12 Disember 2018

Khabar Gembira

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤









Ya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Moment beberapa bulan yang lalu, siapa sangka rezeki Allah. Bersyukur sangat bilamana diri ini diberi peluang untuk merasai saat saat manis kehamilan. Yup! I'm pregnant.😊


Dipendekkan cerita, Fyza tak tahu pun yang Fyza ni sedang berbadan dua. Semuanya bermula, bila period tak kunjung tiba. Selama berbelas hari.


Lagipun masa bujang dulu, ada juga mengalami masalah period tak teratur. Kadang  tu lewat beberapa minggu. Dalam fikiran ini semua normallah.


Tak suka bau bauan.
Dalam tempoh tu, Fyza tak suka betul dengan bau minyak wangi, sabun pencuci pinggan, sabun mandi. Nak mandi pun kena tutup hidung bagai. Kalau tak tahan tu, mandi koboi jelah. Haha! Bahagian muka lak, memang kusam teruk. G kerja tak calit pape. Bedak pun tak pakai. Semuanya gara gara tak boleh terima bau bauan ni. Kalau pakai juga, mula lah nak termuntah. Loya aja. 😖


Beberapa hari sebelum puasa. Kerap sangat minum air oren. Hampir setiap pagi. Itupun, nak kasi tangani masalah loya loya ni. 


Disebabkan kesihatan tak mengizinkan. Kerap pening, mual mual, makan tak berselera, so satu hari sebelum puasa KHS belikan pregnancy Test. 2! Jenama guardian je.


So pagi tu, bangun je tidur terus g toiled. Buang air kecil. PAstu try lah guna benda alah ni. First time guna kan. Blur gila wehhh. Tengok result 2 line. Kelang kabut baca risalah tu. Haha. Sebelum guna tak nak baca. Terus kejutkan KHS. Dia pun dalam keadaan mamai, tanya. "Macam mana nak tengok ni?" Hahaha. Lepas dah bagitahu macam mana nak tengok, baru lah KHS berada dalam keadaan sedar dan happy. Alhamdulillah. Bakal Ayah kan. :)



Nak kepastian, KHS ajak g klinik selepas balik kerja. Tapi sebelum tu, KHS suruh cek lagi sekali. Alhamdulillah. Tetap 2 line. So, benda ni tak rosak lah. Hehe.

Gie klinik sekitar Bangsar, semuanya buat time office hour je. Dengan perasaan hampa, kami pun pulang kerumah.


Keesokkan harinya, 1 Ramadhan. Dua dua cuti kerja. Gara gara nak gie klinik nya pasal. Hehehe.

Sampai je kat klinik, doktor pun cek. Dannnnn....
Yes. Awak mengandung. Usia kandungan enam minggu satu hari.

Ya Allah. Tak terkata dah masa tu. Bersyukur sangat. Tengok muka suami, dah macam nak menangis. Tapi lelaki kan. Ditahannya tangisan itu. 😅😅


1 Ramadhan yang mulia dan sangat bermakna. Alhamdulillah. Masa enrty  ini ditaip. Usia kandungan dah mencecah tiga puluh enam minggu. Hampir sembilan bulan. Doakan semoga segalanya dipermudahkan ye. Amin.

Okaylah. Nanti kita sambung lagi yer. 1st trimester yang mencabar......

Bye.

3 Disember 2018

Majlis Akad Nikah NH

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Lokasi Majlis : Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi
Masa : 5.00 petang
Tarikh :  16 March 2018

Benarlah kata orang, kalau ada jodoh tak kemana. Alhamdulillah, pada tanggal 16 March 2018 bersamaan Penghulu segala hari iaitu Jumaat, dengan sekali sahaja lafaz akad nikah, Fyza telah pun sah bergelar isteri kepada "KHS".


Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Majlis yang diadakan dalam keadaan sederhana tapi meriah berjalan dengan lancar.

Terima kasih pada sedara mara kawan kawan yang sudi hadirkan diri. Terima kasih yang tak terhingga. :)

Okay itu sahaja.
Sekian. :p