Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤
03.12.2016 (Sabtu)
Lokasi : Plaza Shah Alam
Rasanya agak lambat lak untuk menaip kisah ni. Hampir seminggu juga dah berlalu ye. Lambat betul kan. Hehe
So, nak cerita sikit la. Sabtu lepas Fyza terlibat dalam larian ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016. Ini bukanlah kali pertama Fyza terlibat dalam larian taw. Sebelum ni banyak juga. Cumanya, ini kali pertama Fyza berlari waktu malam. Excited Kaw!
Yang paling excited, ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016 memberi peluang kepada setiap pelari memilih sendiri T-Shirt larian mengikut warna kegemaran. Terdapat tujuh warna yang ditawarkan iaitu ; Biru, Hijau, Merah, MErah Jambu, Oren, Unggu dan Kuning. Fyza macam biasa lah. Pilih warna favorite Fyza lah. Merah Jambu.💖
Before ni, kalau terlibat dengan mana mana acara larian, biasanya Fyza pergi sorang sorang je. #solorunner giwtuuu. Kali ni Fyza bawa kawan. Yela.. Malam kan. Nak dapat perlepasan dari Mak Abah tu susah. Hehe.
Larian yang bermula di kawasan hadapan Plaza Shah ALam dan berakhir disitu juga sejauh 5KM dan 10KM. Korang boleh lah pilih jarak larian yang bersesuaian dengan korang ye. Macam Fyza pilih 5km je. Larian suka suka :P
5km nampak macam dekat je kan. Hakikatnya Fyza ambil masa dalam sejam juga la nak menghabiskan larian tu. Ingatkan boleh lah balik cepat, tapi tak. Dah sampai garisan penamat pun, kena beratur panjang sebab nak ambil Medal. Terpaksalah menunggu. Seb baik ada geng menyembang. Kalau tak mati kutu lah dibuatnya.
Tak kisahlah kalau orang cakap kat luar pun boleh dapat jam macam ni, tapi I dapat dekat butik dorang wehh. So? Murah ke mahal ke bukan senang orang nak bagi kita benda free. Hehe
Okay. Time nak collect baju tu, dapat beg. Dalam beg tu biasa lah macam macam dia bagi. Pastu ada dapat voucher jam RM99.00. Normal price Rm699.00 tau. OMG! Jimat rm 600. So, masa ni memang rezeki Fyza lah. Satu voucher boleh guna lebih lebih dari satu. Apa lagi. Borong lah. Fyza beli 4 jam terus. Nak jadikan hantaran time bertunang nanti. :)
Okay. Selesai untuk Ice-Watch night run dana selesai juga memborong jam tangan. In sha Allah kalau ada lagi, nak join.
Thanks for reading.
Bye.
Cik f1224h
gadisberlesungpipitdua:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan