6 Februari 2018

Duaributujuhbelasyangbermakna :)

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤






Walaupun dah terlewat satu bulan enam hari. Itu tak bermakna fyza tak boleh menaip disini ye.
Cepatnya masa berlalu dan cepat juga masa meninggalkan kita.
So macam mana dengan wishlist 2017 korang? Dah tercapai ke belum? Untuk tahun 2017 fyza tak letak anywishlist pun. Bila belek belek balik entry lama. Fyza cuma taip.

"2017 😊
Please make me more more happiness ! In Sha Allah. Amin !

Yeahhh . *taksabar 😂 "


Tapi Alhamdulillah. Berkat *taksabar tu 2017 turn up lebih baik daripada apa yang fyza harapkan.
Alhamdulilla.
Honestly, thaun tahun sebelum tu, boleh dikatakan tahun yang paling kriktikal lah. Tapi kriktikal macam mana sekali pon, kita kan still ada tempat bersujud. Tempat berdoa,meminta. Kalau allah tak perkenankan doa kita. Sabar. Belum waktunya. Bila sampai waktunya, kita juga bersyukur tak terhingga. :)



 2017

❤   Permulaan yang sangat baik. Alhamdulillah. Rezeki yang bertambah tambah. Seorang fyza
      telah  berjaya langsaikan hutang PTPTN tanpa menyusahkan sesiapa! Yeahhh ! Bebas hutang !
      And yeahhhh. Terima kasih Abah. Membebel setiap kali kak lang gaji. " PTPTN dah bayar ke
      belum" benda yang sama disebutnya. Sampai nak berdarah telinga ni. Bila ada rezeki lebih. Awal
      tahun kan... :) Prapppp ! Bayar habis kau! HAHA.


❤   Berpisah dengan braces. Dua tahun bercinta dengan dia tau. Rasa risau pulak. elok je bukak 
      rasa macam... Ahhhhh ringan nya gigi. Hehe.


❤   Jadi pengapit untuk kawan baik dari sekolah rendah! Teruja kaw! Kawan yang sama sama
      berebut nak pemadam papan hitam dah kahwin. :p


❤   Accident motor. Kenangan paling duka. tulang lutut retak. Terpaksa pakai simen dari peha ke 
      buku lali. MC sebulan lebih. Mereput lah kau kat rumah. Bulan yang accident ni kan sepatutnya
      ada orang nak datang rumah tau. Nak jumpa Mak Abah, Tapi ditangguhkan. But benda baik mana
      boleh tangguh lama lama kan. Selang seminggu..


❤  Fyza dirisik! Benda yang paling tak sangka. Dirisik oleh Mak awak depan Mak,Abah,Adek fyza 
     juga dihadapan Awak dan Abah awak dekat OLD TOWN WHITE COFFEE KERINCHI ! Kau 
     rasa? Muka ni dah tak boleh cover. Senyum dah sampai ketelinga.


❤   Tukar status daripada Single to Engaged. :) dengan classmate time sekolah rendah Agama.
      Dengan orang yang fyza pernah sound, "Kau ingat kau handsome! (Siap tunding jari depan muka
      dia tau) alih alih yang tak handsome tu juga jadi Tunang kau fyza. Merangkap Bakal Laki kau. 
      Haha! (Nanti nantilah kita sembang ye camna fyza leh amik keputusan nak adakan hubungan 
      yang serius dengan Someone Special. :)


❤  Empat Julai. Hari jadi fyza. bila En.Tunang buat kejutan dekat office nya parking motor.
     Terharu! Tak tahu nak cakap camna. Kenangan sangat. time tu baru seminggu pegang status
     tunangan orang.♥♥♥ 


❤  Rezeki Alhamdulillah murah. Segala perjalanan sepanjang 2017 dipermudahkan. Something yang
     fyza tak expect, tapi Alhamdulillah Allah dah tulis itu rezeki kita. even ada kisah duka. Allah 
     tutup dengan kisah yang menggembirakan. Tarima KAsih Allah.


Harapan 2018?


Tak nak letak pape harapan. Tapi elok je masuk 1 haribulan satu ritu, tidur malam terganggu. Tak boleh tidur langsung. Mana tak nya. Dok kira, tarikh kahwin nak dekat dah. Tahun ni juga puasa bersama. Raya bersama. Tapi bukan itu yang merungsingkan. Fyza boleh terfikir. Macam mana nak bangun sahur. Siapkan makanan untuk sahur. Haha!  Nikah pon tak lagi fyza. Kau dah fikirkan Sahur nak masak apa. LOL !


Semoga allah permudahkan urusan wedding. Dipermudahkan semuanya. Didekati mereka yang baik baik yang menyayangi diri ini. Semoga allah permurahkan rezeki. amin.



Thank you Allah,

Kurniakan fyza parents yang selalu faham kehendak dan kemahuan diri ini. Yang selalu jadi supporters fyza terutamanya mak. Yang selalu bagi pendapat in everything that i do and they always involve dengan semua yang fyza buat. Doranglah nadi fyza.

Kurniakan jodoh yang paling tak sangka. Seseorang yang sangat memahami. Yang mampu jadi kawan suka duka. InshaAllah yang bakal mendidik ku kejalan-Mu,Ya Allah.

Dan kurniakan insan insan yang sangat sayangkan fyza :)

Well, terima kasih untuk 2017 selamat tinggal.
Semoga 2018 lebih rancak dan dipermudahkan. InshaAllah. Amin.

Bye.
Gadisberlesungpipitdua:)














Tiada ulasan: