12 November 2011

11.11.11

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Wahhhh. Ramai sungguh yang buat entry 11.11.11 ni kan. Macam macam tajuk ada. Hehe.
Antaranya ialah :

--> 11.11.11 YANG TERINDAH!
--> TAK KAN KU LUPA TARIKH INI, 11.11.11
--> KISAH HIBA 11.11.11
--> DAN SEBAGAINYA.

Tengok tajuk pun rasa lawak juga. Macam macam lah perangai korang ni. Comel! :)


Tak kisahlah apa saja tajuknya. Yang penting jalan cerita tu seronok dibaca. Salah satunya boleh buat hati pembaca berbunga bunga. Mana taknya, ada yang kahwin tarikh ni. Best tu. Boleh kongsikan sekali tahap bahagia korang tu. Yup. Kita yang baca ni pun tumpang gembira kan. Dalam masa yang sama boleh berangan. Haha!


Ada juga yang bertunang, dapat anak, dapat pakwa&makwa. Tak kisah lah apa pun. Yang penting kau orang bahagia. YES! BAHAGIA.


Ada juga yang tak best tarikh ni. Dan dan lah putus cinta time time ni. Aishhhh. Kacau sungguh. Kalau kisah yang ini jangan dikenangkan tau. Lupakan dah terus cari KEBAHAGIAAN. Okay ?



Dalam masa korang menceritakan kisah bahagia. Ada juga yang lawaknya. Bilamana, Pzah tak perasan pun semalam ada tarikh cantik. Hahaha. Pagi tadi baru perasan. Bila kau orang buat entry ni. Adoi. Ketinggalan. 


Mungkin tak ada sebab Pzah nak beria tunggu tarikh ni kan, tu yang macam tak kisah. Lagipun bukan nak kahwin pun. Hahaha. Sodehhhh.


Paling cun berita tadi lah. Aishhhh ramai juga yang rebutkan peluang nikah beramai ramai guna tarikh tu. Bestnyaaa. Ini kalau time anniversary tak ingat tarikh tak tahu lah nak kata apa. Kihkihkih.


Okay. Tak apa lah. Bagi mereka yang meraikan tarikh tersebut, Semoga berbahagia selamanya tau. 
Setiap orang punya kenangan masing masing kan. 
Dan semua orang layak bahagia.

Cari dan kejarlah kebagiannya korang okay.


XOXO.
gadisberlesungpipitdua:)







5 Oktober 2011

..: Watak dan Keperibadian Mengikut Bulan Kelahiran (SAMBUNGAN ) :..

Assalamualaikum...

Lambat pula sambungan untuk bulan JULAI - DESEMBER kan? Maaf. Busy sikit. Hehehe.
Okay, sebelum tu, kalau ada yang kat sini tak sempat baca untuk bulan JANUARI - JUN, boleh la singgah di sana ye.  MEH TEKAN SINI


BULAN JULAI 

Wataknya : 
- Senang (suka) berkhayal
- Kalau marah , kata katanya tajam
- Tidak mempunyai pendirian tetap
- Senang dipuji
- Suka menolong pada sesama sendiri sahaja
- Pandai berbicara dan berotak cerdas
- Mudah memberi kemaafan tetapi sukar melupakan

BULAN OGOS :

Wataknya : 
- Mempunyai perasaan yang peka/halus
- Cepat tersinggung
- Suka menghayal dan berfikir yang tinggi tinggi 
- Tidak mudah terpengaruh
- Agak pemalas
- Kalau bekerja lebih menuruti kehendak hatinya sendiri

BULAN SEPTEMBER

Wataknya : 
- Mudah tersinggung dan cepat naik darah
- Baik hati dan jujur
- Boleh menyimpan rahsia
- Suka berfoya foya
- Pandai menyimpan wang namun tidak bakhil
- Suka menolong sesama keluarga dan pandai mendidik anak

BULAN OKTOBER

Wataknya : 
- Berjiwa besar dan tidak mampu mengalah
- Pandai berbicara
- Cerdas dan baik hati
- Memiliki tekad dan azam yang kuat
- Tidak sabar dan agak boros
- Fikirannya tidak tetap dan selalu berubah ubah

BULAN NOVEMBER :

Wataknya : 
- Tabah dan kuat dalam menghadapi segala cobaan
- Pandai mengerjakan setiap pekerjaan
- Pandai mengambil hati orang lain
- Agak pemalas dan suka menunda pekerjaan
- Banyak berfikir
- Agak pendendam dan tidak mudah memberi maaf pada orang yang bersalah
- Keras hati

BULAN DESEMBER

Wataknya : 
- Mudah menaruh rasa percaya pada orang lain
- Kalau mengerjakan sesuatu suka tergesa gesa
- Tidak sabar
- Tidak mahu mengalah dan selalu ingin menang sendiri
- Mudah terpengaruh
- Jujur dan baik hati
- Pemboros dan suka memaksakan kehendak

Okay. Selesai. :) 
Apa bulan kelahiran korang? Jom kongsikan dekat ruangan komen ye.

Notakaki: Nak percaya boleh. Tak nak tak pe ye. Kita pun tak tahu sahih ke tak :)

Bye.
gadisberlesungpipitdua:)






14 September 2011

..: Watak dan Keperibadian Mengikut Bulan Kelahiran :..

Assalamualaikum...
Hai readers !! :p


Harini Fyza nak kongsi sedikitlah, apa yang Fyza baca dekatsat buku ni. Al-maklum lah. Orang yang tak kerja, duduk rumah jekan. So habiskan masa dengan baca buka la. :) Online selalu pun tak boleh juga. Boleh buat mata rosak tuh. Dok tenung tenung lappy je. Hehe. Betul ke? :p 


Okay. Jom baca. Pada yang dah tahu diam diam jelah ye. Yang belum tu, mehhh... 


Sekadar berkongsi :)


BULAN JANUARI :

Wataknya :
-Tenang dan berwibawa
-Suka berterus terang dan tidak suka terikat dengan protokol adat isti'adat
-Pandai menyimpan rahsia dan boleh dipercayai
-Disukai ramai orang kerana selalu kelihatan ceria
-Berdikari dan tidak suka meminta bantuan pada yang lain
-Pandai mengatur kewangan
-Agak pendiam dan lebih senang memperhatikan dirinya sendiri
-Teliti dan tidak sembarangan melakukan pekerjaan

BULAN FEBRUARI :

Wataknya :
-Mempunyai hati yang tulus
-Perasaannya peka dan mudah tersinggung
-Senang dipuji dan selalu menuruti apa yang diinginkannya
-Suka berjenaka dan hormat pada siapa saja
-Keras hati dan mempunyai pendirian tetap
-Agak pemalas dan suka mungkiri janji

BULAN MAC :

Wataknya :
-Baik hati dan suka menolong
-Suka kehidupan yangserba mewah
-Seleranya tinggi
-Belas kasihan dan selalu memberi pada orang yang dalam kesusahan
-Agak pemalu, namun jujur dan tidak pernah berbohong
-Mudah terpengaruh dan tidak kuat memnghadapi godaan
-Suka melalaikan kesihatan diri sendiri

BULAN APRIL :

Wataknya :
-Tidak mahu mengalah dan selalu ingin menang sendiri
-Pembosan
-Senang dipuji
-Agak boros walaupun pandai mencari wang
-Mempunyai otak yang cerdas, namun tidak suka diperintah
-Tak pernah memilih dalam berteman

BULAN MEI :

Wataknya :
-Pandai menguasai perasaan
-Pandai mengambil hati orang lain
-Punya selera tinngi dan senang kehidupan yang serba mewah
-Senang menunda pekerjaan
-Agak boros walaupun rezekinya bagus
-Tidak suka terikat dengan adat isti'adat dan tidak senang dipuji

BULAN JUN :

Wataknya :
-Romantis dan suka menolong
-Tidak mempunyai pendirian tetap
-Suak berfikir yang tinggi tinggi
-Mudah tersinggung bila perasaannya tersentuh
-Agak pemalas dan baru mahu bekerja bila dijanjikan dengan hasil lumayan
-Selalu ceria walaupun hatinya sedang dalam konflik

 

Okay. Itu saja untuk hari ini. Nanti Fyza sambung yang bulan seterusnya ye. Sabar tau.

Notakaki : jangan percaya 100% ye. Ini sekadar bacaan yang perlu dikongsikan. Ada je yang lahir pada bulan tu, tak nampak pun sama macam watak yang dimaksudkan. Hehe


Okay. Terima kasih singgah.
Bye.
gadisberlesungpipitdua:)



13 Ogos 2011

Follower Oowh Follower

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Salam Ramadhan semua!
Dah masuk 13 puasa kan. Dah setengah bulan. Haaaa. Jangan ada yang monteng tau. Hehe

Alhamdulillah. Syukur sangat. Follower belog ni semakin bertambah. Atas 50 dah. Hehe. Kalau tak 50 pun tak sampai. Kihkihkih. Malunya. 

Tak sangka ada juga yang sudi follow belog Pzah yang tak seberapa ni ye. Serius lah, Time Pzah singgah and follow belog orang lain, cantik cantik weh belog dorang. Teruja tengok. Berbeza dengan belog kita ni. Nak godek godek edit edit pun tak reti. Makanya simple sajalah blog kita ni ye.😅😅

Sekarang ni dah 50++. Moga moga sebelum raya dapatlah lebih dari 100 kan. Itu pun kalau ada yang sudi singgah lah yer dan tekan botton follow tu.

Okay. Apa apa pun, terima kasih semua. Terima kasih juga pada mereka yang memberikan cadangan untuk mencantkkkan belog ni, pujian, kriktikan. Terima kasih. Kalau ada masa boleh la PZah godek apa yang patut. Kena ambil masa juga ni. Kita budak baru belajar. Kalau ada yang nak tolong ajar, boleh juga. Hehe.


XOXO

2 Julai 2011

..: Boley tuju lagu :..

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Nera af 9
'hatiku milikmu'

walaupon xmsuk final...
tp lagu dye bes kowt...:))

nie lirik jew.. klo nk dgr... g tgk at youtube... :))
mule !! haha..

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu 
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa 
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu 

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku...


habis.... :)))

18 Jun 2011

Jom Nyanyi Sama Sama

 Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Tajuk Lagu Aishiteru.

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan
 trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian
 sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)




26 Mei 2011

Kedai Mamak Darul Ehsan

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤





Hahaha. Mari makan kekawan. :p 
Tengah tengah nak makan ni laaaa tangan gatal nak menaip.
Kedai mamak Darul Ehsan ni tempat makan harian aku.
Kalau bosan kat sini, memang tapau jelah makanan dekat Cafeteria Poly jela nampaknya.


Disebabkan selalu lepak sini, mamak mamak ni pun dah kenal aku. Asal sampai je, pekerja kat sini dah letak Tea O Ais kat atas meja. Memanglah aku selalu order. Kadang jemu juga. Bila dah sampai, nak order air lain pun serba salah. Tak memasal sebelum balik aku tapau air yang aku nak. Hahaha. 


Bila dah kenal ni, time nak bayar, aku minta diskaun lah. Kalau tak nak bagi, tu lah last aku lepak sini. Hahaha.


Okay lah. Hari pun nak hujan dah. Gerak lu wehhh. Karang lama pula aku kat sini. Huhu.


Bye.....
 

29 April 2011

Perpisahan Yang Terjadi

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Tengok tajuk macam putus cinta jelah kan. Tapi ini bukan pasal bercinta ke apa. Cuma nak cerita tentang kawan kawan masa belajar. Tetiba jadi teringat dekat dorang ni. Sedih lah pulak. Huhu. Lepas ni tak dapat jumpa lagi. Kalau diri ini bukan seorang yang dilupakan, maybe boleh lah jumpa balik. Ukhuwah yang tak kan dapat dipisahkan.



Sem satu.


Sem akhir.


Bagaimana nak hadapi perpisahan ini? Bertahun tahun berkongsi rasa yang sama. Suka yang tak terkata. Duka yang sukar dibicara. Marah yanng tak terhingga. Boleh lupa ke? Tidak!


Kenangankan. Mana boleh dilupakan. Kena marah dengan pensyarah lah. Copy paste assignment tu, jangan cakap lah. Boleh dijadikan satu hobi ye kawan kawan. Jangan ikut lah perangai buruk ni. Hehe.
Yang pasti kenangan memang tidak akan dapat dilupakan sampai bila bila.


Itu sahaja lah yang dapat dikongsikan. Nak cerita banyak pun tak tahu nak tulis apa. Idea terbang kemana pun tak tahu lah. Hehe.


Untuk kawan kawan ku. 
Harap kita semua dapat apa yang kita impikan. Apa yang kita nak dari mula. Semoga dipermudahkan segalanya. Maafkan diri ini, andai ada salah silap selasa kita bersama. InshaAllah, ada jodoh kita jumpa lagi. Kahwin jangan lupa jemput tau. ♥️♥️♥️


Ikhlas dari:
gadisberlesungpipitdua:)






28 April 2011

HAI

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Selamat datang ke belog Pzah yang tak seberapa ni.

Belog yang dah lama menyepi. Banyak juga cerita yang di "Draf" kan atas sebab sebab tertentu. Haha. Nak delete terus terasa sayang. Kenangankan. Tapi sebenarnya banyak juga yang Pzah dah terpadam. Bila dok godek godek baru terfikir. Why not Draf kan je. Kenapa aku g padam. Huhuh. Sedih.

Yang mana sempat diselamatkan, kita simpan jelah dulu ye. Bila baca balik. Ya Allah. Allah saja yang tahu apa hati ini rasa. Terlalu banyak yang dilalui. Mana boleh lupakan.


Jadi kepada kalian semua, sudi sudikanlah melawat belog Pzah yang tak berapa nak meriah ni. Mana tahu dari sini kita boleh kongsikan macam macam cerita kan.


Okay. Mekasih. Salam perkenalan semua.


Babai.