27 Februari 2019

Jom Intai Baby

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



07.10.2018 (4.45ptg/Ahad).

Seminggu sebelum tarikh tu, Fyza ada ternampak sorang kawan ni, g scan baby. Lepas je tanya dekat mana, harga murah ke mahal.. Fyza pun buatlah keputusan nak intai baby gak. ツ

Lagipun officemate ada cadangkan untuk fyza g scan baby dengan cepat supaya Fyza boleh tau perkembangan baby. Maksudnya disini, nak tahu berat baby, degupan jantung baby dan lain lain ye.

Ianya sangat bagus dan membantu tau. Sebabnya, tiap bulan Fyza ada juga buat check up dekat klinik kesihatan ibu dan anak. Setiap kali pergi, setiap kali tu lah nurse akan bagi Fyza satu alat ni untuk dengar degupan jantung baby. Dan setiap kali tulah Fyza tak dapat nak dengar dengan jelas. ☹️ Maybe disebabkan peralatan kot..

Dekat klinik Amal Siti, Ampang ni, memang canggih lah peralatan dia. Time doktor suruh dengar degupan jantung tu, Ya Allah. Rasa nak menangis. First time dapat dengar. Alhamdulillah syukur.

Okay. Berbalik pada cerita awal tadi. Selepas puas stalker Instagram Klinik Amal Siti, Fyza pun wasap lah. Tanya harga untuk  Gender scan, pastu ada juga tanya dorang buat service apa je. 
Selepas dapat maklum balas. Fyza terus confirm kan hari yang Fyza free.



Hari yang dinantikan. ☺️☺️ Hehehe. Sebelum g klinik tukan. Lepas je selesai solat, Fyza usap usap perut sambil pujuk baby..
"Assalamualaikum sayang Bonda. Kejap lagi Bonda dengan Babah nak intai awak ni. Nanti awak tunjuklah awak boy ke girl tau. Bonda tak kisah apa jantina awak. Tapi Bonda nak tahu gak. Hehe. Kalau awk boy, Awak boleh kawan dengan abang Haziq (anak buah Fyza yang sulung) " Hehehe .. Gitulah ayat Fyza.


Alhamdulillah. Tak sangka pujukan itu berjaya. Senang kerja doktor dan Bonda. Takyah nak intai banyak kali kan. Terima kasih kesayangan Bonda.

Plan asal memang nak tahu gender dengan kesihatan baby je. Pastu time baring baring tu, kan doktor ada sapukan gel sambil golek golek kan alatan dia tu kat perut kita kan.. Time tu doktor tanya :

Doktor : Awak tak nak buat 3D / 4D ke?
Fyza : Harganya berapa ? 
Doktor : Dalam RM120 je.
Fyza : Owhh okay. Tak pe lah.


Bukan sebab mahal. Tapi tak terfikir nak buat. Hehe.


Lepas je cakap tak pe tu, Doktor pon sambunglah kerja dia. Sambil golek golek kan benda alah tu tadi. Pastu doktor tunjuk lah sikit muka baby. Ya Allah. Jelas sangat muka tu. Pastu doktor tanya lagi. Betul ke tak nak buat 3D ni?
LEpas dah tengok gambar baby tu, terus nak lahhhh. Husband pon teruja gak nak tengok. Khekhekhe.

Apa yang menarik disini. Ya Allah. Tak tahu nak cerita macam mana.


Elok je Fyza dengan suami setuju nak buat 3D. Dan dan lah baby tutup muka.Baby malu laaa tu. Pastu tutup sebelah pipi lah. Doktor siap tekan tekan perut sikit. Konon nak bagi lah dia bergerak. Alih alih baby dalam perut main hisap jari tangan. pastu jari kaki pon dia hisap juga. SubhanAllah. Cerdik betul anak Bonda dengan babah ye. Tak bagi bonda tengok dia la tu. Tak ape sayang.Bonda dengan Babah terhibur tau tengok perangai awak. 


Tak kisah lah kalau awak tak nak tunjuk. Yang penting awak sihat dalam perut Bonda ni. :) 


Selesai je 3D scan dan gender scan, kita pon beredar lah. Alang alang dah kat ampang, balik tu singgah IKEA cheras. Pekena meatball. Disebabkan anak Bonda bagi kerjasama yang baik, bonda belanja dia makan lah. Hehe.


Owh yaaa.. Alhamdulillah. Syukur sangat sangat. Baby dalam kandungan sihat dan jantina baby pon tahu dah. Tapi memang rahsialahh. Tak nak bagitahu sesapa.. :p 


Haaaaaa... Total semua service scan tu kan. RM120 je. Murah kan? Fyza ingatkan dah main tiga pat ratus. Hehe. Doktor ngan staff pon sangat sangat baik dan mesra tau.

Kot ada yang tercari cari tempat scan baby, boleh lah pergi kat sini.
Clinic Amal Siti



Hehe. Okay. Itu sahaja. Terima kasih sudi membaca. Nanti kita sembang lain ye. Bye. ♥️♥️♥️♥️










3 Februari 2019

Yeahhhh ! Jom Serbu PUREEN SALE !


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




06 Oct 2018 (Sabtu)
Summit Company, Lot 6, Jalan 19/1, 46300 PJ.


Mengikut pengalaman sendiri.. Yang pernah bekerja di Summit selama lapan bulan pada tahun duaributigabelas, Ehhh ceh cehhh. Pureen sale ni memang hebat. Harganya lebih murah berbanding harga dipasaran. Kalau kerja time ni pun asyukkkk ler. Walaupun dua hari. Dia punya keuntungan tu pehhhhh. Memang best. Hilang segala penat. Hehehe. 


Bila dah dinama kan Sale. Tahu tahu jelah padatnya macam mana kan. Sesak pon boleh tahan juga. Memang ramai betul manusia disana. Sebelum pergi tu, awal awal lagi dah kena kawal emosi. Positifkan diri. Yela. Hati orang ni lain lain. Kita maybe jenis kesian kan orang. Orang lain tak. Kalau dia nak langgar, dia main langgar je. Tak fikir orang sekeliling. Orang lain mak ayah kannn. Cuba adik beradik kita. Memang kena ketuk pale lah. 😝😝


Dengan usia kandungan baru mencecah 27 minggu, dan tak pernah shopping lagi barangan bayi, memang wajarlah Fyza perlu serbu Pureen Sale ni kan. 😜 


Dan disebabkan INI kesayangan yang pertama, mak pun temankan. Yela, Fyza tak tahu nak beli apa. Mak lah yang banyak membantu. Kakak kakak ipar pun membantu juga. Siap senaraikan apa yang perlu dibeli dekat Pureen ni. Alhamdulillah. Mudah kerja.


Oleh kerana Fyza tak pernah lagi intai baby. So Fyza memang tak tahu lah jantina kesayangan ni. Maka warna warna yang diambil sangatlah random. Memang tak ada ambil warna pink pon. Walaupun kita ni penggemar pink colour, tapi macam dah tak hiraukan je warna pink tu.
Sampaikan KHS kata "sayang ni yakin je kite dapat baby boy" sebab warna yang diambil banyak biru, hijau ngan coklat. Haha! Tak de lah yakin sangat. Tapi warna warna macam ni kan lelaki perempuan boleh pakai. πŸ’‹


Mula mula sampai tu, Fyza gie bahagian mandian bayi, wet tissue, pampers, botol susu semua tulah. Pam susu pun Fyza beli gak. Walaupun manual, tetap beli. Before ni pernah lah tengok harga pam susu jenama Pureen kat luar, Rm80.00. Tapi ritu Fyza beli dengan separuh harga je, RM40.00. Berbaloi kan. 


Lepas dah dapat apa yang diingin kan, terus gie bahagian belakang . Bahagian baju baju. Ya Allah. Teruja sangat. Fyza ni dari dulu memang suka tengok baju baju baby. Kecil dan comel comel belaka. Apa lagi, sambar jelah apa yang berkenan dihati. Hehe.


Bantal, tilam, towel baby semuanya Fyza beli kat sini. Fyza ni jenis tak suka shopping. Jenis suka gie satu tempat, beli barang dan terus balik. So, time kat Pureen ni, tak terfikir dah nak cari barang dekat tempat lain. πŸ˜€πŸ˜€


Bajet RM200, tapi lepas bersesak, capai itu ini, sekali dekat kaunter total barangan RM600++ daaaa. Hahaha! Shopping tak ingat. Mujurlah Fyza dengan KHS dok pakat bawa lebih. Hehe.
Tapi tak apa. Hampir 80% barangan bayi yang dibeli disini. Penat tu memang lah penat. Tapi sangatlah berpuas hati. Syukur, Alhamdulillah.


Lepas ni, boleh lah fikir nak cari barangan berpantang lak. And topup apa yang patutkan. πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰ 

Bagi korang yang dok mencari barangan baby ni, amat sesuailah korang serbu Pureen Sale. Memang sangat berbaloi. Harga pun mur mur dan hampir kesemua kelengkapan bayi ada disana. Bagi yang dah terlepas tarikh ni, jangan risau. Dalam setahun, Summit akan buat tiga kali Pureen Sale. So, korang leh menabung dari sekarang ye. Hehe.


Jujur lah Fyza kata kan. Sebelum munculnya GST, baju bayi rm3/rm5 je tau. Sekarang ni naik sikit lah. Tapi still bawah rm10. Kalau beli kat luar tak dapatnya rm10 ni. Hehehe. So, rajin lah survey dan jangan membazir tauuuuu.

Bye korangggg! Jumpa di next post😚😚 













31 Januari 2019

Surprise buat Babah :)

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤



Rasa lama benar tak menaip disini. Banyak sangat cerita yang nak dikongsikan. Dari bertunang, berkahwin sampai lah pengalaman mengandung. Tapi asyik busy je. Tak sempat nak menaip.


Untuk kisah yang satu ni, rasa teruja nak di simpan disini. Hehe. πŸ˜‚πŸ˜‚

Tendangan pertama, khas buat Babah.

Alhamdulillah. Genab 24 minggu. Baby bagi kejutan dekat Babah dia la. Selama ni kalau tengah aktif je, Babah pegang dan dan lah dia senyap ye. Tapi tak time ni.


Tengah aktif, Bonda terus ambil tangan Babah letak kat perut. Haaaaa. Terkejut lah Babah dibuatnya. Bukan main kuat lagi tendangan tu kan sayang. Macam tengah main bola je kata Babah.😍 Baby belanja satu tendangan sahaja. Puas Babah usap. Babah pujuk suruh tendang lagi. Dia tetap senyap gak.


Selang satu hari, punyalah teruja Babah. Bila baby dalam perut belanja lebih dari satu tendangan.
Tetiba Babah senyap, sambil usap perut Bonda. 
Bonda toleh kearah Babah. Rupanya Babah awak menangislah sayang. Tapi tak nak mengaku. Ego kuat betul. Hahaha.

Tapi tak apa kan sayang. Babah happy dan terharu sangat tu kan. 


P/s: entry ni dok dalam draff dari 15/10/2018 😁 harini kita publish kan.

Byeeeeee.

21 Januari 2019

Tendangan Pertama

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Merasa tendangan bayi dalam kandungan adalah perasaan  yang begitu indah dan sukar digambarkan oleh seorang wanita yang bakal bergelar ibu.


Bagi yang belum merasainya. InshaAllah. Allah telah merancang yang terbaik untuk kalian. Ada rezeki kalian suatu hari nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.


Tendangan pertama baby dalam kandungan Pzah. Bila? Tak ingat masa bila. Sebenarnya setiap kali pergi KKIA, nurse akan tanya, rasa tak tendangan baby. Serius lah tak pernah rasa lagi.


Tapi apa yang berlaku disekitar 17 minggu - 21 minggu camtu lah. Tak berapa ingat. Pzah dapat rasa lah tendangan baby yang sangat kuat. Hahaha.


Masa tu kan, sekitar pukul 4.00 petang. Perut rasa lapar sangat. Masa tu, ada sekeping biskut je. Lalu Pzah usap usap lah perut. Bukan apa. Saja nak pujuk baby. pukul 5.00 dah nak balik. Jadi sampai je rumah boleh la makan berat sikit kan.

Sambil usap sambil cakap.
"Assalamualaikum sayang Bonda. Bonda tahu awak lapar. Kita makan biskut dulu ye. Nanti dah sampai rumah kita makan nasi ye.Boleh kan?"

Haaaaa..Pzah cakap gitulah.


Elok je habis cakap kan. Baby tendang perut. Ya Allah. Menangis terus. Sebak sangat masa tu. Dalam hati Pzah, Baby pon setuju agaknya dan memahami. Hehe.

Sampai je rumah cerita dekat mak. Hehe. Mak cakap baby dah start faham la tu...
Bila cerita dekat suami, dia bantai kata. Baby tendang sebab tak setujulah. Dia tengah lapar ada pulak tangguh tangguh. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Hehe


Hmmm. Ada betulnya apa yang suami cakap kan.

Sejak dari tu, memang bawak stok makanan lah tinggal dekat office. Tak nak biarkan baby tertunggu.πŸ˜‹


Dan sejak dari tu juga, Pzah mula merasakan pergerakkan baby yang terlalu kerap. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.




Hai Hai 2019

Assalamualaikum and Hello Everyone! ❤️





Rasanya tak terlambat lagi yer nak ucap “Selamat Tahun Baru Semua” !! Semoga tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. Amin.


Hampir sebulan lebih tak melawat blog ni. Last entry haritu, 12 Disember 2018 (Khabar Gembira) , time tu kandungan berusia tiga puluh enam minggu bersamaan sembilan bulan. 


Kononnya lepas entry tu, nak sambunglah dengan kisah kisah yang di draf kan. Kononnya. Alih alih, keesokkan harinya macam macam yang terjadi. Dan akan ingat sampai bila bila.


Haaaaaaaa. Pasal ape lah tu kannnn. Jeng jeng jeng! Nanti kita buat entry khas untuk 13 disember 2018.

Alhamdulillah. Bersyukur sangat. ❤️❤️

Okay lah! Sebelum masuk bulan dua, kita kasi publish lah yerr entry yang dok terperap lama kat draf tu. Hehehe. 
Byeeeeee

12 Disember 2018

Khabar Gembira

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤









Ya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Moment beberapa bulan yang lalu, siapa sangka rezeki Allah. Bersyukur sangat bilamana diri ini diberi peluang untuk merasai saat saat manis kehamilan. Yup! I'm pregnant.😊


Dipendekkan cerita, Fyza tak tahu pun yang Fyza ni sedang berbadan dua. Semuanya bermula, bila period tak kunjung tiba. Selama berbelas hari.


Lagipun masa bujang dulu, ada juga mengalami masalah period tak teratur. Kadang  tu lewat beberapa minggu. Dalam fikiran ini semua normallah.


Tak suka bau bauan.
Dalam tempoh tu, Fyza tak suka betul dengan bau minyak wangi, sabun pencuci pinggan, sabun mandi. Nak mandi pun kena tutup hidung bagai. Kalau tak tahan tu, mandi koboi jelah. Haha! Bahagian muka lak, memang kusam teruk. G kerja tak calit pape. Bedak pun tak pakai. Semuanya gara gara tak boleh terima bau bauan ni. Kalau pakai juga, mula lah nak termuntah. Loya aja. πŸ˜–


Beberapa hari sebelum puasa. Kerap sangat minum air oren. Hampir setiap pagi. Itupun, nak kasi tangani masalah loya loya ni. 


Disebabkan kesihatan tak mengizinkan. Kerap pening, mual mual, makan tak berselera, so satu hari sebelum puasa KHS belikan pregnancy Test. 2! Jenama guardian je.


So pagi tu, bangun je tidur terus g toiled. Buang air kecil. PAstu try lah guna benda alah ni. First time guna kan. Blur gila wehhh. Tengok result 2 line. Kelang kabut baca risalah tu. Haha. Sebelum guna tak nak baca. Terus kejutkan KHS. Dia pun dalam keadaan mamai, tanya. "Macam mana nak tengok ni?" Hahaha. Lepas dah bagitahu macam mana nak tengok, baru lah KHS berada dalam keadaan sedar dan happy. Alhamdulillah. Bakal Ayah kan. :)



Nak kepastian, KHS ajak g klinik selepas balik kerja. Tapi sebelum tu, KHS suruh cek lagi sekali. Alhamdulillah. Tetap 2 line. So, benda ni tak rosak lah. Hehe.

Gie klinik sekitar Bangsar, semuanya buat time office hour je. Dengan perasaan hampa, kami pun pulang kerumah.


Keesokkan harinya, 1 Ramadhan. Dua dua cuti kerja. Gara gara nak gie klinik nya pasal. Hehehe.

Sampai je kat klinik, doktor pun cek. Dannnnn....
Yes. Awak mengandung. Usia kandungan enam minggu satu hari.

Ya Allah. Tak terkata dah masa tu. Bersyukur sangat. Tengok muka suami, dah macam nak menangis. Tapi lelaki kan. Ditahannya tangisan itu. πŸ˜…πŸ˜…


1 Ramadhan yang mulia dan sangat bermakna. Alhamdulillah. Masa enrty  ini ditaip. Usia kandungan dah mencecah tiga puluh enam minggu. Hampir sembilan bulan. Doakan semoga segalanya dipermudahkan ye. Amin.

Okaylah. Nanti kita sambung lagi yer. 1st trimester yang mencabar......

Bye.

23 November 2018

Tempah Cincin Nikah


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Kalau mengikut adat melayu kita, cincin ni ada banyak jenis. Bukan main hentam saja. Macam fyza sejenis tak kisah ni, dan yang tak berapa nak tahu pasal adat ni, memang tak kisah lah. Asalkan ada. Dah cukup. Hehe. Memang ambil mudah je kan. :p


Kebiasaanya, si gadis akan terima 3 jenis cincin daripada pihak lelaki.


Antaranya :
 πŸ’ Merisik
 πŸ’ Bertunang
 πŸ’ Nikah


Kalau korang jenis yang tak nak bertunang, konon nak terus nikah je, rugi lah. Dapat dua bentuk cincin je. Hahahaha! Gurau je tau. Itu terpulang. Ikut kemampuan dan perbincangan kedua dua belah pihak juga. Nak hidup bersama kan. Haruslah kena ada toleransi. Dan yang paling penting jangan membebankan. Lepas kahwin lagilah nak kena guna banyak duit. Hehe


Sebelum bercerita panjang, meh lah kita sembang sikit dengan jenis jenis cincin ni yer.



Jenis jenis cincin.
Cincin merisik.
Dipanggil cincin belah rotan. Cincin ni paling simple. Biasanya orang akan beli cincin emas kuning kosong. Harga dalam RM100 lebih sahaja.



Cincin Bertunang.
Cincin bertunang ni up sikit dari cincin merisik. Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu. Batu tu jenis kecil kecil atau sejajar. Harga pun mestilah up sikit lah. Dari RM500 ke atas (bergantung pada jenis emas, berat dan diamond)



Cincin Nikah.
Cincin nikah mestilah paling grand diantara cincin merisik dan cincin bertunang. Kebanyakkan orang akan beli cincin emas berbatu satu dan besar. Harganya semestinya lagi mahal. Boleh main ribu ribu. 


Haaaaa. Okay. Inilah serba sedikit pengenalan tentang jenis jenis cincin yang korang perlu tahu. Tak wajib pun, sebab memasing ada citarasa sendiri kan. 


Macam kes Fyza, disebabkan cincin bertunang dah macam cincin nikah, so cincin nikah kena lagi istimewa la. Kalau boleh nak unik. Lain dari yang lain. Konon. 


Memandangkan Fyza dan si dia semua benda nak sama je, makanya kitorang buat keputusan nak tempah cincin yang sama bentuk. Haaa. Ianya agak merumitkan juga ye. Nak kena survey sana sini.


Fyza ada survey kedai emas sekitar KL. Kalau beli yang dah sedia ada, Harganya tak sampai seribu. Tapi kalau nak tempah, harganya boleh buat telan liur lah. Mahal sangat.


So masa bulan november tahun lepas, Fyza luahkan hajat dekat dak office. Nak tempah cincin nikah. Tup tup dia bagitahu, dia pun tempah gak cincin nikah untuk lelaki dengan gelang tangan. Wahhhhh. Berita gembira ni. So, seminggu sebelum majlis perkahwinan dia, Fyza pun follow lah dia balik kelantan. Nak tempah cincin nikah dekat Kedai Emas Rosman.


Negeri Kelantan. Siapa tak tahu kan. Gudang emas. Orang dekat sini semuanya kaya dengan barangan kemas. Harga emas pun murah berbanding dengan harga di KL.


So, Fyza tak salah buat keputusan lah. Pakcik Rosman dan isteri pun baik baik belaka. Layanan dorang memang A+. Macam macam bentuk cincin yang dorang tunjuk. Tapi Fyza tetap dengan design Fyza. Hahaha. Lepas pilih apa yang berkenan, kita tanya hargalah. 


Cincin lelaki tak risau sangat. Sebab dorang bukan pakai emas. So harganya tak sampai RM200.00. Yang perempuan nya lak, disebabkan Fyza nak tebal dan besar, batu besar, pastu ada batu kecil keliling batu besar, so harga nya boleh tahan juga la. Tapi tak apa. MAsih dalam bajet. Hehehe


Alhamdulillah. Dalam masa sebulan dah siap. Hasilnya lagilah terbaik berbanding dengan apa yang Fyza gambarkan. Terima kasih la Ayu ngan Sya, susah payah tolong ambilkan. Yela, time cincin siap, majlis nak dekat dah. Mak lak tak bagi jalan jauh. Hehehe.


Alhamdulillah. Tercapai juga hajat nak tempah cincin nikah sama bentuk. Sama macam yang kita idamkan. Ikutkan nak tulis nama dalam cincin tu, tapi lupa nak cakap. Hehehe.


Pakcik Rosman ni tak ada facebook tau. Insta pun tak ada. Dia cuma ada kedai emas je. Kalau nak tempah, kena contact dia terus lah. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Hahaha. Itu jelah nak disembangkan. Terima kasih yang sudi melawat :)
Byeeeeeeeeeeeeeee



19 November 2018

Manjakan Diri Sebelum Bergelar Raja Sehari


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


 
Gambar ehsan dari google. Gambar sedia ada tak bape comel πŸ˜›


Hargai dirimu kerana dirimu begitu berharga πŸ’


Al kisahnya seminggu sebelum Majlis Akad Nikah. Time ni dah start cuti kerja. Tak adalah duk goyang kaki dekat rumah. Tapi duk berhempas pulas siapkan doorgift. Bila dah duk pulun mengadap benda benda ni, badan pun lenguh sana sini lah yer. 


Untuk menghilangkan rasa lenguh lenguh badan ni, Mak sarankan Fyza supaya pergi Spa. Hehe. Konon konon nak rehat sambil manjakan diri dan untuk menaikkan seri wajah bakal pengantin. Tak adalah nampak lesu je nanti.


Kalau diikutkan dalam check list Fyza untuk persiapan majlis perkahwinan ni, ada je untuk Spa. Tapi bila kesibukkan melanda, tak terfikir nak berSpa spa ni. Lupa terus. Nasib baik la mak ingatkan.


Disebabkan majlis berbaki beberapa hari sahaja, makanya i have no idea. Nak berSpa dimana. Maklumlah Fyza ni bukanlah spa person. Rasa macam makcik makcik or datin datin yang pi sana. Hehe


Tetiba teringat, dekat PPR block D ada saloon. Dalam saloon tu ada Spa. Famous juga tempat ni. Kakak Sharifah Shakinah pun pernah datang kat sini. Kena booking dulu. Sebab tempat sentiasa penuh.


So, taknak buang masa, taknak berjalan jauh, taknak pening peningkan kepala, Fyza on jela berspa disitu. Kebetulan rezeki Fyza, ada kekosongan. Hehe. Kalau tak, mahunya kena cari Spa lain.


Bila first time pi Spa, macam krik krik lah nak buat apa kan. So, she suggested me to through a series of 2 massage sessions untuk buang angin yang berlambak dalam badan ni. Then, before start, bersauna dulu dalam 45 minit. Pehhh. Panas ya amat. Berpeluh peluh.


And, dia offer juga rawatan lulur and a few other treatment that is suitablefor bride-to-be like me. Yeahhhhh. Sukanya.


Masa dia start urut seluruh badan tu, sakit gila. Tak pernah berurutkan. Urat lak jenis degil ya amat. Rasa macam nak menangis je plus kau lak sejenis penggeli. Time dia sentuh peha & betis, rasa nak disepak je orang tu. Hahaha.


Biasa lah time berurut memang lah sakit sana sini. Tapi keesokkan hari, i felt fresh and energetic. Mana taknya, semua saluran darah dah lancar. Badan lak rasa ringan sangat.πŸ˜‰πŸ˜‰


Tiga jam duduk dalam tu, memang nikmatnya perasaan. Bukan saja release tension malah kulit jadi gebu, lenguh lenguh badan hilang, duit pun turut hilang juga. Haha. Tapi tak apa. Bukan selalu. Nak cantikkan, haruslah melabut sikit.


Okay. Rawatan yang sesuai untuk beberapa hari sebelum majlis ni, milk bath, scrub, spa therapy dan lain lain kecuali muka.


Kalau untuk muka, better beberapa bulan sebelum majlis. Muka ni kan sensitive. Takut tersalah produk, muka jadi bengkak bengkak la, tak pun kemerahan. Nanti tak lawa lak time makeup. Jenuh la pulak si MUA nak tepek bedak tebal tebal. Kawal Fyza, si Fazrin tu seorang MUA. Dia awal awal dah pesan. Nak spa spa boleh tapi jangan sentuh muka. Hehe. Fyza pun ikutlah kata dia. 😘😘


Haaa. Cukup tak point setakat ni? Rasanya itu jela kot. So, apa lagi? Jom lah kita beramai ramai manjakan diri. Hehe.


Bye. πŸ’‹










16 November 2018

Dari Lukisan Menjadi Kenyataan | Pelaminku

Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Tema Moden untuk belah perempuan ❤


Tema Klasik untuk belah lelaki ❤



Sambungan dari entry semalam. Alhamdulillah. Majlis pun dah selesai lapan bulan yang lalu. Syukurrr.


Tak tahu nak berterima kasih macam mana lagi dekat Kak Lizz (Selingkar Kasih) yang telah menjayakan majlis perkahwinan Fyza dan pasangan dengan jayanya. Juga bersyukur kepada Allah kerana mempermudahkan segalanya. Tak ada cacat cela. Kepala tak serabut mana. Seminggu sudah pun masih ada yang berkata. Majlisnya terlalu sempurna. Alhamdulillah.


Ini pun berkat dari pertolongan Keluarga. Kalau tiada mereka, tak ada lah seri dalam majlis ni. Terima kasih keluargaku. :)


Haaa. Cantik tak lukisan tu?


Lukisan dibuat time betul betul tengah busy dekat office. Bila rasa macam dah terlalu sibuk, maka terhasillah lukisan ini. Hehe.  


Siap je lukisan ni, terus bagi dekat Kak Lizz. Kak, Fyza nak pelamin macam ni boleh x? Nak belah perempuan pakai gaun. Belah lelaki nanti nak pakai kebaya. Pakai baju kebaya time majlis perkahwinan memang impian Fyza dari dulu lagi. Pakai gaun tu pulak, permintaan dari Si Dia. Teringin nak tengok Fyza jadi princess. Hahaha. Kak Lizz pulak, memanjang okay je. Boleh je. Siap bagitahu, hujung bulan ni ada baju gaun baru. Warna tak tahu lagi. 


Elok je hujung bulan, dia bagi gambar baju baru warna biru, terus Fyza cop.  Memang warna kegemaran. Jadi cop lah cepat. Lagipun majlis Fyza diadakan didewan. Kalau pakai gaun kan comel. Hehe.


Misi pemilihan warna.
Lain orang lain kehendaknya. Disebabkan nak orang tumpukan perhatian dekat Raja Sehari, makanya Fyza lari sikit dengan warna tema. Belah Fyza temanya tetaplah pink. Jadi, nak nampak lain dari yang lain, Fyza pakai lah biru. πŸ˜†πŸ˜† Pelamin lak awal awal Fyza dah bagitahu Kak Lizz, jangan ada warna biru tau. Pink dengan krim je boleh. Hehe.


Untuk belah lelaki, kalau dah namanya klasik memang tak lari lah dengan pemilihan warna meroon dan gold kan. Ianya akan menyerlahkan lagi ketampaan dan kejelitaan Raja Sehari. Cewahhhhh. Hahaha.


Punyalah banyak songeh, tang kerusi pun jadi isu. Haha, belah perempuan nak kerusi yang leh duduk berdua tu. Belah lelaki nak kerusi asing. Kemain. Macam macam lah Fyza nak. Haha.  Nak betul betul nampak moden dan klasik kononnyalah.😜😜😜😜


Hasil sentuhan tangan Kak Lizz memang lah terbaik. Pelamin yang diidamkan menjadi kenyataan. πŸ’— Walaupun diterangkan dalam bentuk lukisan. Hasilnya sama. Serupa. Tq kak.


Haaaaa. Kos pelamin tu kan.
Kalau belah perempuan, Fyza ambil pakej sekali catering, busana, pelamin ngan DJ. Jadi kos tu dah termasuklah dalam pakej. So, total dia RM13,800.00 camtu.


Belah lelaki pula. Makanan, dorang merewang. Khemah sewa, jadi busana, pelamin dengan makeup kitorang ambil dekat Selingkar Kasih juga. Disebabkan dah ambil banyak dekat dia untuk belah perempuan, makanya untuk belah lelaki, pakej RM2500 jadi RM1800 untuk tiga benda lah. Jimat banyak tu. Thanks Kak Lizz.


Owhhh ya. Busana untuk dua dua belah pihak, Fyza sewa saja. Tak adalah tempah baru. Lagipun nak pakai sekali je. Jadi taknak lah membazir kan. Dan kebetulan rezeki Fyza, dapat lak pakai gaun baru. Alhamdulillah, syukur.



Haaa. Okay lah. Itu saja bab pelamin. De masa sembang lain pula.
Babai.






 

15 November 2018

Wedding Planner


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤






Misi mencari Wedding Planner bagi Fyza benda yang buat hidup kita stress tahap dewa. Bukan apa, ada yang kita suka, tak mampu pula. Ada yang harga bajet, tapi macam ala kadar je.


First tempat yang Fyza survey "Adam Daniel, Putrajaya". Puncanya kesini sebab Fyza temankan kawan gie cuba baju kahwin dia. Serius, baju kat sini cantik cantik. Harga boleh tahan juga. Bila balik rumah, ketengahkan benda ni kat mak abah, kena bangkang pulak dahh. Haha. Putrajaya jauh wehhh. Susah nanti.


Tempat ke-2, Abah yang survey. Dekat subang jaya. Harga semuanya cun. Tapi ni, first time nak bekerjasama dengan orang yang kita tak kenal. Takut kena tipu je. 
BAhayakan sekarang ni, kalau bab duit macam macam orang sanggup buat.


Bagi pendapat Fyza, memanglah kita nak buat grand. Tapi kena beringat. Modal yang dikeluarkan bukannya sikit tau. Jadi, lebih baik ambil wedding planner yang kawan kawan kita pernah ambil juga. Tak pun kenalan kenalan kita.


Tempat ke-3, Selingkar Kasih. Owner dia kawan sekolah Along, Kak Lizz. Time ni focus nak cari catering je. Baju, pelamin, make-up, nak ambil kat tempat lain. Kononnya nak ambil asing asing lah ni.

Selepas dah bicang harga, tengok pakej pakej yang ditawarkan, Fyza ngan family deal untuk ambil Full pakej dari Selingkar Kasih.

Full pakej dalam kategori (Pakej Ekonomi Mampu Milik RM13,800.00 untuk 1000 pax)

Apa yang ditawarkan :-

1)  Cadangan makanan...
--> 70% - nasi minyak/hujan panas
--> 30% - nasi putih 
--> ayam masak merah
--> daging masak hitam
--> dalca sayur
--> papadom
--> buah oren
--> air sirap/anggur/sarsi/oren

Free:-
--> hidangan meja beradap 10pax
    - ayam golek cinta
    - daging black pepper
    - siakap masam manis
    - udang goreng berhias
    - buah buahan
    - kek 2 tingkat



2)  Kelengkapan Dewan
--> 2 kerusi pengantin
--> 8 kerusi tetamu
--> 2 set dome
--> 24 meja bulat
--> 240 kerusi
--> 24 alas meja dan topping
--> 20 sarung kerusi plus reben

Free:-
--> 2 set meja buffet
    1 set meja hadiah
    10 pramusaji
    tisu dan kendi


3)  Pelamin dan Andaman
--> Pelamin 20 kaki (basic)
--> baju sanding sepasang L&P
--> makeup sanding 1x
--> pintu gerbang
--> 4 tiang bunga jalan
--> karpet merah

Free:-
--> aksesori L&P
--> payung
--> alatan perenjis
--> bunga tangan
--> alas kaki
--> bantal tangan
--> kipas tangan

Salah satu diberi pilihan
1) PA System plus DJ
Atau
2) Cameraman
   - Cover 1 event
   - sticky album
   - dvd copy @ pendrive

❌❌ tiada cas pengankutan untuk kawasan lembah klang.


So, inilah pakej yang kami ambil kecuali makeup sanding (Fyza ambil MUA lain, sebab belah lelaki pun Fyza guna pakej Kak Lizz ni. Tapi bukan full pakej la. Just, baju, pelamin dengan mekap ) dan yang kena pilih salah satu tu Fyza pilih PA System.


Banyak lagi pakej nya. Boleh tengok sini Selingkar Kasih 


Beberapa bulan sebelum majlis, Kak Lizz akan hantar sample lauk. Serius memang sedap sangat. Dan sebab sedap lah Mak ambil catering dengan Kak Lizz untuk majlis nikah. Hehehe. Senang kerja. Tak yah deal banyak orang. Just call je Kak Lizz ni.


Sejujurnya, senang betul deal dengan Kak Lizz. Dia juga selalu bagi pendapat mana yang sesuai. Mana yang Fyza nak, nak baju macam ni, nak pelamin macam tu, semuanya tercapai. Thanks team Selingkar Kasih. Terutamanya Kak Lizz. 

Kawan kawan Fyza juga banyak gak guna khidmat Kak Lizz. Memang terbaik....


Haaaaa. Macam dah panjang sangat entry kali ni kan. Nanti kita sambung balik yer. Punyalah nak explain dengan Kak Lizz pasal pelamin, siap lukis tau. Pelamin yang sampai pun sebijik lukisan. Wahhhhh. Happy tak terkata. Nanti kita cerita.

Okay lah. Nak dekat pukul 5 ni, jom kemas kemas. Balikkkkkkk..


Bye...❤



 
 

 





Wongi Lotion


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤

 




Harini Fyza nak share dekat korang satu lotion yang bukan sekadar lotion. Malah memberikan whitening effect. Siap ada body moisturizer tau. Bau dia jangan cakap lah. Tersangatlah wangi. Sesuai dengan jenama dia, "Wongi".


Berbanding dengan lotion lotion yang lain. Lotion Wongi ni mempunyai kelebihan tertentu. Salah satunya, ianya tidak berminyak dan melekit. Amatlah sesuai dengan Fyza, yang mempunyai masalah tapak tangan basah. Hahaha. Ada kena mengena ke? Haha. Ada okay. 


Bila pakai lotion Wongi ni, dia cepat meresap, dan kita macam rasa tak pakai apa apa. Seronok kan?πŸ˜›


Lagi satu kelebihannya, bauan yang tahan lama dan seolah olah tidak perlu spray perfume lagi. Cukup sekadar memakai Perfume Lotion ni.


Kenapa mesti Perfume Lotion?

Sebabnya : 

πŸ’ Wangian yang diinspirasikan dari jenama antarabangsa dalam bentuk lotion.
πŸ’ Tidak melekit (water-based) 
πŸ’ Status halal juga telah diiktirafkan. 
πŸ’ Mesra solat.
πŸ’ Eau De Parfum (EDP), bermakna ianya dapat bertahan up to 12 jam.
πŸ’ Saiz yang sangat sesuai dan mudah untuk dibawa kemana sahaja.
πŸ’ Lebih lembapan dengan Korean Pink Flowers Extract.
πŸ’ Vitamin C & Vitamin E membantu untuk mencerahkan tona kulit.
πŸ’Boleh dipakai seisi keluarga. 


Tampil dengan 4 jenis bauan untuk wanita, iaitu :

πŸ‘§  Classy (Inspired by Lancome)
πŸ‘§ Secret Candy (Inspired by Bombshell)
πŸ‘§ Fruity Snowberry (Inspired by Midnight Fantasy)
πŸ‘§ Floral Enchanted (Inspired by Gucci Flora)
 
Dan

3 jenis bauan untuk lelaki, iaitu :

πŸ‘¦ Vigorous (Inspired by Dunhill Blue)
πŸ‘¦ Rich (Inspired by 1million)
πŸ‘¦ Dominant (Inspired by Gucci Guilty)


Peminat perfume mesti tahu macam mana wanginya lotion ni kan. Fyza first time bau dah jatuh cinta. Bukan sekadar wangi je. Banyak manfaatnya. 3 dalam 1. Semuanya dah ada dalam perfume lotion ni.


Haaaa. Berminat? Nak dapatkan senang saja. Just contact Cik Ena 
okay. Kawan Fyza tu. Fyza pun beli kat dia lah. Hehe. Harga mur mur je. Berbaloi.

Okay korang. Thanks for reading.
Bye Chit Lay.❤