13 Disember 2022

Selamat Hari Lahir Abang :)

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Buat anak sulungku, buah hati pengarang jantungku, Muhammad Naufal Hakimi. 

Terima kasih. Kerana hadir dalam hidup Bonda. 

Terima kasih, kerana bagi gelaran Bonda buat diriku.

Terima kasih mengajar Bonda tentang banyak perkara. Yang selama ini tidak Bonda fikirkan. Engkau mengajarkan Bonda erti sabar. Yang kadangkalanya Allah sahaja tahu tahap sabar tu dah macam mana :).

Anakku.

Kehadiranmu membawa seribu erti. Kehadiranmu mewarnai hidup kami sebagai Bonda dan Babah. Kehadiranmu, membuatkan kami lupa akan rasa penat lelah seharian. Senyumanmu, gelak tawamu, jenakamu membuatkan jiwa raga terus bertenaga.

Sayangku. 

Engkaulah insan yang pertama menjadi penghuni rahimku. Tidak terluah rasa syukur dan berterima kasih dari ku untuk mu. Cukuplah. Allah yang tahu. Selamanya engkaulah yang pertama. 


Maafkan diri ini, kerana alpa banyak perkara. Termarah tanpa sengaja. Teremosi tanpa engkau tahu salahnya. Maafkan Bonda.

Abang.

Setiap hari, Bonda cuba jadi Bonda yang baik untuk anak anak Bonda. Bonda cuba untuk fahami diri Abang, cuba untuk utamakan Abang dulu supaya Abang tak rasa terasing bila ada adik.


Anakku, Selamat Hari Lahir sayang. Semoga Abang menjadi anak yang soleh, anak yang membanggakan Bonda Babah dunia akhirat. Semoga sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmad Allah. Aamiin.


Bonda sayang Abang dunia akhirat :)