18 November 2016

Sedap Dan Murah hanya di Murni Discovery



Review pasal makan lagi ye. Tak abis abis edisi JalanJalanIsiPerutbyf1224h ni kan. Mohon jangan meluat. Or label kan i ni spesies show off. No no no. Just share. Kot kot tercari cari tempat makan yang best kan. Walaupun hakikatnya i tak pasti ada ke orang terjah blog i ni. Hehe


Actually, Murni Discovery ni dah lama pun wujud. Cawangan dia pun berlambak.Yang biasa Fyza pergi dua tempat. Dekat SS2,PJ and Bandar Sri Permaisuri, Cheras . Dan mesti ada dikalangan korang yang dah selalu jejak kan. Termasuk Fyza juga la. Boleh dikatakan sebulan sekali akan pergi. Tak dengan keluarga, mesti dengan budak budak office.


Biasanya Fyza akan gie dengan kawan baik Fyza. Berdua je. Alah. Berduakan lebih baik. Haha. Cerita pasal member sorang ni. Dia selalu guna istilah teringin. Contoh. "Fyza, Ayu teringin laa nak makan kat murni. Nak air tea layer tu" Haha. Teringin lah sangat. Walaupun baru je jejak sini dalam dua tiga minggu yang lepas pun masih teringin juga kan.


So kalau teringin tu, kena lah pergi kan. Karang ada yang kempunan tak ke susah. Family Ayu dah le duduk jauh. So kita yang dekat ni lah kena ada dengan dia kan. Haaaa gitu. :P Biasanya siapa yang ajak tu lah kena belanja kan. Semestinya kan !



Murni Discovery ni tak pernah tak ramai. Boleh dikatakan memanjang Full House okay. Kadang kadang hujan pun ada yang gagah ke sini juga. Tapi biasalah kan, kalau kedai makan yang ramai orang ni, nak panggil waiters sikit punya susah. Tapi tidak dekat Murni Discovery ni ye. Kau belum nak panggil, dorang dah tanya "dah order ke dek" bagus kan? Makanan jangan cakap lah. Cepat je sampai. Tak payah nak tunggu lama. Tapi tengok juga apa yang korang order. So kalau lambat sikit tu, bersabarlah ye. Jangan tunjuk sikap yang dah lapar sangat tu. Okay. Dah terang terang yang berkerja pun manusia. Bukan nya robot. So sikap negatif tolak tepi please. :)



Serius cakap ye, kedai ni semua makanan dia sedap sedap sedap belaka. Tak ada lah tak sedap. Tapi kalau setakat keropok moni tu keras sikit kau nak complain, baik tak payah. Lempang sat lagi baru tahu. Hehe. Portion dahlah gedabak semuanya. Memang kenyang sampai malam. Cam Fyza tak pernah nya habis. Terpaksa lah bungkus. Sambung makan kat rumah. Tak membazirkan dan sangat jimat. :p


Itu belum minuman dia lagi.Nama dia menarik.  Kiss Me Baby ! Hahaha. Kemain kaw. Nak sebut pun segan. Biasanya tunjuk tunjuk gitu je. Yelah, selain air kiss me baby, ade juga I Love You, I Miss You dan banyak lagi la. Selalunya Fyza akan order air traffic light. Sedap wehhhhhh ! Serius semua sedap. Dan nak diingatkan disini. Biasa lah kan , kalau gie kedai makan mana mana pun, minuman dia mesti ada saiz. Small, Medium and Large. So korang, order jelah size medium. Jangan nak tamak sangat order large okay. Large punya saiz tu macam dua or tiga orang punya minum okay. Huh. Mahu muntah air nanti. Kan. Hahaha



Macam macam jenis menu ada dekat sini. Rambang mata nak pilih. Confirm pening. Western ada, sizlling ada, nasi nasi ada, macam macam lagi lah. But take your time ye. Semua makanan dan minuman dekat sini sedap sedap . So tak kan ada istilah menyesal kalau salah pilih ye. Hehe.


Before datang sini sila kosongkan perut anda ye. Supaya kita dapat makan dengan puasnya. Haha. Harga pula tak la mahal sangat. Buat masa ni baru RM 50++ untuk tiga orang punya makan. Murah la kan. Dan berbaloi. Penuh pinggan so berbaloi la. :)



Ha. Before tutup cite, ni antara cawangan Murni Discovery.


- SS2

No 53, Jalan SS 2/75,
47300 Subang Jaya


- AMAN SURIA

No 2-1, Jalan PJU 1/30 ,
Sunway Mas Commercial Center,
47301 Petaling Jaya.

- USJ
No 39-1 & 41-1, Jalan USJ 9/5P,
UEP Subang Jaya,
47630 Subang Jaya.

- SUNWAY MENTARI
No 12 A-G, Jalan PJS 8/13,
Dataran Mentari,
$6150 Petaling Jaya

- KEPONG
No 24, Jalan Metro Perdana 8,
Taman Usahawan Kepong,
52100 Kepong Utara.

- BUKIT JALIL
No 41, Jalan 16/155 C,
Bandar Bukit Jalil.

- CHERAS
No A2, Jalan Danau Lumayan 1,
Pusat Danau Lumayan
Bandar Tasik Permaisuri,
56000 Cheras.

- SHAH ALAM
ACG-47, Block A,
Jalan Plumbum AC7/AC,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam.



Okay bye. 
gadisberlesungpipitdua:)




Tiada ulasan: