26 Mei 2017

Kasih Sayang Yang Tidak Terhingga


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤





SYURGA
TIADA YANG LEBIH BERMAKNA SELAIN TERUS BERADA DISISINYA☺️


Emak.
ALhamdulillah, aku beruntung punya seorang Mak yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang mak, malah sebagai sahabat baik juga.


Dilahirkan sebagai seorang anak perempuan tunggal itu sebenarnya agak mencabar. Bila dikelilingi dengan teman teman yang mempunyai adik beradik perempuan yang lain. Kadang kala aku cemburu.


Pernah juga aku bertanyakan kepada emak. " Kenapa Kak Lang tak ada kakak atau adik perempuan. Kan best kalau ada kakak. Semua benda kak lang boleh cerita. " SEtiap kali soalan itu diajurkan, mak akan menjawab, " Allah tak bagi kak lang kakak tu sebab Allah nak kak lang sentiasa dengan mak. Jadikan mak bukan sahaja sebagai Mak, malah jadikan sebagai seorang kakak, kawan yang baik juga pendengar setia.


Yup!
Pendengar setia.


Aku akui. Mak memang pendengar yang setia. Alhamdulillah. Aku punya mak yang sangat sporting. Walaupun tegas, garang, mak still ada dikala aku memerlukan. Mak mahu je dengar apa yang aku nak luahkan. Apa sahaja. Persahabatan, percintaan, persekitaran,semuanya lah. Tiada rahsia.


Malah mak selalu berpesan " Kak lang jangan salah  pilih orang untuk bercerita. Tak semua orang akan simpan cerita kita baik baik " (lebih kurang macamtulah pesanan mak. Walaupun aku tak ingat ayatnya.) Tapi point dua, JANGAN CERITA DEKAT ORANG LAIN! Sampai sekarang aku pegang kata kata tu. Kalau nak cerita, cerita benda yang perlu je.


Dari dulu aku fikir dan tekad dalam hati. Mak adalah segalannya bagi aku. Mak adalah nombor satu bagi aku. Setiap apa yang aku lakukan, pasti mak yang aku utamakan.


Aku nak merasa puas saat bersama mak. Berasa cukup puas. Supaya saat aku berjauhan nanti tak  terkilan. Tapi memang sampai bila bila tak akan merasa puas kan.


Aku ingat lagi masa aku menyambungkan pelajaran di Kedah. Dulu kan whatsApp pun belum ada. Nak call guna kredit. Serius memang aku topup RM10/20 camtu sebab nak bergayut dengan mak je.


Benda ni terbawa bawa sampailah aku kerja.
Setiap kali lunch hour, aku call mak dulu. Sampailah kakak kakak kat tempat kerja tu cakap aku bergayuut dengan pakwa. Hahaha. Mak aku lah tu pakwa aku. :p Pakwa yang tidak akan pernah menyakiti hati aku. :)


Aku akan cuba untuk tidak menghampakan mak. Apa yang mak nak sedaya upaya akan ku tunaikan. Aku terlalu sayangkan mak.


Punyalah kuat kasih sayangnya itu, Mak dapat rasa saat aku bersedih. Tak perlu aku ceritakan apa apa. Mak terus peluk aku. Dan time tu hanya air mata yang mengalir.


Begitu jugalah aku. Kalau mak sedih, aku juga dapat merasakan kesedihannya itu.


Ya Allah. Terima kasih kurniakan aku seorang mak yang sentiasa ada disisi. Baik suka duka, jatuh bangun, tetap ada untuk mmeberikan semangat. Alhamdulillah.


Seriuslah. Kalau buka je topic pasal mak, jiwa hati aku ni sangatlah tersentuh. Syukur, Alhamdulillah. Allah masih pinjamkan aku seorang mak yang sangat penyayang. Aku berharap Allah panjangkan usianya dan pinjamkan mak pada aku selamanya.


Mak, terima kasih. Jadi mak yang terbaik dalam hidup kak lang. Ada sentiasa dengan kak lang. Bagi semangat, bagi pendapat, semuanyalah. Mak tak pernah menghampakan kak lang. Terima kasih jadi kawan terbaik pada kak lang. Kak lang sayang kan mak.


Banyak lagi yang nak diluahkan disini. Tetapi hati tak mampu. Terlalu banyak perasaan yang hadir ketika ini. Mungkin sebab aku bakal berkahwin kot macam macam lah aku fikir. Haha..


YA RABB Engkau peliharalah Ibu ku. Ampunilah dosanya. Berilah kekuatan pada aku untuk membalas jasa Ibu yanng tak terhingga. Sesungguhnya aku amat sayangkan dia. Amin.


Esok kita akan berpuasa kan? Selamat menyambut bulan Ramadhan. 
InshaAllah. Kalau dipanjangkan usia, tahun ni pegang status bujang. :p
Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.



Bye.
Cikf1224h
gadisberlesungpipitdua:)