19 Oktober 2018

Majlis Pertunangan (270617)


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤






Actually tak tahu nak mula dari mana. Lama sangat post kisah tunang ni kat draft. Harini kita kasi publish.
27-6-2017 (raya ke-3) is the date that I'm officially engages to the man I wholeheartedly love, Noorhazman. Alhamdulillah, the ceremony went so well. filled with the positive vibes, joy and incredible bond that everyone shares.
Alhamdulillah. Syukur. Dah setahun berlalu pun. Saje nak share kat blog untuk buat kenang kenangan dihari tua nanti


Persiapan Tunang.

Tarikh :
Tarikh rasmi bertunang tu, akan dibincangkan kemudian. Plan asal nak bertunang selapas bulan July macam tu. entah macam mana 3 minggu sebelum raya, dapat kata sepakat dua belah pihak nak buat majlis bertunang pada raya ketiga. OMG ! I belum prepare pape lagi kot. Dan Fyza taknak buat majlis yang besar. Just majlis tertutup untuk dua belah keluarga je. Lagipun majlis diadakan time raya. Kawan kawan nak datang pun tak dapat lah. Semua sibuk raya kan. Hahaha.


Masa / Tempat :
Sebelum Zohor. Waktu yang terbaik adalah sekitar pukul  11.00 pagi - 2.00 petang. Lagipun majlis diadakan dikampung Fyza. Port Dickson, Negeri Sembilan. Ikutkan nak buat dekat KL je, tapi memandangkan uwan Fyza tak berapa nak sihat. Jadi kita tukar plan, buat dekat kampung. Lagipun raya kan. Sedara mara semua adalah. Rombongan dari pihak lelaki pula, dari Kuala Lumpur. Jadi memudahkan rombongan pihak lelaki untuk merancang perjalanan dorang.


Jumlah hadirin / Makanan :
Penting dan sangat penting. Ia memudahkan pihak perempuan nak merancang sama ada masak sendiri ataupun catering. Dan kita boleh bajet makanan yer supaya tidak berlaku pembaziran. Masa majlis Fyza, target 80 orang untuk kedua dua belah pihak dan Fyza ambil catering. 
Total : RM600.00 . Menu dia semua masakan kampung. Sedap !



Tema :
Tema time tunang ni biasanya, orang akan amik warna lembut, sweet sweet gitu.
Macam Fyza, memang minat gila warna pink. Jadi fyza yg tetapkan lah nak semua warna pink. Alhamdulillah. En.Tunang pun sporting, mahu pulak dia pakai baju warna pink. Hehe. Thanks 💖 



Baju / Veil / Shawl :
Memang tak terfikir nak pakai baju yang glamour glamour. Labuci labuci. Cuma nak simple je. Alhamdulillah. Disebabkan kita ni satu satunya "Bunga" dalam family, so baju tunang mak yang jahitkan.😍😍
Veil : Sewa Dekat Selingkar Kasih. Rm 30.00
Shawl : Beli kat jalan tar. Rm10.00 je :)



Mini pelamin : 
Tak ada dalam list Fyza. Hajat nak sarung cincin dalam bilik je. Macam orang dulu dulu tu. Tapi ada kawan yang baik hati sponsor kan (dia tak dapat hadirkan diri, jadi dia sponsor). Alhamdulillah.  



Make-up :
Kembali kepada plan asal. Nak majlis simple simple je. Jadi Fyza tak plan pon nak upah orang make up kan. Ikutkan nak makeup sendiri je walaupun tak pandai bab makeup ni. Syukur alhamdulillah. Pada hari kejadian, ada kawan sudi datang untuk meraikan majlis Fyza. Terkejutlah dia bila Fyza nak makeup sendiri. Haha. Alih alih dia suruh Fyza tadah je muka then dia makeupkan. Bayaran? Free katanya. 😚

 Inilah hasilnya. Tak boleh move on dengan hasil tangan dia ni. Yang tukang makeup kan pon cantik. ❤


Photographer :
Untuk majlis Fyza, memang tak ada photographer. Gambar gambar sekitar majlis semuanya Along & Adik Fyza yang ambilkan guna HP. Lagipun ni majlis Tunang je. Selagi boleh jimat, kita jimatla ye. Kalau korang ada bajet lebih, tak ada masalah. 
Rasanya jurugambar untuk majlis tunang sekitar rm300-500 camtu.


Okay. Dulang Hantaran dengan kos kos hantaran tu, Fyza cerita dekat next post nanti ye. Macam panjang sangat nak cerita dekat sini. Hehe.

Okay korang. Babai. 💋










2 ulasan:

Syeeda berkata...

Selamat Bertunang. Tahniah

cik f1224h berkata...

Terima kasih Syeeda :)