Assalamualaikum pembuka kata
Kata dari seorang yang terluka
Siapa lagi penaipnya
Kalau bukan dari gadisberlesungpipitdua
Aku tidak pandai bermain kata
Hanya tahu menaip sahaja
Kisah aku bukan kisah yang seronok dibaca
Cuma perlu hayati dari hati yang sedalamnya
Setiap oranginginkan bahagia
Mengharapkan bahagia kekal bersamanya
Lupa dugaan itu sentiasa ada
Akhirnya tewas tanpa pemenangnya
Kisah lalu diungkit sentiasa
Maki hamun dikala kemarahan membara
Tanpa sedar ada yang terluka
Membuatkan hati terus kecewa
Sedar akan kesilapan diri
Lalu memohon maaf berkali kali
Maaf diterima dari hujung rambut hingga ke kaki
Tapi malangnya diri telah dibenci
Terlalu banyak drama yang dicipta
Akhirnya pendam dalam duka
Sedangkan hati ini tidak terjaga
Sentiasa telan bertemankan air mata
Air mata turun tanpa hentinya
Mengenangkan kisah lama
Banyak yang sama tiada bezanya
Membuatkan ketakutan terus berleluasa
Sungguh aku sangat kecewa
Setiap kata menikam jiwa
Hati betul betul terluka
Hati yang tak terjaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan