28 April 2017

Cik f1224h Menaip

Assalamualaikum & Hello Everyone!





Hello 

Entry pertama untuk tahun 2017. Yeahhh. Dah nak masuk bulan May kot Pzah. Baru berkesempatan mengadap blog yang dah bersawang ni. Bukan setakat bersawang, malah nak runtuh dah. Haha. Yelahkan. Bukan nya ada pelawat pongggggg. :p


Blog yang tak famous ni, mana lah ada yang sudi singgah. Khennn. Kalau ada, syukur, alhamdulillah. Terima kasih daun keladi lah. Kalau sudi singgah lah lagi. Hehe. So untuk tidak menampakkan blog ini dari terus bersawang, kita update lah apa apa yang patut ye. Salah satu jadikan ianya sebagai dairi pon okay juga khennnn.


Okay. Selama empat bulan meninggalkan blog ni, pa je yang berlaku dalam kehidupan Pzah dari segi pencapaian tu, berat badan je yang meningkat. Yang lain tak nampak pulak. Haha. Itu jelah perubahan besar yang paling ketara. *Kutukdirisendiri. Hiking tak tinggal. Fitness selalu. Makan tak hingat, mana nak kurus ye tak? Adehhhh. Ditambahkan lagi dengan MC sebulan lebih, makan tidur makan tidur lah jawabnya. Macam tak nampak dah bayang bayang nak kurus tu.


Hehe. Macam macam kan.


Dulu time PC office ni tak betul, rajin gila menaip. Semangat membuak buak tau. Tengah syok menaip PC terpadam.  Nak tunggu dia hidup balik mesti amik masa dalam dua tiga jam gitu. Bile dah on tengok balik entry yang ditaip tu, hampa. Tak save pongggg. Haha.


Sekarang PC dah okay, malas pulak nak menaip. Hehehe. Kadang kadang tu tak tahu nak mula dari mana. so, harini kita mulakan balik la ye. Nak tunggu betul betul rajin tu tak tahu bila. Hehe.


InshaAllah, banyak cerita yang bakal diceritakan. Salah satunya nak kongsi pengalaman bila Pzah nak kenalkan seseorang kepada keluarga. Lagi lagi abah. Dia punya dupdapdupdap tu, boleh murung lah kejap. Haha.

Nanti kita sembang kat sini yer.

Sebelum Pzah akhiri cerita ni, apa yang Pzah nak ingatkan kepada sesiapa yang singgah disini. Juga kepada diri Pzah sendiri. Peganglah. Tekadlah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Dan setiap dugaan itu pasti ada kemanisannya. InshaAllah. Apa yang pernah Pzah lalui, memang membuktikan bahawa janji Allah itu pasti. Cumanya kita sebagai hamba ni kena sentiasa berdoa dan sabar.

Bersabarlah selalu. Kerana setiap kesabaran itu akan diberi ganjaran.:)

Okay.

Bye.