16 Jun 2016

Khas Buat Sahabat Lama



Assalamualaikum pembuka kata
Kata dari gadis berlesung pipit dua
Wahai awak yang sedang membaca
Rasailah apa yang hati ini rasa.
------------------------------------------------
Perkenalan kita tanpa disangka
Diantara musuh ketat disekolah agama
Bagaikan kucing dengan singa
Bila berjumpa bergaduh saja.
------------------------------------------------
Masa berlalu dengan pantasnya
Dari musuh, kawan, menjadi pendengar setia
Hati siapa tidak diusik rasa
Bila si teruna mula memikat hati si dara :)
------------------------------------------------
Banyak kisah dilalui bersama
Segala suka duka dikongsi berdua
Istilah cemburu tak payah nak cerita
Duapuluhempat jam bertikam lidah je. 
------------------------------------------------
Lama kelamaan sefahaman tidak lagi dirasa
Asyik nak menyalah sesama sendiri ja
Bak kata perpatah kerana mulut badan binasa
Berbulan lamanya kita menyepi tanpa berita.
------------------------------------------------
Perkenalan bertahun tahun lamanya
Bukan jaminan dia adalah milik kita
Allah tarik semua sekelip mata 
Baru tersedar banyak nikmat yang kita lupa 
------------------------------------------------
Entah siapa yang menyakiti siapa
Salah faham punca utama
Tiada lagi istilah budi bicara
Kerana perasaan ego mula berleluasa
-------------------------------------------------
Bertahun tahun tempoh yang lama
Mencari kekuatan dari Pencipta
Walaupun kita tidak lagi bersua
Kita tetap berkomunikasi/mengadu dengan -Nya
------------------------------------------------
Allah tahu apa yang kita rasa
Tidak dibiarkan kita terus terluka
Berbagai bagai hikmah diberikan oleh-Nya
Dari seorang yg kosong kepada seorang yang berjaya.
------------------------------------------------
La tahzan , innallaha maa'na
Usah bersedih, Allah sentiasa ada
Yakinkan diri dan terus berdoa
Rahsia Allah tiada siapa boleh ubah
------------------------------------------------
------------------------------------------------

Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Bulan kemaafan sesama manusia
Tidak percaya dan tidak ku sangka
Kita boleh lepak makan semeja.
------------------------------------------------
Banyak cerita yang dikongsikan bersama
Ibarat jumpa seseorang yang mati hidup semula
Saling mengaku kesilapan lama
Mulai sedar cinta pertama masih dijiwa
------------------------------------------------
Jangan dikenang kisah yang lama
Ianya berlaku untuk mematangkan kita
Andai kata kita tidak ditakdirkan bersama
Kita tetap sahabat selama lamanya
------------------------------------------------
Sekian sahaja ceritera cinta
Ianya luahan apa yang dirasa
Semoga didekatkan Zauj/Zaujah Syurga
Bersama sama mengejar Cinta yang Maha Esa

Ikhlas dari saya
gadisberlesungpipitdua ;)

Tiada ulasan: