22 Oktober 2018

Sambungan Majlis Pertunangan (270617)


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤


Sambungan dari post yang lalu. Majlis Pertunangan (270617)

Senarai hantaran :
1) Sirih junjung(Rm100)
2) Camera goPro(Adik bagi)
3) Jam tangan Ice Watch (Rm99)
4) Cookies (Rm90)
5) Set minyak wangi (Rm45)
6) Kek tunang (Rm100)
7) Beg silang (Rm85)
8) Sumi / coklat (Rm10)
9) Sejadah (Rm35)
10) Buah buahan (Rm20)
11) Kain pelikat/Kain batik (Rm40)
KOS : Rm624


 Hantaran / Dulang Hantaran :
Untuk hantaran bertunang ni, rancang nak buat 3 berbalas 5. Konon nak berjimatlah. But as per request dari pihak lelaki nak bawa hantaran kahwin masa majlis bertunang tu. So time kahwin nanti tak payah lah nak fikir hantaran hantaran lagi kan. Senang kerja.
Selalunya orang akan bagi ikut jumlah ganjil,1-3, 3-5, 5-7 atau selebihnya lah. Kadang tu, ada juga pihak lelaki cuma bawa sebentuk cincin sahaja. Mana mana pun boleh. Benda boleh bincangkan. 😚😚 

Barang barang hantaran ni, tak perlu beria sangat. Bagi je barang barang yang korang suka dan akan pakai. Tak perlu beli barang yang mahal mahal, alih alih korang simpan je dalam almari.
Selagi boleh bajet kat sini, baik bajet je. Tak mebazir.

Dulang hantaran lak, tak perlu lah nak beli baru. Kalau dapat pinjam ataupun sewakan dekat mana mana, kan dah bagus. Kita nak guna satu hari je. Tak yah nak membazir tau.
Cam Fyza, dak office yang bagi pinjam. Semuanya sebelas dulang.

Perhiasan dekat dulang tu, Fyza beli bunga dekat kedai bunga "Semua House" ada yang murah, ada yang mahal. Kena pandai pandai cari ye.
Alhamdulillah hantaran seratus peratus digubah oleh diri sendiri! Yeahhh. Bangga jap. HAHAHA !

Hantaran dari pihak lelaki. Tema dorang Hijau.

Senarai hantaran :
1) Tepak Sirih / tempat letak cincin / Cincin tunang
2) Kek Tunang
3) Al-Quran
4) Telekung
5) Jam tangan Ice Watch
6) Beg tangan
7) Coklat
8) Kurma
9) Set minyak wangi 

KOS : Semuanya Pihak lelkai yang uruskan.


Sekitar majlis :


Sesi Perbincangan

Sesi Menjamu Selera

Bajet Keseluruhan :
Hantaran pihak perempuan : RM600++
Deco dulang hantaran : RM100++
Makanan (80pax) : Rm800++
Baju Tunang : Mak buatkan, anggaran Rm100
Veil / Shawl : RM40
Mini pelamin : FREE (kawan lanje)
Make-up : FREE (kawan makeupkan)
Photographer : Tak ada (Pakai HP je)

Total : Rm1640++ 
Bajet asal : Rm2000
So jimat dalam : Rm300++

Okay itu sahaja. Harap dapat membantu . Maaf atas kekurangan mana mana. 

Sebelum akhiri cerita ini, Fyza nak ucapkan ribuan terima kasih dekat Mak Abah, adik beradik, sedra mara yang bertungkus lumus menjayakan Majlis pertunangan Fyza. Alhamdulillah selesai sudah setahun yang lalu.

"Tunang tak perlu dihebahkan" Sebab tu cerita pasal tunang ni kita sembang lepas kahwin. Hahaha. bukan senang nak sampai ke tahap ni. Dengan apa yag pernah dilalui. Dari kau rapat dengan seseorang bertahun tahun. Then Allah jarakkan korang selama beberapa tahun. Then Allah juga yang satukan balik hati korang.

Allah temukan dalam beberapa bulan. Masa bulan puasa. Pastu rancang bertunang. Beberapa bulan lepas tu kahwin. 
SubhanAllah . Perancangan Allah memang sangat cantik. Alhamdulillah.

Oh ya, soon kita sembang pasal majlis kahwin ye.
Stay tune 💋💋



Tiada ulasan: