11 Ogos 2020

BONDA

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Bonda. Klasik ke idokkk? 
Bila anak selamat dilahirkan, tentu tentulah ada yang datang melawat. Dalam masa yang sama ada yang bertanya, panggil apa nanti.
Jawapannya, BONDA. 


Hahaha. Bila jawabkan, muka memasing macam pelik. Ada juga yang tak percaya, Pzah bahasakan panggilan Bonda dengan anak. Ada juga yang tertanya. Kenapa bukan mama, ibu? Macam mana boleh terfikir nak bahasakan diri dengan panggilan Bonda.



Sebenarnyakan, manusia disekeliling PZah tak ada pun guna panggilan Bonda. Memang tak pernah dengar. Paling tidak pun, dengar time layan sinotron Indonesia. Itu pun dia panggil Bunda. Bukan Bonda. Bunda maafin Nabila dong. Hahaha. cerita Mutiara Hati. Jangan kata kau orang tak pernah layan. Cerita ini memang buat kita rasa geram sangat sangat. Hahaha.


Okay. Kenapa Bonda? Jeng jeng jengggg. Haha entah. 

Kalau ikutkan dalam kalangan kekawan, aku lahh yang paling lambat kahwin. 😝😝 Ikutkan pada umur tak ada lah paling lanjut sangat, tapi bila memasing ada anak mulalah terasa lambat naw naw aku kahwin. Hehe. So bila jumpa anak2 dorang ni, aku suruh panggil “Bonda Pzah” . Orang dok mama mami aku je nak Bonda. Tapi tapii. Itu kisah sebelum aku kahwin.

Bila dah kahwin, dikurniakan seorang anak yang hensem lagi tampan persis Babahnya, panggilan Bonda tu terus melekat dalam kepala ni. Haaaa.

Kisahnya time aku mengandung, biasalah bila dah masuk trimester ke 3, nurse suruh kau orang kira tendangan bayi dalam kandungan kan. Masa tu ada laa sekali macam tak ada pon tendangan dalam perut. Puas laa usap usap. Time ni laa segala panggilan aku sebut. 

Mana anak mama ni. Bagilah respon *senyap*
Anak ibu ooo anak ibu *senyap*
Sayang bonda. *tetiba satu tendangan kuat ibarat seorang pemain bola yang hebat tendang perut bondanya* pehh terkejut kau. Hahahah. 

Haa jadinyaa sejak dari itu lahh seorang Pzah telah membahasakan dirinya Bonda kepada anak dan bakal anak anaknyaa.

Ada je laa orang berkata, Bonda? Lambat nanti anak nak sebut. Hahaha. Ketepikan lah apa orang nak cakap kan. Kau yang mengandung kau yang beranak pastu nak ikut cakap orang? No no nooo ! Dengar boleh. Percaya jangan. Okay. Hahaha. “Gelak setan”

Okay. Babai.