16 Disember 2012

..: First Date ? :..

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Hai korang korang! Rajin Fyza menaip harini. Semuanya bersebab okay. Dah la kita ni tak suka menunggu. Ni semua gara gara penyarah Fyza yang nak sangat jumpa harini. Alih alih dia ada meeting pulak dahhhh. Adehhh Puan, buat lawak betul la.

Kalau cakap awal awalkan senang. Tak adalah kite ni terpacak macam tiang elektrik kat sini. Khenn.. Tekanan sekejap. Disebabkan tak nak membuang masa, macam biasa lah, kita mai singgah sini nahh. :P


First Date?
Haaaaaaa
Why? Why? Why?
Apa yang korang faham pasal first date ni?
Perlu ke first date?
Haaaaaaa

Bagi pendapat Fyza, memang perlu ada first date. Kalau tak macam mana nak kenal orang tu kan. Biasanya first date ni, semuanya manis manis belaka. Walaupun kadang kadang date yang dianggap istimewa bertukar wajah apabila keadaan menjadi huru hara. Dalam istilah lain, bergaduhla tu. Hehe.Biasa lah, semua orang akan alaminya. Gaduh gaduh manja gitu. Yek tak? Baik korang angguk je. 😜😜


Tak pun kan, bila perasaan berdebar menguasai diri. Hahaha! Dia punya debar memang lain macam. Dan dan lah kau tersepak kerusi, terlanggar tiang, tak pun salah naik eskalator. Nak turun sebenarnya, kalutnya pasal g bahagian naik. Haha. Orang sebelah dok senyum senyum. Hahaha!


Okay. 
Nak dijadikan cerita, masa Fyza dok merewang kat tepi jalan tadi, adalah terdengar dalam masa yang sama curi curi dengar perbualan dua budak perempuan ni. Pasal first date. Haaaaa. Ni dialog dorang.


A : Jadi tak first date kau malam ni?
B : Jadi. Asal?
A : Saja ja aku tanya.
B : Tapi aku takut lah. Risau. Dahla tak kenal.
A : Rilex lah. Tak ada pape pon, okay.
And bla blabla bla :p


Rasanya budak budak ni baru belasah tahun. Dari segi percakapan dorang memang dah nampak sangat. Lain lah Fyza, nampak memang puluhan tahun. Kah kah kah.

Sesiapa sahaja yang melalui first date ni memang tak payah cakap lah. Confirm kelu lidah nak berbicara kan. Haha. Macam Fyza lah. Diajukan sepuluh soalan, jawapnya satu ja. Itu pun sebab terpaksa. Gila tak kelu lidah. Lelaki tu admire Fyza wehhhhh. Admire kau pun suka kat kau. Tak ke bisu jadinya. Haha. Just suka suka jaaa. Tak serius mana pun. Perasaan kan. Suka suka datang suka suka pergi. Cettttt.


So, bagi sesiapa yang menghadapi atau melalui first date ni, pastikan korang jangan lah pergi berseorangan. Jangan berdua je dengan orang tu. Kalau yang kenal tak apa lah juga. Yang baru nak kenal ni. Yang selama ni tak pernah bersua muka. Berhati hati lah ye. Seberani berani seorang perempuan, sekuat kuat mana pun seorang perempuan, dia tetap perempuan okay. Ditekan kan lagi. Tetap perempuan. So, beringat lah.


Time taip entry ni, tetiba teringat dengan kisah seorang rakan. Couple dah enam bulan, tapi dalah phone jelah. Biasa. Zaman ni kan, macam mana je nak kenal orang selain dari past past nombor telephone kan. Ye tak? Tak pun kawan kawan yang kenalkan. Kan kan kan.


So, nak dijadikan cerita, kawan Fyza ni nak g lah jumpa lelaki tu. Fyza pun ada sekali tau. So, kitorang jumpa kat tempat yang dijanjikan. Time ni kawan minta Fyza g duduk dekat mana mana dulu. Yelaaaaaa. Orang kali pertama jumpa, buat apa kita menyibuk. Baik blahhhh. Tapi xde lah g jauh. Duduk dekat dekat situ gak. Kitorang janji nak jumpa dalam masa satu jam lagi. 


Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak sampai setengah jam, kawan Fyza ni dah text. Dia suruh buat ayat pape supaya boleh gerak secepat yanng mungkin. So, macam pelik lah kan. Baru dating dah nak gerak kan. Bila ditanya, rupanya tangan lelaki tu dah merayap. Huh! Kuang ajar kan.

Bayangkan lah macam mana Fyza terpaksa berlakon. Buat muka cemas. Dalam masa yang sama buat kelang kabut. Fyza cakap lah dengan lelaki tu, nak balik cepat sebab ada kecemasan dirumah. Awalnya, lelaki tu taknak lepaskan kawan Fyza ni. Dia pandang macam tak puas hati. Macam nak ditelannya Fyza hidup hidup. Yelah. Kita dah ganggu dia nak meraba raba lah tu. Huh! Peduli apa aku dengan pandangan kau! Keselamatan kawan lagi penting. Kan.  *berkata dalam hati.

Fyza terus tarik tangan kawan then lari sekuat hati. Tahan teksi dan naik. (time time macam ni kenderaan awam sangat lah berguna ye adik adikkk). Alhamdulillah. Selamat semuanya. Fyza sempat gak pandang lelaki tu. Dia memang tengah kejar kitorang. Huh.


Sejak kejadian tu, kawan Fyza terus tukar nombor. Taknak dikesan lah kiranya ni.

Haaaaaaaaaaaaaaaa.
Dapat kan pengajaran disitu? Ingat senang ke nak jumpa orang yang baru kita kenal ni. Susah tau. Kadang kadang dorang ni ade niat jahat juga. Yup! Memang lah ada yang berniat baik. Tak dinafikan. Tapi kita ni. Ada akal fikiran. Fikir lah yang tak baik tu dulu. So, berhati hati lah ye. Sayangi diri anda semua sebelum menyayangi diri orang lain.


Okay! 
Xoxo.
gadisberlesungpipitdua:)

4 ulasan:

anis marissa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
anis marissa berkata...

my first date, kenangan xleyh lupe, i trsungkur 2x depan dye. malu malu..hahaha... nsib bek dye jenis selamber.

anis marissa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
cik f1224h berkata...

Hihi.. xpe.. tu sume kenangan kan :) @anis marissa