22 April 2021

Ramadhan Tiba Lagi

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Alhamdulillah. Sebelum terlambat, Selamat Berpuasa semuanya :). Semoga Ramadhan kalini memberikan 1001 kebahagian buat kita semua. Semoga setiap apa yang kita lakukan, laksanakan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. Insha Allah, Aamiin.


Alhamdulillah. Tak putus putus kata kesyukuran. Beberapa bulan menyepi, harini baru dapat membelek belek disini. Hehe. Lamakan ambil masa. Macam biasa, walaupun senyap tak bererti lupakan. Ada je menaip. Cumanya simpan dulu. Tak publish pongggg. Kenapa?


"Rahsiakan kandungan, Hebahkan kelahiran"


Makanya, Alhamdulillah. Pada 5 feb 2021 | Jumaat, disaat azan Subuh berkumandang, lahirlah seorang lagi anak soleh Bonda yang diberi nama Muhammad NAim Hilmi. Dan secara rasminya, Muhammad Naufal Hakimi dah jadi abang. Alhamdulillah.

Syukur atas nikmat nikmatmu Ya Allah.

Jadinya, macam kandungan pertama, lepas anak dilahirkan barulah seorang Pzah publish kisah kisah sepanjang mengandungkan. Haaa. Nampaknya lepas ni aku buat benda yang samalah. Hehehe. Kalau tak ada orang perasan entry ni, tak apa. Biarlah ianya menjadi kenang kenangan disini ye. Senang nanti aku nak cerita pada anak anak bila dorang besar nanti. *Haaa, macam ni lahh Bonda ngandungkan korang tau*. :)

Rezeki Allah. Terima kasih Allah untuk hadiah terindah ini. 

Bagi yang sedang menunggu. Aku doakan Allah angkat doa doa kalian. Bersangkalah baik baik dengan Dia. Insha Allah yang baik baik juga akan tiba.

Okay. Tidur dulu. Sat lagi nak sahur dah. Selamat bersahur korang.

Tataaaaaa ðŸ˜˜

7 Februari 2021

Party Bujang Ayu n Bell

 Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Gagahlah seorang ibu berpantang menjayakan party bujang untuk kawan kawannya. Haha. Party sangat kau.


Kisahnya, ramai pasangan pengantin rebut peluang kahwin time time MCO ni kan, tak kecuali lah dua perempuan ni. Yang geramnya, punyalah diam diam tahu tahu nak kahwin dah. 


Majlis memasing semuanya jauh jauh. Sorang dekat kedah, sorang lagi kat kelantan. Gasakkk. Mane lepas nak rentas kan. Memang sedih tak dapat raikan dorang sebagai Raja Sehari. 


Yang Bell tu memang tahu dia nak kahwin. Yang Ayu, pehhhh. Tak sangka lepas Pzah sekolahkan dia tahun lepas, dia amik gak nasihat aku tu. Alhamdulillah. Jodoh rahsia Allah kan. Tahu tahu jodoh depan mata je. Serius tumpang happy.


Tarikh nikah dorang pun cantik sangat. Kongsi tarikh kahwin. Pastu kalau boleh rentas pun, tak gagahlah sorang ibu berpantang nak merentaskan. 


Jadinya, untuk meraikan dorang, tetaplah raikan walauun simple je. Nak sambut tempat jauh jauh pun last minute plan. Itu pun ada yang tak dapat join.



Bakal Pengantin : Ayu & Bella

Crew : Pija

Lokasi : Rumah Ayu

Tema : Hitam & Putih


Alhamdulillah. Simple. Tapi ianya tetap jadi memori dihari tua nanti. 


Untuk Ayu & Bell, Selamat menempuh alam rumahtangga yang semestinya penuh onak duri. Penuh suka duka. Yang pasti kuat tak kuat jee kita nak hadapinya. Hehehe. Semoga sentiasa berbahagia hingga ke Jannah. Selamat Pengantin Baru.


Salam sayang,

Pzah :)