3 Februari 2013

Bersuka ria Di FUNFAIR!

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

Entry pertama untuk bulan Dua.



Okay saja jelah nak bercerita kisah hujung minggu yang dah berminggu minggu pun berlalu. 😅  Baru harini dapat dikongsikan bersama. Baru ada masa kan.😛

Lokasi : Stadium sultan Abdul Halim, Alor Star Kedah.

Awal Januari ritu, berkesempatan untuk meronda ronda di sekitar Alor Star ni. Saja cuci mata, sambil melihat aktiviti orang Kedah  ni. So dari jauh dah nampak lampu lampu bercambah kat sana sini. Mula mula ingatkan ada bola, rupanya spot light yang menyinari Fun Fair ni.
 

Sangat meriah. Macam ada pesta lak. Masa masuk sini, Free. Tidak dikenakan sebarang bayaran pun. Terujakan? Tu masa masuk. Kot nak pusing pusing je bolehlah. Tapi bila dah masuk sediakanlah duit banyak banyak ye. Semua benda nak kena guna duit. Banyak gila games dalam ni. Nak main, kena tukar dulu dengan token. Baru dapat main.


Satu token bersamaan RM2. Dan untuk pengetahuan, tak ada satu game pun yang guna satu token tau. Mesti kena guna dalam dua tiga. Itu pun kalau menang. Kalau kalah tambah lah token tu lagi. Huhu. bijak dorang ni cari duit. Cekik darah betul. Jadi jangan duk lama lama dalam ni. Gian jadinya. Huhu.


Ni game pertama yang Pzah main. Ceduk ceduk itik & main bola pingpong.. Hehe
 




Nak ceduk itik ni senang je. Ambil je itik tu, bawah bontot itik ada huruf. Huruf tu lah yang menentukan kau orang dapat hadiah apa. Dua kali Pzah main, dua kali dapat pensel box angry bird. Huh. Rugiiii.


Tang bola pingpong ni  pula, best gak game dia. Nak terangkan pun susah nak habaq lagu mana. Game ni main point. Nak dijadikan cerita, Haritu KHS dapat 20 point. Bukan sekali gus tau. Kena kumpul point tu. 3 kali game gak baru dapat 20 point tu. Bila tebus point dapatlah hadiah.


Jadiiiii inilah hadiahnya.





❤ Semangat  KHS nak dapatkan benda benda ni. Haha.




Okay. Itu cerita haritu, ini cerita ahad lepas. Bosan duduk saja, moh leee berjalan kejap. Bila tak ada tujuan, g funfair jelah. HArini hari last funfair ni bertapak dekat sini.


Susah kot kalau masuk sini nak jalan saja. Godaan sungguh. Mesti nak main game. Banyak gak game yang PZah main. Walaupun kalah tetap dapat hadiah. Alahhh hadiah biasa je. Kebanyakkan dapat cawan kecil. Yang selalu orang bagi time kenduri kahwen tu. Huhu. Hadiah paling besar kat sini anak patung. Best wehh kalau dapat. Haha.


Pastu main game masukkan bola dalam kotak. 4 bola diberikan. Kena masukkan sebaris tau. Kalau bola tu masuk bersepah, tak sebaris tak dapat pape. Kira rugi lah. Pzah lahh tu asyik bersepah je. Haha. Dengan 3 kali percubaan, member dapatkan ini.




 Haa teruja. Hebat member den ni. Yang lagi hebat, semua benda ni dia suruh PZah angkut bawak balik rumah. HAha. Adoiiii. Sabar je lah.
Terima kasih KHS. NAhhh ❤ untuk kau. Hehe.


Lepas dapat benda benda ni, terus balik. Lagi lama kat sini, lagi cepat duit habis haha.


Notakakitangan. Tadi teserempak dengan kawan lama. Dah lama tak jumpa. Hampir 6 tahun. Insha Allah ada rezeki jumpa lagi. Hehe