23 Disember 2012

Pertolongan Yang Tak Dihargai


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Maaf dengan penggunaa kata ganti nama "Aku"
kerana kisah ni berkaitan dengan hati. 
Dan ianya perlu dibaca melalui hati yang sangat dalam. Hehehe.


Sudah beberapa hari hati ini seakan gelisah. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan. Aku rasa aku sangat kecewa dengan apa yang sudah berlaku. Susahkan kalau kita cuba untuk jadi macam orang lain. Tapi itulah hakikatnya. Sepatutnya jadi diri sendiri lebih baik dari jadi orang lain. Kan. Tapi kalau nak jadikan orang lain sebagai contoh pun susah juga.


Kekecewaan ini membuatkan aku sedar. Betapa menyesalnya aku menolong orang. Biasalah. Kalau dah start mengungkit, hilanglah segala pahala yang dapat. Tapi apakan daya.Benda terpaksa diungkit untuk memberikan kesedaran. Menolong tak semestinya kaya. Menolong apa yang termampu sahaja. Tapi tolonglah beringat dengan hutang kau tu.


Sebenarnya bukan itu yang menjadi persoalannya. Aku rasa diri aku seolah olah dipergunakan. Nampak sangat. Bila kau mahu pertolongan dari aku, kau cari aku. Nampak sangat kau memerlukan aku masa itu. Mesej yang dikirimkan beribu ribu. Panggilan yang bertubi tubi. Beria ria kau mencari aku. Ketara sangat yang kau perlukan aku.


Banyak yang aku tolong kau. Lebih dari apa yang aku mampu sebenarnya. Padahal ketika itu, aku juga dalam keadaan susah. Tapi bila kau minta pertolongan, aku cuba semampu yang boleh. Aku tak minta kau kenang semua itu. Cukuplah kau hargai aku walaupun sedikit.


Huh. Sedihnya rasa hati. Terasa pertolongan yang tak dihargai. Tak apalah. Aku terima. Nak menyesal pun tak ada guna. Aku berserah sepenuhnya kepada-Nya. Moga hati aku terus tenang. Kesedihan aku terus dirawat.

Terima kasih dengan apa yang berlaku kawan. Semoga setiap apa yang berlaku ada hikmah. Bergembiralah dengan apa yang kau lakukan.


2 ulasan:

Atiqah Faudzi berkata...

Sabar kak :) . Umie pun pernah kena jugak . Biaselah kak . Sabar okay :D

cik f1224h berkata...

@eimuizduaf
:)) thnx dear..