30 Ogos 2013

Renungkanlah Bersama

Assalamualaikum.

Hye! Entry ni aku copy and paste je dekat sini. Jangan segan segan. Meh lah luangkan sedikit masa untuk membacanya. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. :)

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh” . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah saw lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt ” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. ” Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

“Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Renungkanlah…..



:)

15 Julai 2013

Dua Puluh Dua

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Duapuluhdua.

Cantikkan nombor ni? Semestinya cantik dan Pzah sangat menantikannya. Bila ada yang bertanya umur berapa, aishh dengan rasa bangga angkat jari kiri kanan tunjuk dua. Jadi kome faham ke idokkk? Dua dua sudah.


Alhamdulillah. Empat Julai telah pun berlalu. Makanya genablah umur seorang Pzah duapuludua. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk merasai nikmat dimuka bumi Allah ini. Syukur Ya Allah. Telah Kau panjangkan usiaku hingga ke hari ini dengan setiap hela nafasku adalah ihsan dariMu. Malah, Kau kurniakan lagi kebahagiaan lain untukku. Maka NIKMAT apa lagi yang hendak aku dustakan? Terima KAsih Ya Allah.


Dua puluh dua ya. Terasa diri semakin tau dah. Tapi jiwa masih nak Huha huhaaaa. Hehe. Terima kasih mak abah yang membesarkan Pzah. Memberikan makan minum secukup rasa. Memberi apa yang dipinta. Juga memberikan kasih sayang yang tidak terhingga. Terima Kasih banyak banyak. Sayang keduanya.


Terima kasih juga kepada semua. Yang mengucapkan. Juga mendoakan kebahagiaan Pzah. alhamdulillah. Terima kasih.


Buat sahabat rapat, yang ada dikala suka duka, Fazlinda dan Fazrin afifa. Terima KAsih sayang. Sentiasa ada. Tidak lupa juga kakak tersayang. NurSyazwani. suka naw buat Pzah gelak.


Alhamdulillah. Semoga dengan bertambahnya usia ini, amalanku juga akan bertambah. Aamiin.


Ikhlas,
gadisberlesungpipitdua


14 Julai 2013

Happy Anniversary KHS


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Today, I just want to remined you how much i always love you, there are so many things i really appreciate about you.
Things you do and say that make me feel important, special and most of all, loved. Thank you for Everything and Happy 9th Anniversary sayang! I love you so much!


3 Februari 2013

Bersuka ria Di FUNFAIR!

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

Entry pertama untuk bulan Dua.



Okay saja jelah nak bercerita kisah hujung minggu yang dah berminggu minggu pun berlalu. 😅  Baru harini dapat dikongsikan bersama. Baru ada masa kan.😛

Lokasi : Stadium sultan Abdul Halim, Alor Star Kedah.

Awal Januari ritu, berkesempatan untuk meronda ronda di sekitar Alor Star ni. Saja cuci mata, sambil melihat aktiviti orang Kedah  ni. So dari jauh dah nampak lampu lampu bercambah kat sana sini. Mula mula ingatkan ada bola, rupanya spot light yang menyinari Fun Fair ni.
 

Sangat meriah. Macam ada pesta lak. Masa masuk sini, Free. Tidak dikenakan sebarang bayaran pun. Terujakan? Tu masa masuk. Kot nak pusing pusing je bolehlah. Tapi bila dah masuk sediakanlah duit banyak banyak ye. Semua benda nak kena guna duit. Banyak gila games dalam ni. Nak main, kena tukar dulu dengan token. Baru dapat main.


Satu token bersamaan RM2. Dan untuk pengetahuan, tak ada satu game pun yang guna satu token tau. Mesti kena guna dalam dua tiga. Itu pun kalau menang. Kalau kalah tambah lah token tu lagi. Huhu. bijak dorang ni cari duit. Cekik darah betul. Jadi jangan duk lama lama dalam ni. Gian jadinya. Huhu.


Ni game pertama yang Pzah main. Ceduk ceduk itik & main bola pingpong.. Hehe
 




Nak ceduk itik ni senang je. Ambil je itik tu, bawah bontot itik ada huruf. Huruf tu lah yang menentukan kau orang dapat hadiah apa. Dua kali Pzah main, dua kali dapat pensel box angry bird. Huh. Rugiiii.


Tang bola pingpong ni  pula, best gak game dia. Nak terangkan pun susah nak habaq lagu mana. Game ni main point. Nak dijadikan cerita, Haritu KHS dapat 20 point. Bukan sekali gus tau. Kena kumpul point tu. 3 kali game gak baru dapat 20 point tu. Bila tebus point dapatlah hadiah.


Jadiiiii inilah hadiahnya.





❤ Semangat  KHS nak dapatkan benda benda ni. Haha.




Okay. Itu cerita haritu, ini cerita ahad lepas. Bosan duduk saja, moh leee berjalan kejap. Bila tak ada tujuan, g funfair jelah. HArini hari last funfair ni bertapak dekat sini.


Susah kot kalau masuk sini nak jalan saja. Godaan sungguh. Mesti nak main game. Banyak gak game yang PZah main. Walaupun kalah tetap dapat hadiah. Alahhh hadiah biasa je. Kebanyakkan dapat cawan kecil. Yang selalu orang bagi time kenduri kahwen tu. Huhu. Hadiah paling besar kat sini anak patung. Best wehh kalau dapat. Haha.


Pastu main game masukkan bola dalam kotak. 4 bola diberikan. Kena masukkan sebaris tau. Kalau bola tu masuk bersepah, tak sebaris tak dapat pape. Kira rugi lah. Pzah lahh tu asyik bersepah je. Haha. Dengan 3 kali percubaan, member dapatkan ini.




 Haa teruja. Hebat member den ni. Yang lagi hebat, semua benda ni dia suruh PZah angkut bawak balik rumah. HAha. Adoiiii. Sabar je lah.
Terima kasih KHS. NAhhh ❤ untuk kau. Hehe.


Lepas dapat benda benda ni, terus balik. Lagi lama kat sini, lagi cepat duit habis haha.


Notakakitangan. Tadi teserempak dengan kawan lama. Dah lama tak jumpa. Hampir 6 tahun. Insha Allah ada rezeki jumpa lagi. Hehe





25 Januari 2013

Burger Port Kepala Batas

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Apa khabar kalian semua? Tak kira dimana dimana jua kalian berada. moga kalian baik baik sahaja. Baik sungguh cuaca harini ye. Dapatlah kita bertemu lagi dalam rancangan JALANJALANISIPERUT. Haha. (ada gaya macam Djay tak? haha. Berangan)


Okay, so harini Pzah nak share dengan kau orang. Tempat makan yang best, harga pun sangatlah berpatutan. Murah wehhh. Terkejut gak Pzah pada awalnya. Tapi kejap je, last last senyum lebar. Selamat duit aku. Hahaha.



Haaa. Siapa yang duduk dekat Jitra, KEdah, memnag tahu lah tempat ni. BURGER PORT KEPALA BATAS. Senang je nak cari. Kedai ni betul betul sebelah jalan. Setiap kali Pzah nak ke Alor Star, memang akan nampak lah kedai makan ni. Cumanya tak pernah singgah. Tengok dari seberang jalan je pun kedai ni sentiasa penuh.


Jadi, malam tadi berkesempatanlah merasa makanan disini. Itupun selepas diperkenalkan oleh salah seorang dah rumah sewa KHS. Malas arghhh nak dengar dorang puji melambong lambong. so, baik kita pergi dan rasai sendiri.


Antara makanan yang famous, Western Food dan burger. Ada je makanan bergoreng. Tapi rugilah kalau kau orang singgah kedai ni just makan makanan bergoreng ja. Serupa gie makan kat kedai mamak. Hahahaha. Itulah yang diperkatakan oleh KHS bila PZah order mee goreng. Hahaha.


Mana taknya. Tekak PZah dan dan lah nak mee goreng. Member sebelah dah pandang pelik. Sejak bila lah kau suka mee goreng ni. Hehe.


Maybe disebabkan kedai makan ni pemess ya amat. Ramai lah manusia disini. Kalau kosong pun time kedai tutup. Kihkihkih.


Mee goreng

  Chicken chop



Tak sempat nak ambil gambar kedai. Gambar menu pun jadilah ye.



Sungguh! Makanan disini sedap sedap belaka. Puas hati. Layanan yang diberikan mesra pelanggan. Harga pun murah. Sesuai dengan bajet kita sebagai student yang selalu pokai macam Pzah ni. Haha. 


Okay. Taknak komen banyak. Mana yang dekat area sini. Jangan lupa singgah tau. Rasailah kenikmatannya. Hehe.


Five star for Burger port.


Nota kaki : Kebosanan teruk sampai tak tahu nak taip apa sebenarnya.
Jumpa lagi. Babai. :)



18 Januari 2013

..: Durian Crepe Again :..

Assalamualaikum.


Tak sabar nya nak balik KL. Teruja tahap maksima sebab dah tak sabar nak shopping puas puas. Yeeeahhh ! Cepat lah tigapuluh haribulan. Cepat lah berlalu. Kan. Tak sabar dah ni. Nak jumpa family lagi, Nak jumpa pakwa baru lagi. Cepat cepat LAH.

Nampak tak tahap keterujaan nya disitu ? HEHEHE

So, dua ari lepas, *baru arini nak cerita* aku dapat beli makanan ni lagi. Syoook. Tapi kali ni, amik perisa lain. Sebab kalau amik durian lagi, takut demam. HUHU. kalau nak tahu kenapa demam. BACA SINI YER


 Coklat dengan strawberry :D

Ha, tengok tengok. Sila jelez lah. Harga boleh tahan. Murah lah gak. Tiga biji RM5.00. Ada lagi murah ke? Kalau ada, bagitahu aku ye. Aku nak borong terus.

Kalau rasa teringin nak beli, Cari kat Alor Staq! Confirm Jumpa. Tapi kat Jitra ni, tak tahu ada ke tak. Buat masa ni aku tak jumpa lagi. Ada gak tnya kawan kawan. Dorang pun tak tahu. Aku ape tah lagi. :p



Nyum nyum. Lazat tak terkate. Memang tak boleh nak kata. Terlalu sedap. Muaahahaha. Sapa yang belum cuba, cuba lah. Tak rugi okey. Lagi pun kalau perut kita kenyang. Suka hati lah jawabnya. Kihkihkih.


Okey, Mood tak berapa baik. Nak bercerita panjang lebar pon seakan akan otak dah naik beku. Sorry. Tapi terima kasih sudi singgah kat blog buruk ni. Sayang kat korang. :)


Nota kaki : Hanya beralaskan dua keping roti je untuk hri ni. Lapar sangat. :(


14 Januari 2013

..: Durian Crepe :..

Assalamualaikum.

Wah. Demam Deman Demam.
Yeah! Haruslah demamkan. Demam yang melanda di setiap warga Facebook dan alam maya. Tak percaya? Harus percayalah! Okey. Siapa lagi yang tak tahu ape ke bendanya Durian Crepe? Kalau tak tahu , g tanya abang kacak, google tu tau. Nanti semuanya terjawab. :)

Itu lah yang aku lakukan beberapa bulan yang lepas. Time tu aku duk tengok orang post gambar kat facebook. Serius tak tahu apa kejadah  benda tu. Try gak tanya teman serumah. Dorang pun tak tahu gak. Kesian. Kami ketinggalan. :(

Disebabkan nafsu membuak buak nak tahu dan nak rasa, sebab terliur sangatkan dengan warna Durian Crepe yang sangat menyerlah. Akhirnya  ku gagahi juga untuk mencari. Bertanya sana sini, Dapat gak jawapan. Tempat paling dekat nak jumpa Durian Crepe kat Midvalley Megamall. :))

Okey. Memang sangat dekat. So, cari dengan penuh semangat dan naik lenguh berjalan kat mid tu. Akhirnya putus asa. Tak jumpa. Cari main mainkan. Mana nak jumpa. Ditambahkan lagi niat sebenar dah bertukar. Semuanya tak jadilah. Huhuhuh. Bila dah balik rumah, sangat terkilan. Tak dapat makan lagi. Sedih!


Tapi, lepas je sampai kat Kedah ni, niat untuk mencari Durian Crepe menjadi jadi. Sebab ternampak ada budak kecik makan. Terliur sangat. Sampai rumah search kat google. Taip DURIAN CREPE SEKITAR JITRA! Tapi tak ada. Yang ada kat Alor Star. Cari cari dan cari lagi. Jumpa gak. Kat Taman perumahan belakang alor star mall.

Cepat cepat amik nombor, then msg. Akak tu cakap datang cepat sementara stok masih ada. Meseg kul 10.. Bila meseg lagi pukul tiga, Dah habis! Sedih sangat. Tak dapat lagi.

Keesokkan harinya minta kawan baik den meseg. Siap suruh simpankan dua pack lagi!

Warna dia menarik kan. Lembut pun lembut. Sedap.


Akhirnya tertunai nafsu makan ni. Dapat gak merasa Durian Crepe. Selepas terkilan banyak kali. Akhirnya Allah permudah gak juga. Alhamdulillah. Terima kasih kawan baik , teman cari rumah akak ni.




So, nak dijadikan cerita aku bukan lah seorang yang gila durian. Aku memang tak makan pun durian. Kalau dah makan mesti nak termuntah. Lain pula dengan member aku sorang ni. Durian memang kegemaran dia. Huhuhu. Sabar je lah. Lepas je aku makan Durian Crepe terus demam. Huhuhu. Padan muka.

Apa apa pun . Durian Crepe memang sedap sangat. Rasa nak makan lagi. Tapi tunggu demam baik sepenuhnya. :))



nota kaki : xoxo published :)

Kisah Sebulan

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤





Entry soal hati❤

Terus terang PZah katakan, sebulan disini amatlah gembira. Walaupun diselitkan dengan beberapa masalah, Pzah tetap hiburkan hati dengan adanya awak disisi. Ecehhhh. Haha.


Terima kasih awak. Terus terusan hiburkan hati Pzah. Berusaha buat ketawa. Sanggup luangkan masa dan sentiasa kenyangkan perut Pzah ni. Terima kasih kerana tak pernah jemu.


Moga panjang umur kita ketemu lagi. Moga allah lindungi awak dimata sahaja awak berada.


Terima kasih kawan baik.