14 Januari 2013

..: Durian Crepe :..

Assalamualaikum.

Wah. Demam Deman Demam.
Yeah! Haruslah demamkan. Demam yang melanda di setiap warga Facebook dan alam maya. Tak percaya? Harus percayalah! Okey. Siapa lagi yang tak tahu ape ke bendanya Durian Crepe? Kalau tak tahu , g tanya abang kacak, google tu tau. Nanti semuanya terjawab. :)

Itu lah yang aku lakukan beberapa bulan yang lepas. Time tu aku duk tengok orang post gambar kat facebook. Serius tak tahu apa kejadah  benda tu. Try gak tanya teman serumah. Dorang pun tak tahu gak. Kesian. Kami ketinggalan. :(

Disebabkan nafsu membuak buak nak tahu dan nak rasa, sebab terliur sangatkan dengan warna Durian Crepe yang sangat menyerlah. Akhirnya  ku gagahi juga untuk mencari. Bertanya sana sini, Dapat gak jawapan. Tempat paling dekat nak jumpa Durian Crepe kat Midvalley Megamall. :))

Okey. Memang sangat dekat. So, cari dengan penuh semangat dan naik lenguh berjalan kat mid tu. Akhirnya putus asa. Tak jumpa. Cari main mainkan. Mana nak jumpa. Ditambahkan lagi niat sebenar dah bertukar. Semuanya tak jadilah. Huhuhuh. Bila dah balik rumah, sangat terkilan. Tak dapat makan lagi. Sedih!


Tapi, lepas je sampai kat Kedah ni, niat untuk mencari Durian Crepe menjadi jadi. Sebab ternampak ada budak kecik makan. Terliur sangat. Sampai rumah search kat google. Taip DURIAN CREPE SEKITAR JITRA! Tapi tak ada. Yang ada kat Alor Star. Cari cari dan cari lagi. Jumpa gak. Kat Taman perumahan belakang alor star mall.

Cepat cepat amik nombor, then msg. Akak tu cakap datang cepat sementara stok masih ada. Meseg kul 10.. Bila meseg lagi pukul tiga, Dah habis! Sedih sangat. Tak dapat lagi.

Keesokkan harinya minta kawan baik den meseg. Siap suruh simpankan dua pack lagi!

Warna dia menarik kan. Lembut pun lembut. Sedap.


Akhirnya tertunai nafsu makan ni. Dapat gak merasa Durian Crepe. Selepas terkilan banyak kali. Akhirnya Allah permudah gak juga. Alhamdulillah. Terima kasih kawan baik , teman cari rumah akak ni.




So, nak dijadikan cerita aku bukan lah seorang yang gila durian. Aku memang tak makan pun durian. Kalau dah makan mesti nak termuntah. Lain pula dengan member aku sorang ni. Durian memang kegemaran dia. Huhuhu. Sabar je lah. Lepas je aku makan Durian Crepe terus demam. Huhuhu. Padan muka.

Apa apa pun . Durian Crepe memang sedap sangat. Rasa nak makan lagi. Tapi tunggu demam baik sepenuhnya. :))



nota kaki : xoxo published :)

Tiada ulasan: