14 Ogos 2015

Perkahwinan dan Zuriat

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤





Nampak tak tajuk entry ni? Perkahwinan selalu dikait rapat dengan zuriat. Kalau kita sembang ini dekat mana mana kawan yang dah berkahwin, zuriat adalah tajuk utama. Jarang pula dengar kekawan tanya, macam mana suami kau dekat rumah. Kehidupan rumahtangga. Tak ada pula. Asal berjumpa, zuriat/anak/cahaya mata itu lah yang akan ditanya.


Sebenarnya agak tak manis kalau Pzah nak sembang benda ni. Yela. Pzah belum kahwin lagi kan, pastu nak bagi nasihat pun macam tak berapa sesuai. Nanti ada yang cakap "yela. Kau tak ada dekat tempat aku. Cuba kau ditempat aku, baru kau tahu macam mana"


Yup! Betul. Bak kata pepatah. "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" Betul lah tu.  Tapi lepas apa yang terjadi baru baru ni, rasa terpanggil pula untuk menaip disini.


Ye. Mana ada mana mana pasangan yang dah berkahwin tak nak zuriat kan? Semua nak. Tapi siapa lah kita untuk menindakkan kerja Tuhan? Kita merancang, Allah yang tentukan. 


Situasi 1 : 

Bila ada rakan yang dah berkahwin selang setahun dari rakan yang lain. Kiranya sorang tu kahwin pada tahun 2010 (kita namakan dia A). Sorang lagi tahun 2011(kita namakan dia B). 


Sekarang pun dah tahun 2015. Si A, mempunyai dua orang cahaya mata. Si B, belum dikurniakan rezeki lagi. Kejadian berlaku masa tengah makan dimajlis perkahwinan rakan sekelas. Tengah syok menikmati makanan kenduri kan, tetiba Si A bertanya pada Si B.

Si A : B kau belum ade anak lagi ehh?
Si B : Belum ada rezeki lagi.
Si A : Kau kan dah lama kahwin. Lepas aku, kau lak yang kahwin. Macam mana boleh tak ada?

(suasana sunyi sepi. Pzah tengok Si B, terkedu. Hilang terus selera makan dia)


Situasi 2.

Terserempak dengan makcik makcik yang persis rancangan Melodi. Kerja main terjahhhh jelah.

Makcik : Eh B, masih berdua lagi? Dah ada isi?
Si B : Makcik doa doa kan laa ye.
Makcik : Ehhh. Kan dah lama kahwin. Si C, baru je kahwin haritu sekarang dah mengandung. 
Si B : (Sengih je)


Allahuakbar! 
Bisa juga mulut memasingkan. Allah tidak pernah menjanjikan setiap mereka yang berkahwin pasti dikurniakan anak.

Rezeki! Tak percaya kah kita pada rezeki?
Ada orang, direzekikan kemewahan, tidak pula pada anak.
Ada orang, punya anak, tapi nak beli susu anak pun, terpaksa menabung.


Nampak? Rezeki Allah beri tu berbeza beza. Kadang apa yang kita nak sangat, Allah tak bagi. Kadang apa yang kita tak minta tu lah Allah beri. Faham? 


Tolonglah. Jaga kata kata. Berhenti tanya soalan yang sensitif ni. Yang bertanya pun seolan olah tak ada iman. Walaupun kita punya 10 orang anak sekali pun, usah membangga diri, dengan bertanya soal anak pada mereka yang belum diberi rezeki. Kalau ada 10 orang anak pun tak dapat nak bawa kita ke Syurga pun tak bagus juga. Kan?


Kita sesama perempuan/wanita. Jagalah sesama hati kita. Kita kan boleh faham apa yang mereka rasakan. Ini kerja Tuhan. Bukan kerja kita. Kalau kerja kita, bebila boleh dapat kan? Tolonglah percayakan pada rezeki. Pada apa yang ditakdirkan Allah kepada kita semua. Kita tak tahu kemudian hari macam mana lagi. Kehidupan kita masih panjang. Bila bila masa Allah boleh tarik.


Kepada pasangan yang Allah uji tanpa zuriat,kuatkanlah semangat kalian. Allah uji tanda sayang. Banyakkan lah berdoa, mintalah bersungguh sungguh padaNya. Bersangka baiklah pada Allah. 

Ada juga yang cakap " Mungkin Allah nak kita honeymoon lama sikit" ye betul tu. Tapi jangan kerap sangat guna ayat tu. Setiap apa yang keluar dari mulut kita pun doa juga. Kan? Jadi. Kalau ada yang bertanya, Jawab je "InshaAllah ada rezekinya nanti" kalau rasa taknak jawab, senyum jelah. Hehe.


Pada keluarga, saudara mara, rakan taulan. Andalah penguat semangat mereka. Hentikan soalan yang bakal mengguriskan hati mereka. Jadilah penasihat yang bijak. Peneman yang setia. Kadang depan kita dorang kuat, malam dorang bertemankan air mata. Allahuakbar!


Pada sang suami. Kadang hal hal ini pun berpunca pada lelaki juga. Buka perempuan sahaja. Jaga juga kata kata. Jangan nak cop perempuan ni mandul ke apa. Bila dah ditakdirkan sebagai suami mereka, kitalah yang kena ada dikala suka duka mereka. Jadi tolonglah jadi suami yang hebat.  



Okay. Maaf andai tersalah bahasa. Ada yang silap mana mana. Pzah cuma ingin luahkan rasa. 


Itu saja yang ingin dikongsikan. 
Byeee.
















Tiada ulasan: