31 Disember 2016

Bye bye

Assalamualaikum &hello Everyone ! ❤

 

Ianya semakin hampir.  Semakin dekat untuk menutup tirainya.  


2016 !


Kenangan , pengajaran , pengalaman yang terlalu banyak dan sukar dilupakan.


Dimana,


Yang diharapkan tak dapat, yang tak diduga datang mendekat. 


Kehidupan.


Percaturan Tuhan. Alhamdulillah.

Sabar itu indah ❤.


2017 😊



Please make me more more happiness ! In Sha Allah. Amin !


Yeahhh . *taksabar 😂


Bye .
Gadisberlesungpipitdua:)

9 Disember 2016

Cik f1224h Berlari | Ice Watch Night Run

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



03.12.2016 (Sabtu)
Lokasi : Plaza Shah Alam 


Rasanya agak lambat lak untuk menaip kisah ni. Hampir seminggu juga dah berlalu ye. Lambat betul kan. Hehe

So, nak cerita sikit la. Sabtu lepas Fyza terlibat dalam larian ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016. Ini bukanlah kali pertama Fyza terlibat dalam larian taw. Sebelum ni banyak juga. Cumanya, ini kali pertama Fyza berlari waktu malam. Excited Kaw!

Yang paling excited, ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016 memberi peluang kepada setiap pelari memilih sendiri T-Shirt larian mengikut warna kegemaran. Terdapat tujuh warna yang ditawarkan iaitu ; Biru, Hijau, Merah, MErah Jambu, Oren, Unggu dan Kuning. Fyza macam biasa lah. Pilih warna favorite Fyza lah. Merah Jambu.💖

Before ni, kalau terlibat dengan mana mana acara larian, biasanya Fyza pergi sorang sorang je. #solorunner giwtuuu. Kali ni Fyza bawa kawan. Yela.. Malam kan. Nak dapat perlepasan dari Mak Abah tu susah. Hehe.

Larian yang bermula di kawasan hadapan Plaza Shah ALam dan berakhir disitu juga sejauh 5KM dan 10KM. Korang boleh lah pilih jarak larian yang bersesuaian dengan korang ye. Macam Fyza pilih 5km je. Larian suka suka :P



5km nampak macam dekat je kan. Hakikatnya Fyza ambil masa dalam sejam juga la nak menghabiskan larian tu. Ingatkan boleh lah balik cepat, tapi tak. Dah sampai garisan penamat pun, kena beratur panjang sebab nak ambil Medal. Terpaksalah menunggu. Seb baik ada geng menyembang. Kalau tak mati kutu lah dibuatnya.




First time nampak iklan Ice-Watch ni dekat Facebook. Perasaan betul betul teruja. Dalam hati nak sangat join. Mungkin dah namanya rezeki, dua hari sebelum nak gie ambil baju, Fyza dapat mesej dari staff ice Watch kot. Yang Fyza dapat cabutan bertuah. Alhamdulillah. Rezeki. Tak sangka Betul.

Tak kisahlah kalau orang cakap kat luar pun boleh dapat jam macam ni, tapi I dapat dekat butik dorang wehh. So? Murah ke mahal ke bukan senang orang nak bagi kita benda free. Hehe 

Okay. Time nak collect baju tu, dapat beg. Dalam beg tu biasa lah macam macam dia bagi. Pastu ada dapat voucher jam RM99.00. Normal price Rm699.00 tau. OMG! Jimat rm 600. So, masa ni memang rezeki Fyza lah. Satu voucher boleh guna lebih lebih dari satu. Apa lagi. Borong lah. Fyza beli 4 jam terus. Nak jadikan hantaran time bertunang nanti. :)

Okay. Selesai untuk Ice-Watch night run dana selesai juga memborong jam tangan. In sha Allah kalau ada lagi, nak join.

Thanks for reading.

Bye.
Cik f1224h
gadisberlesungpipitdua:)





3 Disember 2016

Cik f1224h | Inns J Cafe


Assalamualaikum and Hello everyone ! ❤


Port dickson adalah tempat yang tak asing lagi bagi Fyza. Yela. Kampung Fyza kan. Belah mak. Dalam setahun kerap lah balik kesini. Hihi. Okay dah. Mukadimah je tu. :)


Minggu lepas, pagi ahad tu Fyza ada kerja sikit dekat satu company ni di Melaka. Dari pukul 830-10 am. Nak balik KL awal lagi kan. Makanya singgah lah kejap kat PD tu. Konon nak tengok laut. 


Yes! Selain daripada hutan, laut dan pantai adalah tempat yang paling mendamaikan buat Fyza. Setiap kali tengok laut ni, tahap eksaited tu terlebih.

Lepas jalan jalan , snap picture dua tiga.(konon la dua tiga) Apa lagi. Cari tempat makan la. 


Bila dah biasa lepak Cafe. Then suka cuba tempat makanan yang baru. Fyza pon menggedik lah search kat google. 


"Cafe Hipster Port Dickson" 


Pappppp ! Terus keluar nama Cafe ni tau. Kemain kau. Nak Cafe Hipster je. Haha. Dah alang alang dekat PD kan. Biar gempak sikit makan tu. Ehcehcehhhh.


Dari tempat Fyza nak ke cafe ni amik masa 10 minit je. Apa lagi, singgah lah ye. Dekat jekan. Perut pun minta diisi.


So nak cari tempat dia ni senang je. Just waze "Inns J Cafe" . Memang dia akan hantar terus sampai depan Cafe ni.




Signboard Cafe yang besar gedabak ni sangat membantu. Dari seberang jalan pun dah nampak. Memang terbaik lah.


Sampai je kat sini, memang dah tertarik dengan kawasan dia. Design and deco Inns J Cafe ni menarik tau. Dekat luar biasa biasa je tau. Masuk dalam. Pehhhhhh. Canteknya Cafe ni.

Fyza order Spaghetti Bolognaise - RM15.50 , Dengan Iced Chocolate - RM7.90
Kawan Fyza lak - Grilled Chicken Chop bersama Sos Black Pepper - RM14.50, dengan Hazelnut Latte - RM9.90


Tengok harga dia. Berbaloi kan. Tak sampai RM50.. Wahhh. Kalau cafe cafe lain kt KL tu harga gini kan best. Hehe. *macam gaji banyak je nak makan tempat gini selalu. Huhu. Nangis jap !

Menu Cafe ni, menarik. Dan gambar gambar yang ditonjolkan membantu. So, tak de lah nak tanya tanya kan. 



And makanan minuman sampai sama dengan gambar tau. So. Perfect bukan? Ermm. Rasa?  Sedap ke tak ? Hehe. Tengok dalam gambar pun dah nampak sedap. Bila rasa setiap makanan minuman yang Fyza order tu, Walawehhhh. Sedap nya. Serius. Tak tipu okay. Memang sedap. Lagi lagi Chicken chop Black pepper sauce tu. Kawan Fyza kata nak repeat lagi. Hihi. Nak repeat boleh, tapi jangan lupa bawak Fyza. Hahahaha *gelak jahat !


Halal ke tidak? Dari apa yang Fyza baca dari blog lain, semuanya menyatakan Inns J Cafe ni halal. Tanpa rasa ragu ragu Fyza pun singgah la. Kalau ragu ragu, baik jangan okay.


Nak singgah Inns J Cafe Port Dickson tak ? Kalau nak, waze la alamat ni ye.:)



Inns J Cafe
Alamat : No.1, Taman Lukut Indah, Lukut , Port Dickson. (landmark Petronas Lukut)

Waktu operasi : 11 pagi – 11 malam

No. tel : 06-651 0522



nota kaki : Menaip sambil layan lagu Bukan Cinta 1 atau 2 dari Gamma 1.

Bye.❤
gadisberlesungpipitdua:)






2 Disember 2016

Site Visit Cima Perlis

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

Biasanya hujung hujung tahun mesti ramai yang join trip holiday kan. Bestnya. Lain pula Pzah ni. Cuti dah habis duduk je lah diam diam dekat office tu ye. Nak berjalan kesana kesini pun tak dapat. Pergi balik kerja jelah. Huhu. (Bersyukur lah. Dapat juga tengok pemandangan luar)


Nak dijadikan cerita, hujung bulan 11 haritu, Boss wakilkan Pzah dengan Zhafri dan Nurol untuk join site visit dekat Perlis. Dah alang alang kerja jauh ni walaupun dalam Malaysia, aishhh tak kan pergi kerja semata jekan? Tak ada makan ainin ke? Haha. 


Rabu (10pagi) waktu yang ditetapkan untuk sampai disana. Jadinya kita bertolak malam sebelum tulah. Bertemankan sikacak Saga. Alhamdulillah. First time bawa Saga jalan jejauh ni. Thank you Saga bagi kerjasama.


9 jam juga perjalan ye . Siap singgah tidur jap dekat RNR Tapah. Alih alih terlajak gaisss. Konon nak tidur ayam je. Sekali ayam dah berkokok, kitorang tak bangun lagi. Haha. Kalut juga Zhafri drive sampai ke RNR Gurun. Jalan lengang. Kalau dekat KL ni, tak sempatnya nak sampai bebetul pukul 10. 


Singgah RNR Gurun bukan apa. Nak cuci muka. Tapi bila tengok line clear, terus bersihkan diri sekali lah. Tang ni betul betul pengalaman buat Pzah. Tandas banyak kot. Datang pulak beberapa manusia ni duk ketuk ketuk pintu. Aishh dorang ingat aku ni sedara dorang agaknya.. Huru hara.  Elok je Pzah keluar, berebut rebut dorang nak masuk. Huh. Sabar jelah. Haha.


Sampai je sana terus lawat tapak. Tak sempat sarapan pun. Yelaahh. Masa dah lari. Tambah pula kat dalam tu lama juga, bersabarlah wahai perut. 



Haaa. Apa lah kerja Pzah nikan. Dok lawat lawat tapak bagai. Kerja biasa je. Okay. Kita sembang sikit ehhh. Company supply barangan toshiba (dulu kekawan ramai cakap aku ni jual mesin basuh, peti ais. Haha. Tak lahhh) Supply motor , inverter untuk company Oil and Gas. So kitorang ni as vendor jee KOt lah ada tender yang boleh masuk barulah ada kerja nak dibuatnya.


Faham ke idokkk?


Elok je selesai semua kerja, berdesup cari kedai makan. Kelaparan sungguh. Hahaha. Pzah dalah sejenis tak boleh skip sarapan. Lambat macam mana pun, mesti sarapan. Kalau tak tenaga memang tak ada . Plus kepala pusing pusing gitu. 



Haaa. Tetiba teringat satu kisah ni. Masa tu ada kerja luar dekat Bahau dengan orang yang sama. Cuma kali ni Boss ikut serta. Dalam pukul 8.45 dah bertolak tau. Masa dalam perjalanan tu, Boss tanya dekat Zhafri, mana nak cari kedai makan. Zhaf boleh bantai jawab, tak yah singgah memana. Nanti lambat sampai. Sekali boss jawab, "tak boleh. Kita kena benti makan dulu. Nanti itu Pzah lapar. dia tak boleh buat kerja" Haha.


Nampak? Gila tak prihati Boss Pzah? Haha. Dalah time ni malas nak layan dia nya lawak, sebab mata mengantuk gila. Almaklum lahhh. Buat dua kerja. Mana nak cukup tidur. Hehe


Dah sambung cerita asal.






Tengok tu. Besarkan baju. Jaket sendiri tak bawa. Terpaksalah pinjam En Hanif punya. Thank you En Hanif.


Lepas dah kenyang, kerja dekat sini pun dah selesai. Kitorang pun berjalan lah. P Padang Besaq Perlis !. Hampa kalau mai perlis tak singgah sini. Tok sah datang perlih lahh. Tempat wajib ni. Lagi lagi hat perempuan. Mesti p. (maafkan Pzah kalau salah sebut. Maklumlahh Orang KL cakap perlihh. Kelaut)


Tak jauh mana pun dari Cima ke padang besar . Ambil masa 15minit. View kiri kanan cantik cantik. Tahu tahu dah sampai.


Cuci mata jap. Beli apa patut. time ni tak memborong sangat. keinginan nak shopping tu tak ada masa ni. Lagipun nak cepat. Nak kena cari penginapan lak. Yelaaa. Dah pukul 3 lebih kot. Tak kan lah nak balik kl gak time ni. Huh. Barai.


Tengah Saga bergerak, haaa. Tetiba! Nampak signboart Gua Kelam. Tak kan pandang je kan? Motif utama " kerja sambil makna angin" Mohh lerr makan sampai kenyang. Hehe. LAgipun dari KL lagi si Nurol ni cakap nak singgah Gua Kelam. Haaa. Alhamdulillah, keinginan dia tercapai. 
Bukan dia je, keinginan kita juga. Haha. Masa  study dekat kedah dulu, pernah lah datang sini dengan dak dak rumah. Masa tu tak boleh masuk pun. Ada renovation. Ni dah boleh masuk rebut peluang lah yeee.


Dalam masa yang sama teringat dekat bebudak rumah sewa tu. Rindunyaaaa. Time taip ni pun terasa rindu sangat sangat.





Banyak juga gambar yang diambil. Juru Photo nya tak layan tak bukan si kumbang sorang ni lah. Rajin naw melayan bunga bunga rampai alah sayang ni. Haha

Pzah & Nurol


Cantik sungguh ciptaan Allah. Walaupun jalan saja ikut laluan yang disediakan, tetap penat oii. Semput lah gak. Hehe


Nanti kalau datang Perlis jangan lupa singgah sini juga tau.

Sekitar 4.45 baru kitorang keluar dari Gua ni. Dah jumpa ke tempat penginapan? Agak agaknya kat manalah si Pzah dan kekawannya tidurkan. Adakah dalam kereta lagi? Haaa jeng jeng jenggg. Nantikan sambungannya tauuu. 


Notakakitangan :
Cerita site visit sikit je, yang banyaknya cerita tang mengular kan. Haha. Ala alaaa holiday konon. Kiranya pengubat tak dapat holiday bebetul lah ni yeee. Kesiannn.


Okay Babai.
Cikf1224h
gadisberlesungpipitdua:)

















Again | Murni Discovery

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Entri makanan lagi. Kali ni nak review restoran yang sama cumanya cawangan yang berbeza. 😋😋 Mana lagi kalau tak bukan Restoran Murni Discovery. Memenuhi kehendak teman yang nak sangat pekene spaghetti. Kenalah layankan juga. Sebab dia pun kerap layankan perut Fyza ni. Hehehe.

Before ni Fyza dah pernah juga review Murni ni. Korang boleh baca dekat sini yer :)



Makanan minuman dia etap sama yer. Tiptop.

Bagi sesiapa yang tak pernah ke sini, kedai ni hujang sekali tau. Kena masuk area shop lot samapai ke hujang jalan. Memang terletak paling hujung. Kalau dah nampak Kuil Hindu tu dah betullah tempat dia. PAstu boleh nampak ICT.😉

Pemandangan yang indah bukan? 😇😇

Okay nak warning awal awal. Mana mana cawangan Murni Discovery ni, memang ramai manusia dan memang padat. Lagi lagi dekat Shah Alam ni. Kiri kanan tempat student kan. So, sini salah satunya tempat melepak student la yer. Mohon bersabarlah ehh kalau seat penuh, and kalau waiter lambat sampai, tolong tunggu dulu yer.

But korang jangan risau. Maybe staff disini dah terbiasa dengan pelanggan yang ramai. Makanya sedaya upaya dorang akan siapkan hidangan dengan pantasnya. So, tak adalah nak menunggu lama sangat.

Okay korang. Itu saja nak cerita.😜

Bagi yang tercari cari Murni Discovery, Shah Alam, ini alamat nya yer. Tempat ni dah femes sangat. Mesti ramai yang dah tahu.



Okay korang. Itu saja nak cerita.:)

Nah alamat untuk Murni Discovery Shah Alam.



- SHAH ALAM
ACG-47, Block A,
Jalan Plumbum AC7/AC,
Pusat Komersial Seksyen 7,

40000 Shah Alam.



Apa yang Fyza perasan, jalan plumbum ni terlalu banyak kedai makanan yer. Wahhhh. Dalam hati, kena cuba kesemuanya ni. Hehe.

💓 Okay lah. Itu saja.
Terima kasih sudi singgah.

Bye.
gadisberlesungpipitdua:)

30 November 2016

Brownies by Fanabakes | Pantai Dalam

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Perkongsian terakhir untuk bulan NOvember..  💖


Tak tahulah nak menaip apa untuk entry kali ini. bila mana fikiran asyik membayangkan setiap gambar Brownies dari Fanabakes melalui timeline facebook ataupun dekat Instagram Si Fana tuh. Huh. Boleh meleleh air liur taw. 😋


Kita ni dahlah hantu kek coklat. Dalam family Fyza tak semua suka kek coklat. Yang tak suka tu, ada ja nak comment. Pahit lah. Tak sedap lah. Manis ya amat lah. Macam macam. So, bila terasa nak makan , terpaksa lah beli sepotong je. Pastu makan lah sorang sorang kat dalam bilik. Hehe..


Tapi sekarang, dah tak perlu nak buat perangai makan sorok sorok camtu sebab Fyza dah jumpa tempat yang boleh buat kek cukup cukup rasa sesuai dengan tekak Family Fyza. Lagi lagi mak. Mak kalau tak suka memmang reject habis. Janganlah memandai mandai nak order lagi ke apa ke. Lain pula dengan Fanabakes ni. Buatan sendiri dari Fanabakes mampu mengubah cita rasa mak Fyza dari tak suka kek kepada penggemar kek. 😆😆 Serius. Tak tipu.


Kadang tu siap tanya, bila nak order brownies macam haritu. Hehehe. Mak mak. Comel je perangai mak 💓


Selain brownies, ada juga creampuff! Tang ni tak payah nak cerita banyak. Air liur rasa bertakung dah ni. Hahaha. Creampuff dia lembut, sedap sangat! Huh. Lagi lagi bila simpan dalam peti ais. Makan time sejuk sejuk tuhhh... Pehhhhh. Nikmat tak terkata. Yang ni, ayah Fyza cukup suka.:P


Haaaaa. Jangan ingat dua jenis manisan je yang Fanabakes ni ada. Banyak lagi tau. Sotong Seaweed pun ada. Rasanya yang ni produk pertama Fanabakes. Rasanyalah. Sambutannya tak disangka sangka. Fyza pernah grab sampai enam botol taw. Kalau dah start mengunyah, memang lupa diri kejaplah .Haha. Tak boleh berhenti okay. Krup krap krup krap bunyi nya.*Ahhhh. Rasa stress pulak taip entry ni. Huh. Sabar Fyza.


Ada tak yang terliur dekat sini? Hahaha. Sabar jap. Belum habis lagi tau.


Selain tu, ada Red Velvet Cheese Leleh (RVCL), Chocolate Cheese Leleh (CCL). Yang ni pun Fyza kerap order. Fyza sarankan kat korang, kalau nak order tu, janganlah order satu. Order lah dalam dua tiga empat lima. Haha. Sebab? Tak cukup wehhh kalau satu je. Sedap sangat sangat!Serius. Kalau tak nak menyesal, baik ikut kata. HAHAHA!


Okay. Nak cerita panjang lebar lagi, Fyza sendiri yang rasa tak sanggup nak teruskan menaip. Asyik dok terbayangkan aja. Nafsu makan kuat betul lah kau ni Fyza. 😂😂


Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut tentang Fanabakes ni, bolehlah terus ke Instagram beliau ye. Kat situ, macam macam korang boleh tengok. Okay?




So harini, bila Fyza cuci cuci mata dekat IG Fanabakes, benci lah! Rasa nak marah dekat Fana ni. Ada saja produk baru. Mango Cheese Cake dengan Petite Cheese Tart. Dua dua ni favaurite. Memang kena try ni. Hehe. 


Ha, lupa nak bagitahu. Siapa dekat sini penggemar kuih muih tradisional? angkat tangan :) Hehe. Fanabakes ada juga menyediakan kuih muih tradisional yang boleh dikatakan susah nak jumpa sekarang ni kan. Lagi lagi bila duduk dekat KL ni. Memang susah nak jumpa kan. Yang ni, produk MAKSIAH (mak Fana). Macam macam kuih ada. Kalau nak, korang contact Fana terus ye.


Jangan lupa terjah link yang Fyza bagi tu. Pastikan perut tu penuh baru usha taw.💋 karang lapar pulak😜


Okay korang. Terima kasih sudi singgah. :)

Bye.
gadisberlesungpipitdua;)

29 November 2016

Bersantai santai Di Chemistry Cafe + Lab Shah Alam

Assalamualaikum semua :)


Lately ni tak habis habis review cafe kan? Tetiba pulak banyak masa yang terluang. Dan banyak juga duit dihabiskan dekat cafe cafe ni ye. Hehe. Never mind. Bak kata member Fyza sorang ni, kalau pasal makan jangan berkira sangat lah. So, Fyza pegang kata kata dia tu. :)




Kali ni Fyza nak review Chemistry Cafe yang terletak dekat Seksyen 7 Shah Alam. Seriously Fyza dah lama tahu kewujudan cafe ni dua tahun yang lepas. Memang nak sangat singgah sini. Teruja kot tengok orang post gambar gambar dekat instagram tentang setiap keunikkan yang ada dalam cafe ni. Maw tak excited. Mestilah nak pergi kan ?


Nak dijadikan cerita, dua minggu yang lepas. Kebetulan Fyza ada appoinment dengan doktor dekat kajang. So dari Bangsar ke Kajang prima merempit lah sorang sorang. Bila nak balik tu, dari Kajang ke Bangsar lak, tetiba rasa nak belanja diri sendiri sebab berdikari tanpa menyusahkan orang lain. Ajak teman or minta hantarkan. Bangga ! Hahaha. Fikir fikr nak makan apa. Tu ! Teringat dekat Cafe kimia ni. Hehe.


So apa lagi. Guwa merempit dari Kajang terus ke Shah Alam.

Kenangan paling best kat Shah Alam ni, bila Fyza terserempak dengan kawan lama yang dah bertahun tak jumpa . Huh. Cot cet cot cet. Terus dia bawa Fyza ke sini. Alhamdulillah. Mujur jumpa member. Kalau Fyza yang cari sendiri, mau sesat lah nanti. ;p


Okay. Kembali kepada topic asal. Hehe. Cafe ni sesuailah untuk golongan anak anak muda. Hipster lah katakan. Boleh lepak lepak, borak borak. Tempat lain pun boleh. Tapi sini macam aman je. Mana tak nya. Berkonsep kan makmal kimia gitu. Alah imbas balik zaman sekolah dulu. Masuk kelas kimia. Ade ke kau memekak. Paling tidak semua tekun buat experiment. Kan kan kan?


Hehe. Banyak melalut Fyza ni ye. :p


Banyak yang special dekat sini. Order dekat kaunter tau. Before nak order tu, korang tanya dekat staff yang jaga kaunter tu . Apa yang best dekat sini. Ianya amat membantu okay. So kalau dia dah suggest benda tu, korang try jela ye. Time Fyza ritu tak sempat nak tanya, lagipun Staff yang jaga tu tak mesra alam. Huh. Kita dah la teringin sangat nak jejak sini, first time lak datang. Ibarat rusa masuk kampung lah kan. Tercangak cangak. Pastu dapat layanan tah pape. I rasa nak blah je. Hahaha. 


Dah alang alang sampai, lepak jelah kan. Fikir positif jelah. Maybe staff tu penat. Okay i faham. Hehe. Actually banyak je makanan yang ada dekat sini. Makanan yang Fyza ngan kawan Fyza order sedap dimakan. Air pun sedap. Specialnya cafe ni, airnya dihidang dalam measure cup macam dalam makmal sekolah dulu tu. Kreatif kan. That why Fyza nak sangat gie sini. Hehe.


Tak banyak pun nak review cafe ni. Lupalah nak ambil gambar. Bila dah jumpa kawan lama, menyembang jelah kan. 


So korang , cafe ni memang best. Decoration dia pun sangat lawa dan santai okay. Fyza memang suka tempat yang macam ni. Kalau korang tanya Fyza nak gie lagi ke tak, semestinya Fyza akan pergi lagi ye. Kali ni nak try ice blended pulak. Tapi dekat cawangan Wangsa Maju :) 


So nak bagi berapa bintang yaaaa ? 5 star for Chemistry Cafe + Lab ! :)


Thanks for reading.
Bye
gadisberlesungpipitdua:)

18 November 2016

Sedap Dan Murah hanya di Murni Discovery



Review pasal makan lagi ye. Tak abis abis edisi JalanJalanIsiPerutbyf1224h ni kan. Mohon jangan meluat. Or label kan i ni spesies show off. No no no. Just share. Kot kot tercari cari tempat makan yang best kan. Walaupun hakikatnya i tak pasti ada ke orang terjah blog i ni. Hehe


Actually, Murni Discovery ni dah lama pun wujud. Cawangan dia pun berlambak.Yang biasa Fyza pergi dua tempat. Dekat SS2,PJ and Bandar Sri Permaisuri, Cheras . Dan mesti ada dikalangan korang yang dah selalu jejak kan. Termasuk Fyza juga la. Boleh dikatakan sebulan sekali akan pergi. Tak dengan keluarga, mesti dengan budak budak office.


Biasanya Fyza akan gie dengan kawan baik Fyza. Berdua je. Alah. Berduakan lebih baik. Haha. Cerita pasal member sorang ni. Dia selalu guna istilah teringin. Contoh. "Fyza, Ayu teringin laa nak makan kat murni. Nak air tea layer tu" Haha. Teringin lah sangat. Walaupun baru je jejak sini dalam dua tiga minggu yang lepas pun masih teringin juga kan.


So kalau teringin tu, kena lah pergi kan. Karang ada yang kempunan tak ke susah. Family Ayu dah le duduk jauh. So kita yang dekat ni lah kena ada dengan dia kan. Haaaa gitu. :P Biasanya siapa yang ajak tu lah kena belanja kan. Semestinya kan !



Murni Discovery ni tak pernah tak ramai. Boleh dikatakan memanjang Full House okay. Kadang kadang hujan pun ada yang gagah ke sini juga. Tapi biasalah kan, kalau kedai makan yang ramai orang ni, nak panggil waiters sikit punya susah. Tapi tidak dekat Murni Discovery ni ye. Kau belum nak panggil, dorang dah tanya "dah order ke dek" bagus kan? Makanan jangan cakap lah. Cepat je sampai. Tak payah nak tunggu lama. Tapi tengok juga apa yang korang order. So kalau lambat sikit tu, bersabarlah ye. Jangan tunjuk sikap yang dah lapar sangat tu. Okay. Dah terang terang yang berkerja pun manusia. Bukan nya robot. So sikap negatif tolak tepi please. :)



Serius cakap ye, kedai ni semua makanan dia sedap sedap sedap belaka. Tak ada lah tak sedap. Tapi kalau setakat keropok moni tu keras sikit kau nak complain, baik tak payah. Lempang sat lagi baru tahu. Hehe. Portion dahlah gedabak semuanya. Memang kenyang sampai malam. Cam Fyza tak pernah nya habis. Terpaksa lah bungkus. Sambung makan kat rumah. Tak membazirkan dan sangat jimat. :p


Itu belum minuman dia lagi.Nama dia menarik.  Kiss Me Baby ! Hahaha. Kemain kaw. Nak sebut pun segan. Biasanya tunjuk tunjuk gitu je. Yelah, selain air kiss me baby, ade juga I Love You, I Miss You dan banyak lagi la. Selalunya Fyza akan order air traffic light. Sedap wehhhhhh ! Serius semua sedap. Dan nak diingatkan disini. Biasa lah kan , kalau gie kedai makan mana mana pun, minuman dia mesti ada saiz. Small, Medium and Large. So korang, order jelah size medium. Jangan nak tamak sangat order large okay. Large punya saiz tu macam dua or tiga orang punya minum okay. Huh. Mahu muntah air nanti. Kan. Hahaha



Macam macam jenis menu ada dekat sini. Rambang mata nak pilih. Confirm pening. Western ada, sizlling ada, nasi nasi ada, macam macam lagi lah. But take your time ye. Semua makanan dan minuman dekat sini sedap sedap . So tak kan ada istilah menyesal kalau salah pilih ye. Hehe.


Before datang sini sila kosongkan perut anda ye. Supaya kita dapat makan dengan puasnya. Haha. Harga pula tak la mahal sangat. Buat masa ni baru RM 50++ untuk tiga orang punya makan. Murah la kan. Dan berbaloi. Penuh pinggan so berbaloi la. :)



Ha. Before tutup cite, ni antara cawangan Murni Discovery.


- SS2

No 53, Jalan SS 2/75,
47300 Subang Jaya


- AMAN SURIA

No 2-1, Jalan PJU 1/30 ,
Sunway Mas Commercial Center,
47301 Petaling Jaya.

- USJ
No 39-1 & 41-1, Jalan USJ 9/5P,
UEP Subang Jaya,
47630 Subang Jaya.

- SUNWAY MENTARI
No 12 A-G, Jalan PJS 8/13,
Dataran Mentari,
$6150 Petaling Jaya

- KEPONG
No 24, Jalan Metro Perdana 8,
Taman Usahawan Kepong,
52100 Kepong Utara.

- BUKIT JALIL
No 41, Jalan 16/155 C,
Bandar Bukit Jalil.

- CHERAS
No A2, Jalan Danau Lumayan 1,
Pusat Danau Lumayan
Bandar Tasik Permaisuri,
56000 Cheras.

- SHAH ALAM
ACG-47, Block A,
Jalan Plumbum AC7/AC,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam.



Okay bye. 
gadisberlesungpipitdua:)




17 November 2016

Halloween Di Tony Roma's Restaurant




Tony Roma's NU Sentral





Beberapa minggu yang lepas, my patrner gossip macam biasa lah. Ajak bergossip sambil jalan jalan cari makan. Dapat pulak member yang suka makan ditempat yang baru, so agak bertuah lah disitu ye. Hehe



Disebabkan tempat ni pun baru bagi Fyza, so Fyza nak kongsi sikit pasal tempat makan yang Fyza tak pernah pun terfikir nak masuk. Kalau lalu pun tak pernah pandang. Jeling jeling pun tak.Cett . Haha. Kejam :p Sebab apa? Bukan tak best. Tapi tempat dia agak sedikit suram. Dan macam takut je nak masuk. Haha.



Korang jangan lah risau okay. Tak ada pape pon. Dah masuk, everything to be okay. Hahaha. Memang suasana restoran tu camtu. Lampu yang tak terlalu terang menyebabkan kita rasa macam privacy sikit makan kat sini dengan suasana yang suram suram gitu dan sangat selesa sebenarnya ye. So itulah tarikan restoran ni kan. Unit !




So yang menjadikan restoran ni lagi unik. Bila dorang sambut Holloween. Awak ! Tahu tak apa yang berlaku time ni. This is first time Fyza jejak sini. Kan Fyza bagitahu tempat ni macam suram. Bila dah masuk ditambahkan tempat yang agak seram. So? Ya Allah. Tak tahu nak gambarkan macam mana.



Bila kita masuk satu restoran yang penuh sawang. Lagu dia pun menyeramkan. Pastu siap ada patung berupa hantu. Dengan semua staff make up macam hantu.  Crazy okay ! Dh la Fyza ni jenis penakut. Huh. Terus keluar okay. Pastu dapat pulak member yang jenis paksa. Nak tak nak kena masuk balik . Huhu. Rasa nak menangis.



Huh. I'm try untuk kawal rasa takut tu. Benda tak ada apa pun. Fyza je yang penakut gila. Hahahaha. Member siap tanya "Fyza okay tak" Confirm la i tak okay kan. Lagi mau tanya. Hehe. But semua tu dilupakan bila makanan dah terhidang depan mata. Haha !



Overall, tempat ni memang okay and makanan memang sedap. Harga pulak tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Cuma bagi Fyza, ianya agak mahal . Hahaha ! Tapi berbaloi. Makanan banyak. Satu makanan boleh dua orang makan. Dan yang best, lepas je order dorang akan bagi roti macam french loaf tapi size mini untuk dimakan dengan garlic butter. Walaupun ini free, Fyza tetap rasa benda ni sedap. Hehe.




Okay. Kesimpulannya, makanan dan minuman kat sini memang best and maybe kena try lagi menu yang lain pula. Dan HAlloween dorang memang gembak. Macam real. So Fyza bagi 8/10 for this restaurant. Enjoy ur meal :)

Sekian saja post untuk kali ini. TQ for reading :)



Ikhlas :
gadisberlesungpipitdua:)




Sekian saje post utk kali ini.TQ for reading =)

11 November 2016

Chicken Chop 4.90 hanya di - Eye's Steak Bazaria Pantai





RM4.90 ? Serius ? Yup serius.


Bukan senang nak dapat set lengkap chicken chop dengan harga serendah RM4.90 okay. Lagi lagi bila kita duduk di tengah kawasan ibu kota, Kuala Lumpur. Dengan kos sara diri yang agak tinggi. Kadang kadang kena budget juga lah kan, Hehe.



Eye's Steak adalah tempat lepak budak Office Fyza. Selalu dengar dorang cerita. Seriously, Tempat ni dekat je dengan rumah Fyza, tapi Fyza tak pernah jejak pun. Hehehe.


So malam tadi baru berkesempatan singgah jap. Itu pun lepas member mengadu lapar. Tak kan nak teman je kan. Confirm lah makan sekali ye tak .Haha .


Sebenarnya agak tak bagus juga lah. Baru balik fitness, dah bakar kalori nak tambah balik lemak dalam badan ? Huh.  Memang cari pasal kan. Huh. Ha, Cerita pasal fitness. Nanti Fyza cerita dekat korang apa je rutin Fyza setiap hari Isnin dan Khamis malam ye. Yang pasti, ianya agak menarik. Rasanya lah. Hahaha !


Okay sambung balik.


Eye's Steak yang terletak di Bazaria Pantai Dalam ini bukan sahaja menyediakan hidangan Chicken Chop semata mata, malah ia turut menawarkan pelbagai menu makanan barat lain yang cukup murah.


Bukan sahaja murah, malah sedap. Lembut sangat ayam dia tau. Ibarat setiap gigitan membawa kenikmatan. Cehhh wahhhh! Hahaha


Makanan sedap mestilah abis cepat kan. So rasa tak puas lah malam tadi. Mesti kena pergi lagi ni. Hahahaha. "Fyza kalau bab makan memang laju" :p


Untuk  korang yang nak singgah sini, Eye's Steak ni buka setiap hari kecuali Isnin dan mula beroperasi dari jam 6 petang hingga 12 malam. 



So apa tunggu lagi, boleh lah pergi. :)


Bye.
gadisberlesungpipitdua:)