3 Disember 2016

Cik f1224h | Inns J Cafe


Assalamualaikum and Hello everyone ! ❤


Port dickson adalah tempat yang tak asing lagi bagi Fyza. Yela. Kampung Fyza kan. Belah mak. Dalam setahun kerap lah balik kesini. Hihi. Okay dah. Mukadimah je tu. :)


Minggu lepas, pagi ahad tu Fyza ada kerja sikit dekat satu company ni di Melaka. Dari pukul 830-10 am. Nak balik KL awal lagi kan. Makanya singgah lah kejap kat PD tu. Konon nak tengok laut. 


Yes! Selain daripada hutan, laut dan pantai adalah tempat yang paling mendamaikan buat Fyza. Setiap kali tengok laut ni, tahap eksaited tu terlebih.

Lepas jalan jalan , snap picture dua tiga.(konon la dua tiga) Apa lagi. Cari tempat makan la. 


Bila dah biasa lepak Cafe. Then suka cuba tempat makanan yang baru. Fyza pon menggedik lah search kat google. 


"Cafe Hipster Port Dickson" 


Pappppp ! Terus keluar nama Cafe ni tau. Kemain kau. Nak Cafe Hipster je. Haha. Dah alang alang dekat PD kan. Biar gempak sikit makan tu. Ehcehcehhhh.


Dari tempat Fyza nak ke cafe ni amik masa 10 minit je. Apa lagi, singgah lah ye. Dekat jekan. Perut pun minta diisi.


So nak cari tempat dia ni senang je. Just waze "Inns J Cafe" . Memang dia akan hantar terus sampai depan Cafe ni.




Signboard Cafe yang besar gedabak ni sangat membantu. Dari seberang jalan pun dah nampak. Memang terbaik lah.


Sampai je kat sini, memang dah tertarik dengan kawasan dia. Design and deco Inns J Cafe ni menarik tau. Dekat luar biasa biasa je tau. Masuk dalam. Pehhhhhh. Canteknya Cafe ni.

Fyza order Spaghetti Bolognaise - RM15.50 , Dengan Iced Chocolate - RM7.90
Kawan Fyza lak - Grilled Chicken Chop bersama Sos Black Pepper - RM14.50, dengan Hazelnut Latte - RM9.90


Tengok harga dia. Berbaloi kan. Tak sampai RM50.. Wahhh. Kalau cafe cafe lain kt KL tu harga gini kan best. Hehe. *macam gaji banyak je nak makan tempat gini selalu. Huhu. Nangis jap !

Menu Cafe ni, menarik. Dan gambar gambar yang ditonjolkan membantu. So, tak de lah nak tanya tanya kan. 



And makanan minuman sampai sama dengan gambar tau. So. Perfect bukan? Ermm. Rasa?  Sedap ke tak ? Hehe. Tengok dalam gambar pun dah nampak sedap. Bila rasa setiap makanan minuman yang Fyza order tu, Walawehhhh. Sedap nya. Serius. Tak tipu okay. Memang sedap. Lagi lagi Chicken chop Black pepper sauce tu. Kawan Fyza kata nak repeat lagi. Hihi. Nak repeat boleh, tapi jangan lupa bawak Fyza. Hahahaha *gelak jahat !


Halal ke tidak? Dari apa yang Fyza baca dari blog lain, semuanya menyatakan Inns J Cafe ni halal. Tanpa rasa ragu ragu Fyza pun singgah la. Kalau ragu ragu, baik jangan okay.


Nak singgah Inns J Cafe Port Dickson tak ? Kalau nak, waze la alamat ni ye.:)



Inns J Cafe
Alamat : No.1, Taman Lukut Indah, Lukut , Port Dickson. (landmark Petronas Lukut)

Waktu operasi : 11 pagi – 11 malam

No. tel : 06-651 0522



nota kaki : Menaip sambil layan lagu Bukan Cinta 1 atau 2 dari Gamma 1.

Bye.❤
gadisberlesungpipitdua:)






Tiada ulasan: