15 Ogos 2015

Bintulu , Aku Datang :p


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Amboi. Tajuk dia. Kemain taw. Nak gempak je. Nampak kan excited dia tu. Macam nak jerit bagi tahu satu Malaysia apa yang dia tengah rasa sekarang. 


Orang tak pernah gie Sarawak. PAstu tak pernah naik kapal terbang lak tu, so dia punya tahap jakun tak terkawal.


Okay! Stop kutuk diri sendiri. Haha.


Excited jangan lebih lebih. Marah lak orang nanti.

Okay. Jom buka cerita.


Minggu lepas, Pzah dapat tahu Engineer dari Jepun nak mai Sarawak. Nak check check apa yang tak kena dengan motor yang customer kitorang beli.


Biasanya, kalau dorang ni datang, boss yang follow. Dan tak semena mena kali ni Boss tak dapat pergi. Maybe sebab dia baru je balik dari Jepun. Tak pun dia takut bajet dia lari ke. Haha.


Dalam hati dok berkata. Kalau Boss taknak pergi, silalah wakilkan Pzah. Bolehlah kita ni tengok selok belok Company oil and  gas ni. Tak dapat kerja macam tu, dapat tengok pun jadila. Orang kata, benda benda macam ni pun dikira pengalaman. Siapa taknak kan. *senyumsumbing


Dan tiba tiba. Rasa doa diperkenankan. Alhamdulillah. Boss wakilkan PZah dan rakan rakan untuk cover kerja dia. Bukan cover apa pun. Just teman kan engineer tu je. Hahaha.


Sampailah hari Jumaat lepas, bersamaan 07.08.2015. Kawan office dah siap booking tiket flight. So, memang confrm la kena gie. Hehe.


Okay. Tu je nak sembang. Jujur nak bagitahu ni, Pzah pergi atas urusan kerja. Bukan berjalan tau. Dan tunggu lah apa yang Pzah nak sembang nanti. Kot lah rajin. :P


Okay babai. Nak sambung baca novel ni. Dah tiga bulan, baru baca 30 muka surat je. Sungguh novel ni membosankan. Huhu.

Okay. Babai Chit Lay.💖








Tiada ulasan: