. Kadang kadang, dorang ni nak melakukan barang dorang je. Cuba tanya. Semuanya bagus aja. Semuanya dorang pakai juga. Segelintir ni fikirkan keuntungan dorang je. Hasil? Tak ada pun. So, pilihan ditangan kita kan. Pilihlah yang terbaik. Jangan termakan diri sendiri sudah lah.

*serba sedikit nasihat dari hakak ye1 Yang pernah terkena. Hahaha!



Okay. Berkaitan "naik" tadi tu, beringat inagat lah ye. Makan ala kadar. Bila perlu. Makan jangan ikut nafsu semata. Jangan jadi macam Fyza, asyik nak makan ja. Lagi lagi bila sedang mengalami gangguan emosi. Mulut memnag meminta minta disi. Hehe. Tengah marah, sedih, mesti cari makanan. Mulut tak berhenti menguyah. Bila timbang naik, nak salahkan penimbang lak. Pastu nak rasa menyesal? Haha! Memang menyesal. 


Kawal diri tu perlu tau.


Hehe. Sampai disini saja. Ada masa kita jumpa lagi ye. Oh ya, sekarang Fyza sibuk dengan "Misi tigapuluh hari" hahaha. Tak nak masak benda benda yang manis manis. Katakan tidak pada gula. Yeahhhh. Kita tengok hasilnya macam mana ye.:P Doakan Fyza ye.


Babai!!




18 Jun 2015

:: Ramadhan Menjelma Lagi::

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Marhaban Ya Ramadhan.

Alhamdulillah. Allah masih beri kesempatan padaku untuk merasai nikmat Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan pada tahun ini memberikan kebaikan dari tahun tahun yang lepas. Amin.


Diriwayatkan dari Annas: "Rasulullah s.a.w berbuka sebelum solat dengan rutab(korma mengkal) kalau tidak ada. Baginda berbuka dengan tamar(korma biasa) dan jika tidak ada tamar Baginda minum dengan beberapa teguk air."

Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersabarlah kamu, kerana bersahur itu ada berkatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Said Al Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah s.w.t membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Dari Buku Fadhilat Ramadhan.


Sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini, Fyza ingin mengucapkan Selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga di bulan mulia ini, kita semua dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t. Amin.






15 Jun 2015

:: 2015 ::


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Penulisan untuk pertengahan tahun 2015. Nampak.? Cuba tengok entry Fyza tang last. Tahun 2013. Haha. Perasaan tak, tak ada langsung entry pada tahun 2014. Erm. Apa sudah jadi? Hahaha. Tahun 2014 adalah tahun senyap Fyza. Bila mana semua akaun laman sosial Fyza deactive buat sementara waktu. 


Seriosly, bila dikenang balik apa yang pernah berlaku, semuanya ada hikmah. But im power girl lah! Pantang menyerah. Buat apa kita nak rasa down sangat dengan manusia kan? Kena ingat. Jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana Allah. Allah tak akan biarkan kita sendirian. :)


So, apa yang perlu dibuat sepanjang untuk melupakan segalanya? Benda tetap dalam ingatan. Tetap menjadi kenangan. Tapi untuk bangkit, kita perlu buat sesuatu untuk diri kita sendiri. Jadi, Fyza menghabiskan masa dengan kerja. Nak tak nak kena busy kan diri dari dunia luar ni. Lagipun Fyza buat dua kerja. Bayangkan pagi pergi kerja, semua orang dah pergi kerja. Balik malam hari, semua orang dah tidur. Macam burung hantu sangat masa tu.


Kerja kerja kerja. Itu jelah yang Fyza hadap untuk masa satu setengah tahun ni. Keluarga? Jarang. Nak dapatkan cuti pun susah. Sabtu ahad pun kerja oiiii. Rasanya ahad malam baru free. Kalau dapat cuti, tidur jelah kerjanya. Penat kan.


Kawan? Sampai ada yang cakap Fyza lupakan kawan. Bukan lah! Sentiasa ingat. Cuma masa tak mengizinkan. Lagipun, Fyza memerlukan masa untuk sendirian. Masa untuk fikir hidup ni sebenarnya untuk apa. Huh.


Banyak yang Fyza dapat dalam setahun setengah menyibukkan diri dengan kerja. Pengalaman? Orang kata, pengalaman itulah yang mendewasakan kita. Dari situ kita akan kenal erti kehidupan. Ya tak? Ya ! Memang tak dinafikan.


Permulaan yang sangat bagus. Fyza akan mula menaip balik. Walaupun tak seaktif orang lain. Tapi rindu lah. Lama sangat ditinggalkan. Banyak yang akan dikongsikan dalam blog ni. Itu pun kalau ada cerita yang nak dikongkan ye.

Dekat blog jelah, cara untuk luahkan apa sahaja yang kita nak luahkan. Hehe.


Jumpa lagi ye.
Xoxo.