26 November 2018

Majlis Malam Berinai


Assalamualaikum and Hello Everyone ! ❤





Untuk entry kali ni, Fyza nak share pengalaman malam berinai kecil. Mengikut adat resam melayu kita, malam berinai kecil adalah malam untuk bakal pengantin perempuan berinai dan dilakukan sehari sebelum majlis Akad Nikah.

Malam berinai besar pula, melibatkan pengantin lelaki. Kebiasaannya, majlis diadakan pada sebelah malam dan hari yang sama selepas majlis akad nikah.

Majlis malam berinai kecil Fyza tak lah meriah mana. Sebabnya mak suruh buat majlis kecil dekat rumah je. Asalnya lah.

Kalau ikut trend artis kita sekarang ni, malam berinai ni mesti kena ada tema. So, kita yang bukan artis ni, terpengaruh juga lah. Nak adakan Tema Bollywood kononnn. Siap dah g shooping baju tema bollywood ni.


Alih alih berapa hari sebelum, Si ukir henna whatsApp. dia tak dapat datang rumah Fyza sebab sedang mengalami alahan yang teruk. So disebabkan tak dapat nak cari pengganti Henna dalam masa terdekat, so Fyza decide nak buat henna dekat rumah dia je. Lagipun Fyza suka hasil kerja dia. Jadi takut lah kalau ambil orang lain, hasilnya tak bekenan dihati kan.

So, bila dah g rumah orang ni kan, tak kan lah nak diteruskan tema bollywood tu. Malu kek orang. Jadi Fyza dengan kekawan, pakai baju kurung jelah. Konon "Perempuan Melayu Terakhir" lah ni. Hehehe.


Lokasi Malam Berinai : Rumah "HennabyFiqa"
Tarikh : 15 March 2018
Masa : 8.30 malam - 4.00 pagi


Haaa ! 4 pagi kau. Hahaha. Mana tak nya semua orang nak berinai juga. Kesian Fiqa. Sampai sakit sakit pinggang dibuatnya. Tapi kuatnya dia, still kata dia okay. TQSM Fiqa.


Malam berinai Fyza tak adalah meriah mana. Majlis pun tertutup. Yang diundang dak dak bridesmaid saje. Ini kalau buat dekat rumah, mahu ramai lagi kawan kawan yang datang. Dan yang paling penting lagi teristimewa semestinya Mak lah. Mak nak tengok sangat Fyza berinai. Siap ikut lagi p rumah Fiqa. Mekasih mak sudi temankan kak lang. Lebiu.💋


Haaaa. Nak tengok hasil tangan Fiqa yang lain? Boleh terjah sini IG : HennabyFiqa


Harga murah murah je. Serius. Hasilnya sangatlah terbaik. Mana yang berhampiran tu, atau masih mencari, bolehlah contact terus Fiqa ni.


Okay lah. 
Sekian.
Itu saja perkongsian.😁😁