23 Disember 2012

Pertolongan Yang Tak Dihargai


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Maaf dengan penggunaa kata ganti nama "Aku"
kerana kisah ni berkaitan dengan hati. 
Dan ianya perlu dibaca melalui hati yang sangat dalam. Hehehe.


Sudah beberapa hari hati ini seakan gelisah. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan. Aku rasa aku sangat kecewa dengan apa yang sudah berlaku. Susahkan kalau kita cuba untuk jadi macam orang lain. Tapi itulah hakikatnya. Sepatutnya jadi diri sendiri lebih baik dari jadi orang lain. Kan. Tapi kalau nak jadikan orang lain sebagai contoh pun susah juga.


Kekecewaan ini membuatkan aku sedar. Betapa menyesalnya aku menolong orang. Biasalah. Kalau dah start mengungkit, hilanglah segala pahala yang dapat. Tapi apakan daya.Benda terpaksa diungkit untuk memberikan kesedaran. Menolong tak semestinya kaya. Menolong apa yang termampu sahaja. Tapi tolonglah beringat dengan hutang kau tu.


Sebenarnya bukan itu yang menjadi persoalannya. Aku rasa diri aku seolah olah dipergunakan. Nampak sangat. Bila kau mahu pertolongan dari aku, kau cari aku. Nampak sangat kau memerlukan aku masa itu. Mesej yang dikirimkan beribu ribu. Panggilan yang bertubi tubi. Beria ria kau mencari aku. Ketara sangat yang kau perlukan aku.


Banyak yang aku tolong kau. Lebih dari apa yang aku mampu sebenarnya. Padahal ketika itu, aku juga dalam keadaan susah. Tapi bila kau minta pertolongan, aku cuba semampu yang boleh. Aku tak minta kau kenang semua itu. Cukuplah kau hargai aku walaupun sedikit.


Huh. Sedihnya rasa hati. Terasa pertolongan yang tak dihargai. Tak apalah. Aku terima. Nak menyesal pun tak ada guna. Aku berserah sepenuhnya kepada-Nya. Moga hati aku terus tenang. Kesedihan aku terus dirawat.

Terima kasih dengan apa yang berlaku kawan. Semoga setiap apa yang berlaku ada hikmah. Bergembiralah dengan apa yang kau lakukan.


16 Disember 2012

..: First Date ? :..

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Hai korang korang! Rajin Fyza menaip harini. Semuanya bersebab okay. Dah la kita ni tak suka menunggu. Ni semua gara gara penyarah Fyza yang nak sangat jumpa harini. Alih alih dia ada meeting pulak dahhhh. Adehhh Puan, buat lawak betul la.

Kalau cakap awal awalkan senang. Tak adalah kite ni terpacak macam tiang elektrik kat sini. Khenn.. Tekanan sekejap. Disebabkan tak nak membuang masa, macam biasa lah, kita mai singgah sini nahh. :P


First Date?
Haaaaaaa
Why? Why? Why?
Apa yang korang faham pasal first date ni?
Perlu ke first date?
Haaaaaaa

Bagi pendapat Fyza, memang perlu ada first date. Kalau tak macam mana nak kenal orang tu kan. Biasanya first date ni, semuanya manis manis belaka. Walaupun kadang kadang date yang dianggap istimewa bertukar wajah apabila keadaan menjadi huru hara. Dalam istilah lain, bergaduhla tu. Hehe.Biasa lah, semua orang akan alaminya. Gaduh gaduh manja gitu. Yek tak? Baik korang angguk je. 😜😜


Tak pun kan, bila perasaan berdebar menguasai diri. Hahaha! Dia punya debar memang lain macam. Dan dan lah kau tersepak kerusi, terlanggar tiang, tak pun salah naik eskalator. Nak turun sebenarnya, kalutnya pasal g bahagian naik. Haha. Orang sebelah dok senyum senyum. Hahaha!


Okay. 
Nak dijadikan cerita, masa Fyza dok merewang kat tepi jalan tadi, adalah terdengar dalam masa yang sama curi curi dengar perbualan dua budak perempuan ni. Pasal first date. Haaaaa. Ni dialog dorang.


A : Jadi tak first date kau malam ni?
B : Jadi. Asal?
A : Saja ja aku tanya.
B : Tapi aku takut lah. Risau. Dahla tak kenal.
A : Rilex lah. Tak ada pape pon, okay.
And bla blabla bla :p


Rasanya budak budak ni baru belasah tahun. Dari segi percakapan dorang memang dah nampak sangat. Lain lah Fyza, nampak memang puluhan tahun. Kah kah kah.

Sesiapa sahaja yang melalui first date ni memang tak payah cakap lah. Confirm kelu lidah nak berbicara kan. Haha. Macam Fyza lah. Diajukan sepuluh soalan, jawapnya satu ja. Itu pun sebab terpaksa. Gila tak kelu lidah. Lelaki tu admire Fyza wehhhhh. Admire kau pun suka kat kau. Tak ke bisu jadinya. Haha. Just suka suka jaaa. Tak serius mana pun. Perasaan kan. Suka suka datang suka suka pergi. Cettttt.


So, bagi sesiapa yang menghadapi atau melalui first date ni, pastikan korang jangan lah pergi berseorangan. Jangan berdua je dengan orang tu. Kalau yang kenal tak apa lah juga. Yang baru nak kenal ni. Yang selama ni tak pernah bersua muka. Berhati hati lah ye. Seberani berani seorang perempuan, sekuat kuat mana pun seorang perempuan, dia tetap perempuan okay. Ditekan kan lagi. Tetap perempuan. So, beringat lah.


Time taip entry ni, tetiba teringat dengan kisah seorang rakan. Couple dah enam bulan, tapi dalah phone jelah. Biasa. Zaman ni kan, macam mana je nak kenal orang selain dari past past nombor telephone kan. Ye tak? Tak pun kawan kawan yang kenalkan. Kan kan kan.


So, nak dijadikan cerita, kawan Fyza ni nak g lah jumpa lelaki tu. Fyza pun ada sekali tau. So, kitorang jumpa kat tempat yang dijanjikan. Time ni kawan minta Fyza g duduk dekat mana mana dulu. Yelaaaaaa. Orang kali pertama jumpa, buat apa kita menyibuk. Baik blahhhh. Tapi xde lah g jauh. Duduk dekat dekat situ gak. Kitorang janji nak jumpa dalam masa satu jam lagi. 


Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak sampai setengah jam, kawan Fyza ni dah text. Dia suruh buat ayat pape supaya boleh gerak secepat yanng mungkin. So, macam pelik lah kan. Baru dating dah nak gerak kan. Bila ditanya, rupanya tangan lelaki tu dah merayap. Huh! Kuang ajar kan.

Bayangkan lah macam mana Fyza terpaksa berlakon. Buat muka cemas. Dalam masa yang sama buat kelang kabut. Fyza cakap lah dengan lelaki tu, nak balik cepat sebab ada kecemasan dirumah. Awalnya, lelaki tu taknak lepaskan kawan Fyza ni. Dia pandang macam tak puas hati. Macam nak ditelannya Fyza hidup hidup. Yelah. Kita dah ganggu dia nak meraba raba lah tu. Huh! Peduli apa aku dengan pandangan kau! Keselamatan kawan lagi penting. Kan.  *berkata dalam hati.

Fyza terus tarik tangan kawan then lari sekuat hati. Tahan teksi dan naik. (time time macam ni kenderaan awam sangat lah berguna ye adik adikkk). Alhamdulillah. Selamat semuanya. Fyza sempat gak pandang lelaki tu. Dia memang tengah kejar kitorang. Huh.


Sejak kejadian tu, kawan Fyza terus tukar nombor. Taknak dikesan lah kiranya ni.

Haaaaaaaaaaaaaaaa.
Dapat kan pengajaran disitu? Ingat senang ke nak jumpa orang yang baru kita kenal ni. Susah tau. Kadang kadang dorang ni ade niat jahat juga. Yup! Memang lah ada yang berniat baik. Tak dinafikan. Tapi kita ni. Ada akal fikiran. Fikir lah yang tak baik tu dulu. So, berhati hati lah ye. Sayangi diri anda semua sebelum menyayangi diri orang lain.


Okay! 
Xoxo.
gadisberlesungpipitdua:)

11 Disember 2012

Nak Kerja !

Assalamualaikum.



Hari ni boleh dikatekan genab 3 minggu dok kat rumah . Mula mula tak lah rasa bosan sangat. sebab ada gak teman untuk berborak. Tapi sejak minggu lepas. Adek yang baru tamat SPM sudah mula berkerja! OWh nooo!

Firstly ade perasaan iri hati gak pada adek aku tu. Mane tak nye. Die nak keja dapat je. Tapi aku. Ditentang habis habisan. Sebab ayah aku tak bagi kerja lagi. Dia suruh belajar dulu. Macam macam lah yang telah disuruhnya, amik kelas memandu. kelas komputer. Kelas menjahit. macam macam lah .

Jadi. sebagai seorang anak yang mematuhi. ku turutkan saja lah. Hehehe. Lepas je tamat sume sume tuh. Aku smbung styd lak. Tp bila dah habis nie. Tak tau nak wat ape . bila adek aku dah strt keje. aku pon rase nak keje gak. Tp tak dapt lagi. HAHA . Sebab kena duk umah tolong mak. Okey okey. aku terima je.


Bila dok umah nie benda yang perlu aku belajar adalah memasak. HAHAHA. Aku bukan lah seorang yang tak reti masak. selama aku kat kedah pon hari hari lah aku masak. Eh , siap tapau untuk orang lagi tau. Tapi aku masak ikut suka je. ala kadar. Tak kisah lah sedap tak yang paling penting. KENYANG! Huhuhu.

So tak nak buang mase. Belajarlah ape yang patut. Dan biarlah masa tu sentiasa diisikan. Untuk tidak ketara sangat membuang masa. aku penuh kan rutin harian aku dengan membaca novel. Bukan aku beli pun. Just pinjam kat perpustakaan Kuala Lumpur. 3 novel untuk duaminggu.  Okey! tapi disebabkan aku dok umh je kan. novel novel ni sudah habis dibaca dalm tempoh yang tak smpai seminggu. So, esok nak p pulang dan pinjam yang baru!hahaha


okey! masa untuk tido. k bai.

notakaki : berharap supaya cepat dapat kerja! yeaaaahh


18 November 2012

Jom Bersiap Sedia!

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

 



Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤  Yeahhh! Hari yang dinanti natikan telah pun tiba. dengan segala usaha, titik peluh, penat lelah, akhirnya masa yang ditunggu kunjung tiba.


Macam biasa. Walaupun tak sabar, pelbagai perasaan yang bermaharajalela dalam diri ni. Takut, risau. tu semua normalkan. Belum cerita lagi bab berdebar debar. Boleh dikatakan sampai nak tercabutlah jantung Pzah ni. Hehe.


Wah. Harini kita semua akan bersiap sedia menuju ke medan peperangan. bukan perang yang perlu senapang, pistol atau sebagainya. Tapi peperangan ini memerlukan daya ingatan yang kuat. Setelah beberapa bulan, minggu berusaha dan hari ini lah masanya untuk menguji tahap kemampuan. Ehhh cettt.

Jadinya seluruh pelajar Politeknik Malaysia akan menghadapi peperiksaan minggu ini. Didoakan semuanya akan berjalan dengan baik. Dengan izinNya. InshaAllah.



 
 ❤ Kita kasi semangat untuk diri sendiri lah ye. Asal masuk bilik je, nampak ini dulu. Jadi masa untuk main main dah tamat. Hahaha.

 
❤ Antara nota nota yang ada dalam simpanan. Ada banyak lagi ni, tapi yang lain kawan pinjam. Tak apa. kongsi nota tak apa. Jangan kongsi jawapan time exam nanti sudahlah ye. Hehehe.

Cun ke idokkk nota Pzah? Warna warni Aidilfitri gitu. lagi mudahlah nak menghafal. Tak adalahlah ngantuk memanjang. Khennn.


 
❤ First time rasa jadual exam yang sangat padat. Macam tak sempat nak bernafas dah. Hehe. Start dari lapanbelas haribulan sampailah duapuluhempat haribulan. Start Ahad habisnya Sabtu. Huh



 ❤ Walaupun jadual padat gila, hok ni lah yang paling tak sabar. Lama dah tak balik keyEll. Ghindu mak abah. Huwaaaa.(kesat air mata) haha.



Setelah tamat saja exam ni nanti, maka perpisahan akan berlaku. Sedih lah untuk dikenangkan. Akan berpisah dengan kekawan yang rata rata berasal dari sini, Kedah. Tak tahu lah bila lagi akan berjumpa. Kalau panjang umur, InshaAllah.

Untuk kekawan Pzah semua.
Semoga berjaya kalian. Semoga kita sama sama mencapai kejayaan yang diidam idamkan. Maafkan diri ini selama perkenalan kita. Kot ada yang termakan hati, sakit hati, tak puas hati, maaf sangat sangat. Kosong Kosong yer.


(kesat air mata lagi) Huwaaaa. Okaylah. Rasanya dah lebih satu jam mengadap laptop ni. Sebelum masa berlalu macam tu saja, mohhh lerr kita tutup laptop dan sambung study.

Okay. Babai.
XOXO.
NHMY


12 November 2012

..: Study Week :..

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Minggu study week sedang berlangsung selama seminggu.
Minggu ni gak lah nak kena mengadap tujuh subjek semuanya.
Moga allah permudahkan segala urusan Pzah. Aamiin.


So, KATAKAN TIDAK KEPADA BELOG, FACEBOOK, DAN SEBAGAINYA sampailah hujung bulan ni! (kot ya) Hehe.


13 Oktober 2012

Untuk Kamu Kawan ku

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Salam dihulur tanda perkenalan
Kenal nama disambut senyuman
Ikatan bertukar menjadi kawan
Kongsi tawa kongsi tangisan
Semakin rapat menjadi sahabat
Sentiasa dihati, walau jauh mahupun dekat.


Aaaippp ! Berpantun lah pulak. Hahaha. Terasa bosan harini lalu aku kesini. Untuk meluahkan, untuk kongsi segalanya. Mungkin sini lebih aman rasanya. 


Aishhh. Lumrah kehidupankan. Ada masa berbaik. Ada masa bergaduh. Itulah yang terjadi hari ini. Bukan aku tak nak bersemuka. Bukan aku tak nak tegakkan kebenaran. Tapi aku tahu, setiap daripada kita akan tetap membela diri sendiri dan tak kan mengaku salah. Walaupun kesalahan tu terang lagi nyata dari diri kita sendiri. Mana orang nak mengaku salah kalau dah buat silap. Itulah manusia. Memang lumrahnya.


Jadi keputusan aku masih sama. Hanya diamkan diri. Yup. Diamkan diri. Biarlah apa orang nak kata. Nak tundingkan jari. Nak tuduh aku takut? Penakut? Menakutkan? Hahaha. Aku tak kisah. Kau berhak berkata apa sahaja. HEntikan kata kata "Jika kau berpihak yang benar, kau mesti tegakkan kebenaran". Arghhh. Persetankanlah semua tu. Aku sorang nak berhadapan dengan kau yang ramai? Hahaha. Lagi nampaklah aku yang bersalah. Haha. Pandai cakap. Omong nya kosong. Duduk dulu ditempat aku. Dan kau akan berfikir seribu kali. Hehe.


Mujurlah aku punya seseorang yang sangat memahami. Bak kata orang lama "terlebih dahulu makan garam". Belum cerita. Hanya dengar suara, dah tahu kita sedang bersedih, sedang mengalami masalah. Arghh . Itulah kelebihan seorang yang dipanggil sebagai "MAK". 


Aku tak ada kakak. Adik perempuan apatah lagi. Allah aturkan kehidupan kita ni sangatlah cantik. Allah hadiahkan aku seorang MAK yang boleh aku bercerita tanpa berahsia. Luahkan lah semahunya. Tak perlu takut. Allahuakbar. Terima kasih Allah. 


Bila cerita semuanya, hati seakan tenteram. Malah nasihat yang diberikan, membuat kita sedar. Tak perlu lah kita nak tambahkan lagi api kemarahan. Cukup kita terima semuanya dengan hati yang terbuka. Bersyukur kepada Allah kerana beri ujian ini. Mungkin selama ini terlalu alpa. Lalu DIA jentik hati supaya aku mohon pertunjuk kepadaNYA dan terus berdoa.


Kata Mak lagi. "Mak tiada sesiapa melainkan anak anak. Mak syangkan semua anak anak mak. Kalau kak lang (Aku) ada dengan mak sekarang, mak akan peluk kak lang. Mak tak akan biarkan kak lang sendiri.


Allahuakbar. Menangis aku. Dah lah tengah jauh ni. Allah. Makkkkkk. (Sedihnyalah hati ini).


Untuk kamu : Kawan. Pada mulanya kawan. Lama Lama sahabat.


Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita tertawa. Ada masanya mengenali seseorang itu membuatkan kita mengalirkan air mata. Sesungguhnya mengenali seseorang itu membuatkan kita memahami 1001 rasa ! Marah, sedih, ketawa, sayang, rindu dan mengenali seseorang itu kadang kala membuatkan kita merasa ianya 1 bencana!


Tetapi sedarkah kita, mengenali seseorang itu sebenarnya 1 Anugerah dari Yang Maha Esa. Biarpun kehadirannya hanya seketika atau sekadar teman sementara. Allah telah tetapkan, sampai takat ini sahaja. Kita sebagai hamba harus bersyukur. Barangkali kehadirannya membuatkan kita belajar banyak benda. Banyak rasa. Malah disitulah kita mengenali apa itu PERSAHABATAN.


Orang berkata: Kawan yang baik akan berada disisi kita bila kita memerlukan dan bila kita senang kita akan kongsi kegembiraan bersama. Taapi tak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan. MEmang. Sebab aku terlalu percayakan engkau, dalam diam rupanya kau tikam aku. Huh. Sakit sangat. Rasa menyesal kenal orang hutan macam kau ni. Betullah kata mak aku. Adik beradik pun boleh bergaduh, nikan pula orang luar. Kenal pun tak lama, lagi mahu percaya?


Pengajaran sangat. Jangan terlalu percayakan orang luar. Tapi itu semua Kuasa Allah. Siapalah kita untuk menindakkan nya.


Lepas ni, perlu lebih berhati hati dalam berkawan. Kawan lah dengan semua orang. Lepak lah dengan semua. Jangan terlalu memilih. Bila dapat satu kepala terus cop dia lah BFF. Huh.


Andai 1 hari kebenaran terbuka jelas depan mata kau, aku minta maaf. Tak ada lagi salam perkenalan. Bukan aku berdendam. Ianya pengajaran. Maaf. Hati aku dah keras.


Tolonglah jangan nak jadi penyelamat. Nak nampak baik depan semua orang. Kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Kalau ada beruk atas tu tak apalah juga. Owhh yaa. Kau lah beruk tukan? Kihkihkih.


Buat semua orang. Maafkan diri ini andai tersalah bahasa, terkecilkan hati, terlukakan apa apa selama persahabatan ini terbentuk disini. Maaf. Maaf juga andai aku lupakan kenangan kita semua. Cukuplah apa yang aku rasa. Berbahagialah semuanya. senyumlah macam biasa walaupun bukan untuk aku.


"Orang yang paling cepat meminta maaf adalah orang yang berani. Orang yang paling cepat memaafkan adalah orang yang paling kuat. Orang yang paling cepat melupakan kesalahan orang lain adalah orang yang paling bahagia."


Doa aku dari jauh. Moga kau bahagia dunia akhirat.


Notakaki: Final nak dekat ni, tak sangka kenangan pahit menjelma. Allahuakbar. Jauhkan aku dari mereka yang munafik.

..: Allah Yang Tentukan :..

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

Assalamualaikum Minggu nie jiwa sangat kacau. Dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Ditambahkan lagi dengan pelbagai perencah, kunyitnya, halia. Peehhhh. Bengang.

Tapi bila diingatkan pesanan emak, "ALLAH yang beri kita dugaan tu, jadi kita harus bersyukur. Terima dengan hati yang ikhlas".. Yaaahh. Kita harus terima kan.
Terima kasih Mak, kerana tak pernah jemu mengingati anak mu ini.

Dan aku tertarik pula dengan ayat ni:
Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
...
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG..
Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing-masing juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

# senyum dan yakinlah bahawa Dia adalah sebaik-baik perancang.. :')
 
 
 
Kalau dah ditetapkan. Sampai disini aku bersahabat dengan kau. Berkawan ngan kau. Tak sampai setahun. Aku terima ngan hati yang terbuka. :)


Terima kasih jadi kawan aku.

notakaki : malas nak gado gado. Tak guna bersemuka . Allah dah tetapkan segalanya. :))

11 Julai 2012

Kisah Aku dan Kucing. Meow meow.

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Aku dan kucing. Yup. Aku dan kucing. Cerita pasal mahluk Allah paling seksi ni, ehhhh. Paling comel ni, siapa dekat sini takutkan kucing? Kucing je kot. bukan harimau, bukan singa. Tu pun kau orang takut ke? Aishhhh. Haha. Toksah ngata orang sangatlah Pzah oi. Hang pun takut kucing kan kan kan. Haha.


Kenapa takut kucing. Kucing je kot. Haaaa. ayat ginilah yang selalu Pzah dengar sampai naik bernanahlah telinga ni. Haha. Ehhh hello. bukan takut, cuma tak berani je pun. Huhu. Beza tau perasaan takut dengan tak berani ni. Perasaan yang bukan dibuat buat. Perasaan yang tak tahu lah nak sembang macam mana lagi. Nak kata gelikan binatang berbulu, tak jugak. Arnab elok je Pzah pegang, ucap. Siap cium cium lagi. Cuma kucing ni. Dia macam ada perasaan fobia sikit.


Nak kata ada kisah trauma dengan kucing, tak ada lah pulak. Time kecik dulu, Pzah ada je bela empat ekor kucing. Masa tu lingkungan umur dalam sebelas duabelas tahun. Yang kelakarnya, eloklah. Bapak kau bela burung. Kau lak bela kucing. Kucing. Nampak je burung faham faham je lahhh. Dia siap melompat atas sangkar burung bapak aku tu. Haha. Gasak. Memang panaslah telinga Pzah ni dengar Abah bising. Malas nak bertekak dengan abah, PZah bagilah kucing kucing tu pada kekawan yang pencinta kucing..



Kita ni pun cinta juga. Cumanya tak berani nak tunjuk rasa cinta tu. Serius. Tak boleh kucing datang dekat, dan dan lah kaki ni laju je terangkat. Tu belum lagi kucing datang mengejut. Sumpahlah, akan menjerit macam kena rasuk. Faham kan kalau situasi ni berlaku ditempat awam. Ya Allah, malu sungguh. Kalau time tengah makan, tetiba kucing melompat, lagilah. Mesti tersekat terus selera makan tu. Dia punya perasaan time tu tak boleh digambarkan. Tetiba menjerit kat dewan makan. Haha. Semua orang pandang kau. Serius. KAwan Pzah pernah tegur, pucat betul bibir Pzah gara gara terkejut dengan kucing ni. Alahaiii. Apa lah nasib.


Ohh. Jangan salah sangka ye. Bukan tak suka kucing, nak membenci apatah lagi. Tidak sama sekali. Dalam hati teringin juga laaa nak belai belai, usap usap kucing ni, tapi tulah. Dalam hati sajalah. Nak lakukan memang idokkk lee teman.


Yup. Pzah sangatlah tak berani pada kucing. Malah menghormati tau. Tak akan sesekali nak ganggu kucing kucing ni dissat ianya sedang tidur, makan, melepak tepi lobby ke. Haha. Serius tak akan ku ganggu. Nak pukul pun tak akan. Beristirehatlah kucing kucing ni dengan aman.


Tapi satu je.


Kenapa ye kucing kucing ni selalu buat jantung Pzah berdegup kencang. Ya Allah. Rasa nak tercabur jantung ni. Debar dia lain macam.


Kucing ni pun tak tahu ke berapa takutnya Pzah time dia datang mendekat. Tu belum lagi tetiba dok bergesel kat kaki kita ni. dia tak tahu ke, kelakuan macam tu akan mengundang kecederaan pada dia? Kang terkejut punya pasal, tertendang tanpa sengaja. huh. Tak memasal kang kan.


Tapi satu soalan yang selalu bermain diminda.

Kenapa ehhh kucing ni suka datang dekat manusia yang takut kat dia? Haaa. Jeng jeng jeng. Abang google dah tolong jawabkan.

"Ini kerana jika seekor kucing masuk kedalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk dimanja. Berbanding si fobia akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku. Si kucing akan nampak bahasa tubuh  serta posisi si fobia adalah sangat kurang faktor ancaman, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya"


Haha. Berhantu pula PZah baca kenyataan ni. Alahai. Haha. Lipas okay lagi. Kalau kucing. Oh sorry.



Haha. Tu je nak sembang. Nanti sembang bintang lain pula yer. 
Babai.
NHMY










 

30 Jun 2012

UNO Cafe - Alor Star Mall Kedah

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Harini 30 Jun 2012. Haaa. Mesti tetiba mata kau orang tengok HP kan. Ehhh betul ke harini 30 Jun. Haha. Kalau ragu ragu, g tengok kelander kau orang tuh. Takut ada yang salah tarikh lak kan. Aishhhh. Pzah bukan nak melawak but ini lah kenyataan. Lagi lagi buat mereka yang duduk dirumah. Tak ada buat apa apa. Mana nak ingat tarikh tarikh ni. Hari pun kadang kadang orang boleh lupa. Haha.


Okay. Straight to point. Pzah nak share dekat kau orang satu Restaurant ni. Memang banyak lagi restaurant yang menarik but restaurant ni special sikit. Nama kedai ni UNO CAFE. The first time was like lima bulan lepas. Selepas menjejakkan kaki di bumi Kedah. KEdah bak anggg. :p Kalau tak silap, lima nam kali gak Pzah kesini. Biasalah bila dah duduk rumah sewa. serumah pula dengan budak budak yang gila makanan. Dah tak ada tempat lain nak ditujunya. Sini sajalah. Makan makan dan makan lagi.








Tengok gambar, terliur ke idok? If you feel like want eat something expensive, you can come have UNO CAFE, Alor Star Mall.

Actually the price is not that expensive LAH! but for me, it very cheap LAH! LOL! Nak pergi selalu idokkkk lerrr. Money tak da. Haha. Kalau ada yang nak belanja, as long i didnt pay, i just bring my stoach and eeat! Yeahhh Hahaha.


Menarik bukan? Apa tunggu lagi. Boleh lah segera kesana. 

Okay. Babai.
gadisberlesungpipitdua:)




31 Mei 2012

Memori ITU Kenangan

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Arghhh terasa bosan sungguh hari ini. Padahal bukan duduk saja. Macam macamlah Pzah buat. Serius. Agak tekanan jugalah bila berada dalam keadaan macam ni. Arghhhh.


Bilamana keadaan semakin tak terkawal, cari lah sesuatu yang boleh membangkitkan kegembiranan. Jadinya, duk kemas bilik lah. Dan tiba tiba jadi happy semacam. Ahhh. Akhirnya jumpa balik pendrive yang dah lama hilang. Sungguh. Ingatkan ada orang curi. Haha. Tak pun ada yang terpinjam tapi terlupa nak pulangkan. Hehe. Rupanya pendrive ni baik punya tersimpan dalam kotak yang dalamnya bertimbun buku buka lama. Arghhh mujurlah tak buang.


Sambil membelek belek, jumpalah gambar gambar lama. Gambar masa sekolah. Cute tau PZah time sekolah. Haha --> Apa salahnya angkat bakul sendirikan. Hehe.


Tengok. Cun ke tak cun Pzah masa sekolah. Sekarang lagilah cun. Hahahahaha. --> Makin lama makin terasa sifat membangga diri tu dalam diri ini. Haha.



❤ Tingkatan 4 --> Kawan yang sebelah PZah tu kan. Ada dengan Pzah dari darjah 6 sampai tingkatan 5. Lama kan. Hari hari mengadap muka dia je. Haha

❤ Tingkatan 3 --> Dulu Pzah pengawas sekolah juga. Tapi tak suka betul pakai baju pengawas. Pastu pakai stokin warna pink. Haha. Pengawas jenis apa kau ni Pzah? Hahah




❤ Tingkatan 5 --> Ku dah insaf. Dah jadi senior haruslah berbangga jadi seorang pengawaskan. Baru ramai takut. Haha

Tersenyum sendiri bila tengok gambar gambar ni. Setiap gambar pasti ada ceritanya. Dan lagi best bila jumpa gambar ini. Lihat bawah!











❤ Tingkatan 1. Kawan lama masa sekolah agama. Bila sekolah menengah, sekolah lain lain. Tak sama pun. Bila jumpa terus amik gambar. Hehe.


Gambar ni, kali pertama Pzah main edit edit dengan kawan. Kelakar. Masa edit memang cantik. Bila tengok balik sekarang, dah kenapa lah aku edit sampai tak lawa macam ni. Tak berseni langsung. Dah la gambar original tak ada. Pernah cuci. Tapi tak ingat dah duduk mana album tu. 


Allahu. Tetiba rindu sangat sangat dekat kawan kawan. Untuk kembali pada zaman dahulu memang tak lah. Hehe. Kalau jumpa untuk lepaskan rindu pun okay what. Sejak habis sekolah, bukan lah sampai tak jumpa langsung dorang ni. Adalah juga. Tapi ramai yang dah berkahwin. ALhamdulillah. Tumpang gembira. Anak ramai pun ada dah tau. alhamdulillah. Rezeki namanya tu. Kalau jumpa "Call me Bonda Pzah" Haha. BErmanja dengan anak kekawan jelah. Anak sendiri tak tahu bila. Alahai. Diri sendiri kahwin pun tak tahu bila. Huhuhu. (habiskan belajar kau dulu Pzah oi. )


Ada banyak lagi gambar lama. Nak upload bebanyak, line internet macam cemburu je ni. Tak apa lah. Kita simpanlah bebaik pendrive lama ni kan. Terima kasih pendrive. Kembali kepadaku dan mengingatkan aku pada memori dahulu.


MEMORI ITU KENANGAN. KENANGAN IS MEMORI.

Yang pasti memori perlu diingat sampai bila bila.
Yeahhh. Mekasih,

XOXO
nhmy ❤