30 Oktober 2018

ShellOut Sri Rampai


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤




Sebut saja Shellout, sapa yang tak tahu kan. Makanan yang berasaskan dari sumber laut.😜 orang panggil apa? Seafood. Hehe. Memang berlambak je Shellout ni. Tapi nak cari yang padu dan murah tu dekat mana je kan?


So, harini ni Fyza nak cerita pasal Shellout dekat Sri Rampai, KL. Dia dekat dengan Setapak/Danau. Ni memang favourite place Fyza dengan family.


Siapa yang teringin nak makan boleh lah kesini. Memang sedap sangat. Konsep makanan dia guna dulang ye. Satu dulang rm60 untuk tiga orang nya makan. Air lak konsep tower. Hehe. 3 Liter. RM15 Sesuai untuk seisi keluarga. 😝😝 So kalau gie dengan kekawan, boleh lah tontong yer. Hahaha.


Nak order air lain pun tak ada hal. Boleh je. Tarikkan disini air tower tu. Hehe. Rasa jakun tengok bekas tower ni. Makanan pun tersangatlah puas hati. Sangat sedap dan berbaloi dengan harga yang kita bayarkan. Memang kenyang satu harilah cerita dia.


Kalau korang nak kesini, sila lah waze "Old Town Sri Rampai" Nanti korang nampak Bazaria Night Market Sri Rampai. Shellout ni dekat situ lah. Nak cari parking pun senang. Tak susah.



Selain shellout, ada je menu lain. Ikut lah tekak korang ye. Yang penting makanan disini sedap sedap belaka.😋😋 Rege mur mur juga. 


Sebenarnya untuk kepuasan, masaklah sendiri dirumah yer. Lagi lagi kalau korang penggemar makanan laut. Tapi...... Nak masak sendiri tu yang tak berapa nak rajin. Haha. Makanya order saja.😝


Okay itu jelah. Bye.
💋💋💋💋








Tiada ulasan: